07:30PM Ogos 05 2015
oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Ke hadapan rakyat Malaysia, jika anda menyayangi negara ini dan ibu kotanya Kuala Lumpur, jangan sertai bantahan jalanan pada 29 Ogos, kerana berbuat demikian hanya akan menghancurkan bandar ini.
Begitulah menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang lebih dikenali dengan gelaran Ku Nan.
The Malaysian Insider memetik dia yang menasihati penduduk KL supaya berhati-hati dengan “agenda yang mahu memecah belahkan kita semua”.
“Tidak ada gunanya membantah di jalan. Datang kepada kami dan beritahu apa yang anda mahu dan kami akan cuba membantu seboleh mungkin. Saya meminta penduduk KL supaya tidak mengikut dalang-dalang yang menganjurkan bantahan jalanan ini.”
Kelakar kan? Tunggu, ada lagi.
Tengku Adnan, yang juga merupakan setiausaha agung Umno, berkata mereka yang berada di belakang bantahan ini selalunya “orang luar, dan bukannya orang KL”.
Daripada turun ke jalanan melakukan bantahan, dia kata lebih baik rakyat meletakan kepercayaan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Adakah Tengku Adnan bercita-cita mahu menjadi pelawak?
Bagaimana lagi anda boleh jelaskan kenyataan melucukan yang anda baru sahaja baca?
Walaupun dia tidak merujuk kepada bantahan tertentu, sangat jelas yang dia sebenarnya merujuk kepada bantahan Bersih 4 yang mendesak, antara lain, perletakan jawatan Najib kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Adakah Tengku Adnan menyedari yang ini bukanlah bantahan pertama dianjurkan oleh Bersih?
Berapa banyak kemusnahan yang berlaku kepada ibu kota sewaktu bantahan terdahulu?
Pasti, terdapat timbunan sampah sarap di merata tempat dan sedikit kerosakan kecil kepada kemudahan awam sekiranya rusuhan berlaku, tetapi menggunakan perkataan seperti “kemusnahan” dalam perkara ini hakikatnya ialah mahu memperbesar-besarkan tuduhan.
Mungkin Tengku Adnan lebih bimbang tentang kemusnahan yang akan dilakukan bantahan ini kepada kerajaan dan imej kerajaan.
Juga, apa yang dia maksudkan sebagai orang luar?
Jika anda lihat tokoh disebalik bantahan seperti itu, terutama aktivis hak asasi Ambiga Sreenevasan dan ramai lagi tokoh pembangkang- mereka semua dari KL, atau Selangor.
Jarang sekali ada orang asing, atau yang dipanggil Putrajaya “orang putih” yang dibayar oleh aktivis sivil untuk menyebabkan kerosakan semasa bantahan berlangsung.
Berkenaan hal tersebut, bukankah matlamat bantahan yang akan datang ini adalah mengadakan bantahan menentang kerajaan persekutuan yang dipimpin Najib?
Apa gunanya, pergi kepada kerajaan yang menjadi kemarahan orang ramai, untuk menyuarakan kesengsaraan mereka?
Selama ini rakyat telah menyerahkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk bertindak adil dan menyiasat perjanjian yang meragukan disebalik 1MDB, tetapi kita hanya menyaksikan mereka yang membangkitkan isu ini ditangkap.
Malah, orang yang langsung tiada kaitan dengan kekecohan ini, seperti kerani penghantar surat, juga ditangkap!
Tengku Adnan, bagaimana rakyat masih boleh mempercayai kerajaan?
Bantahan ini dilihat sebagai kaedah terakhir oleh rakyat untuk menberi tekanan pihak berkuasa supaya bertindak kepada isu yang memerlukan perhatian serta merta.
Tiada siapapun yang suka berarak berbatu jauhnya di bawah bahang matahari atau hujan lebat, dan dilempar pula dengan gas pemedih mata atau disembur dengan meriam air.
Tetapi situasi kini yang mendesak suara rakyat dikeluarkan dengan cara sebegitu jika tidak ia tidak akan mendapat perhatian pihak berkuasa, atau disenyapkan secara paksa.
Jika bantahan oleh ahli-ahli Umno dan NGO yang berkaitan dengan parti tersebut sebelum ini yang sebenarnya ada melibatkan kerosakan harta awam boleh dibenarkan, jadi bantahan seperti Bersih, juga relevan.
Kepada Tengku Adnan dan penyokongnya, ingat ayat ini- bantahan boleh menyebabkan kerosakan, atau dalam perkataannya, “memusnahkan” sebuah bandar tetapi berdiam diri menyaksikan korupsi dan salah laku berlaku, boleh memusnahkan sebuah negara.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com
Tengok apa sudah jadi dengan MUKA KU NAN
ReplyDeleteBila mana darah daging punca dari bebende cepat kaya ber gaya tanpa hirau HALAL HARAM atau HALAM pasti ada kesan pada air muka sese orang itu.
Lahanat akan kata apa saja yang menguntongkan Lahanat...
Orang orang Melayu Islam tu....
Kerosakkan, bebanan dan keperitan yg ditanggung oleh jutaan rakyat adalah lebih dahsyat berbanding dgn kerosakkan pada seorang pemimpin.
ReplyDeleteJangan kerana seorang pemimpin naka kamu Ku Nan, sanggup membiarkan rakyat kesusahan
TURUN NAJIB...TURUN NAJIB...TURUN NAJIB
kah kah kah .............
ReplyDeleteNan apa punya bahlol kata-kata hang tu.Ada masalah mai jumpa hampa.buat apa .masalah tu semua hanpa buang dlm tong sampah.lebih baik kita berdemo.
ReplyDelete