Konon putus hubungan dengan DAP........tapi masih duduk sepejabat dengan DAP terutama Exco Kerajaan Selangor termasuk Khairuddin sendiri.
Apa macam, masih rasa ada telor?
PAS Selangor ‘puji’ AJK Pemuda letak jawatan kerana sokong GHB
Published: 11 August 2015 6:41 PM
Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya menghormati pendirian 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2015.
Tindakan 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam meletakkan jawatan hari ini wajar 'dipuji' kerana mereka lebih berani berbanding ahli lain yang menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) namun masih berselindung di sebalik jawatan parti, kata Mohd Khairuddin Othman.
Setiausaha PAS Selangor itu berkata, pihaknya menghormati pendirian itu kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian.
"Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka. Dengan sebab itu, kita ucapkan syabas.
"Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama GHB tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras itu berkata, tindakan itu tidak menjejaskan pentadbiran PAS Selangor mahu pun peringkat lain.
Katanya, pihaknya akan mengarahkan Dewan Pemuda PAS Selangor mengisi kekosongan yang ada menurut ketetapan perlembagaan parti.
Khairuddin berkata, PAS Selangor mengesahkan setakat ini hanya 2 Adun mereka di negeri itu yang mengisytiharkan diri bersama GHB, dan menyerahkan nasib mereka kepada PAS Pusat.
"Semua 13 Adun PAS menyatakan taat setia kepada PAS dan kepimpinan PAS yang ada.
"Nasihat kita kepada ahli adalah agar terus beristiqamah bersama PAS yang menjadi parti Islam terbesar di Malaysia.
"Apatah lagi kini GHB lebih dilihat sebagai jurucakap kepada DAP," katanya.
Terdahulu hari ini pada satu sidang media, 13 AJK tersebut mengumumkan peletakan jawatan mereka susulan parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan pada muktamar tahunan Jun lalu.
Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan, Abbas Salimmi Adzmi, berkata peletakan jawatan mereka bermula semalam dan menjangkakan lebih ramai lagi akan mengambil tindakan sama.
"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.
"Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya.
Katanya, antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar. – 11 Ogos, 2015.- sumber
Sekarang siapa yang lantang menyalak entahlah..........
Sekarang siapa yang lantang menyalak entahlah..........
Fenomena yang dihadapi oleh khairufin ini kalau dalam masyarakat melayu lama dipanggil sebagai "kegembiraan dalam ketakutan dan kecemasan".
ReplyDeleteKalau dalam bahasa jawa disebut "meracau di alam mimpi ngeri". Dalam bahasa kucing dipanggil "kucing tergeliat lidah"
ReplyDeleteMemfitnah itu ibarat MENYALAK tak tentu haluan
Mem'barua'kan org pon umpama MENYALAK sembrono dgn tolol kesombongan
Menakut2kan dgn ugutan walaq & bai'ah, adalah merupakan SALAKkan anjing2 kurap yg kelemasan dan tak cukup makan