Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

Hanifa jawab surat Husam

1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015

YB Dato’ Hj Husam Musa 
Adun Salor/Yang DiPertua Pas Kubang Kerian, Kelantan

Firman Allah swt yang bermaksud “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu! Maka Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang ternyata, lalu diberitahukan kamu tentang apa yang kamu kerjakan”
                                                                              Surah At-Taubah : 105

YB Dato’

PENJELASAN TENTANG KELULUSAN PEMBALAKAN DI HUTAN SIMPAN ULU SAT YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN LEBUHRAYA RAKYAT

Saya dengan ini merujuk kepada surat YB Dato’ (tidak bertarikh) yang saya terima pada hari Khamis, 28 Syawal 1436H bersamaan 13 Ogos 2015 jam 12:30 tengahari. Penjelasan adalah seperti berikut:

A.      Faedah daripada tebangan hutan berkaitan adalah untuk Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd, Syarikat Tujuan Khas (SPV) Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perlaksanaan Projek Lebuhraya Rakyat. Ianya adalah antara lain digunakan untuk kos yang berkaitan Projek Lebuhraya seperti bayaran kepada konsultan dan lain-lain termasuk juga
untuk kos operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Tiada penglibatan YB Dato’ dalam tebangan balak di kawasan yang diluluskan.

B.      Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan kayu di kawasan berkenaan pada 19 Oktober 2014.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah mengeluarkan tawaran sebutharga terbuka pada 23 Oktober 2014. Pada 8 Disember 2014, Lembaga Pengarah Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah bermesyuarat dan bersetuju menawarkan kontrak penebangan kepada syarikat Alaf Ulung Sdn Bhd berdasarkan kepada tawaran syarikat ini yang terendah.

C.      Tuduhan bahawa Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah melantik Syarikat Lucky Wong sebagai kontraktor kerja penebangan balak adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Kontrak untuk kerja-kerja penebangan telah dibuat secara sebutharga terbuka seperti yang dinyatakan di para B di atas. 

Lain-lain soalan YB Dato’ berkenaan Syarikat Lucky Wong adalah tidak berkaitan.Sebanyak 2,300 tan kayu telah ditebang. Hanya sebanyak 1,700 tan telah dijual dengan nilai jualan sebanyak RM1.28juta. Setelah ditolak kos penebangan, cukai kayu, premium dan lain-lain kos Jabatan Perhutanan, hasil bersih ialah sebanyak RM465,000.00.

D.      Di dalam kawasan R&R, walaupun kelulusan tebang habis diberi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd hanya menebang pokok yang berukuran diameter 6 inci keatas, sesuai dengan hasrat Almarhum YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sila rujuk kepada suratkhabar Sinar Harian, Jumaat 14 Ogos 2015 (mukasurat 38), gambar disebelah atas adalah kawasan R&R yang jelas nampak ada tebangan terpilih. Manakala gambar disebelah bawah adalah jajaran lebuhraya yang sudah tentu ditebang habis bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan lebuhraya dijalankan. 

E.      Penahanan sementara kerja-kerja penebangan di kawasan berkenaan adalah untuk membolehkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menjalankan siasatan hasil dari laporan yang dibuat oleh pihak tertentu. Saya juga mengadakan perbincangan dengan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan, Pegawai Hutan Daerah Machang dan Ketua Pegawai Operasi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd supaya siasatan yang rapi dijalankan bagi menangani masalah ini dengan segera. 

Hasil daripada siasatan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, mereka telah mengesahkan bahawa tiada penebangan dibuat di luar kawasan oleh kontraktor yang dilantik oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd. Maknanya, pihak Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan kontraktor yang dilantik tidak terlibat di dalam kes ini.

Sebanyak lebih kurang 600 tan (bukannya 1,000 tan seperti dakwaan YB Dato’) kayu yang telah ditebang tetapi belum dijual, telah ditahan sementara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tujuan siasatan. Walaubagaimanapun, pada 30 Julai 2015, kebenaran telah diberikan kepada Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd untuk menjual kayu-kayu
tersebut sebanyak 550 tan, manakala 50 tan kayu sahaja yang masih ditahan sementara menunggu laporan siasatan dikeluarkan yang dijangka pada minggu hadapan.

Sebagaimana dakwaan YB Dato’ bahawa kawasan ini adalah kaya, bagi memaksimakan perolehan dari sumber yang diamanahkan oleh Kerajaan ini, kawasan ini tidak dijual terus berdasarkan keluasan yang mana hasilnya adalah antara RM2,500 – RM3,000 seekar sahaja. Sebaliknya, kawasan ini telah diusahakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dengan melantik kontraktor untuk kerja-kerja penebangan sahaja manakala penjualan kayu dilaksanakan sendiri oleh Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd yang mana ianya dibuat secara sebutharga terbuka dengan kelulusan oleh Jawatankuasa Sebutharga Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.

Dengan hasil bersih sebagaimana yang dinyatakan di Para C di atas, berdasarkan kawasan yang telah ditebang seluas 23 hektar (56.8 ekar), bermakna setakat ini Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd telah memperolehi keuntungan sebanyak RM8,200/ekar, 3 kali ganda lebih berbanding sekiranya penjualan terus kawasan dibuat.

Pihak Baldah Toyyibah Prasarana) Kelantan Sdn Bhd sedang berusaha untuk membuktikan bahawa mengusahasilkan sendiri kawasan pembalakan oleh agensi Kerajaan akan memberi pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan hanya menjual terus kawasan tersebut. 

Sekian, saya berharap agar penjelasan di atas ini dapat memberi pencerahan kepada isu-isu yang YB Dato’ bangkitkan. Sebenarnya saya lebih suka sekiranya ada apa-apa masalah ditanya terus kepada saya, tidak ditulis dalam whatsapp kerana ia boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada Kerajaan.

Terima kasih.

 tt : YB Dato' Hj Hanifa

……………………………………………….
YB Dato’ Hj Hanifa Bin Ahmad
Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

# belum disahkan kesahihannya - WhatsApp

5 comments:

  1. Kita tengok siapa yang kena ???
    2 × 5 = ?

    ReplyDelete
  2. yes! cabaran husam telah dijawab oleh hanifa.
    Sekarang rakyat kelantan, khususnya penyokong PAS menantikan jawapan balas dari husam sebagai YB Salor dan YDP PAS Kubang Kerian.
    husam mesti ingat bahawa dakwaannya bukan sahaja mempertaruh nama baik kerajaan kelantan dan ust mat sebagai mb. Bahkan beliau telah mempertaruh nama baik politiknya dan jawatan beliau sebagai YB Salor.
    Walaupun beliau bukan membuat tuduhan melalui surat yang terbuka. Namun budak tadika pun mengetahui bahawa cara surat terbuka itu dipersembahkan dengan niat yang tersirat untuk mencabar wibawa kerajaan PAS kelantan.
    Jika beliau gagal menjawab balik jawapan hanifa, maka menjadi tanggungjawab penyokong PAS, AJK PAS Kubang Kerian dan pengundi Salor untuk mempertikai keikhlasan beliau. Bahkan PAS kelantan mesti bertindak pantas untuk memberi teguran terbuka kepada beliau.

    ReplyDelete
  3. "Sebenarnya saya lebih suka sekiranya ada apa-apa masalah ditanya terus kepada saya, tidak ditulis dalam whatsapp kerana ia boleh mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada Kerajaan."

    Kalau tak ditulis dalam w/a jawabnya SENYAP.

    ReplyDelete
  4. Dah Husam pulak yang di katakan buat dakwaan sedangkan segala berpunca kerana Husam di tuduh terlibat dengan isu pembalakan sehingga menjadi alasan salah-satu sebab Husam tidak di lantik sebagai Exco.

    Surat Husam ialah pada Exco tetapi di jawab oleh Pengerusi Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

    Ada pihak tertentu yang cuba mengaitkan Husam dengan kelulusan kawasan balak dan dinafikan dalam surat balas.

    Soalan Husam ialah Kenapa Pejabat Perhutanan menyita balak yang dikeluarkan kepada Baldah sebanyak 1,000 tan? Yang dijawab tentang jumlah iaitu 600 tan.Dari 600 tan yang dijual 550 tan. Manakala 50 tan kayu masih di tahan. Mengapa? Pelik bukan?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa