Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 5, 2015

Mereka ni memang buatkan kita rakyat biasa ni pening!

Pasukan petugas khas 1MDB bubar, kata SPRM
Published: 5 August 2015 7:52 PM
SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. 

Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .


"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.


"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu.

Ia bagaimanapun tidak menamakan peguam negara yang mana satu yang dimaksudkan kerana Gani kini digantikan dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu lepas. – 5 Ogos, 2015.

Bukit Aman geledah pejabat 2 pegawai SPRM
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 5 August 2015 7:36 PM
The Malaysian Insider difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan1MDB di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Ogos, 2015.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menggeledah bilik 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber. 
The Malaysian Insider difahamkan, anggota polis berkenaan mula menggeledah bilik 2 pegawai dari Bahagian Operasi Khas SPRM itu di Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya, kira-kira jam 7 petang tadi. – 5 Ogos, 2015.

3 comments:

  1. Abe

    Ini satu perkara serious. Ini satu penyalahgunaan kuasa yg parah. Tu pasai Najib patut ambik cuti bila dia disiasat. Cerita duit RM 2.6 billion tu benda serious dan tidak melibatkn urusan jjawatan rasmi dlm kerajaan atau urusan kerajaan seperti 1MDB. Ini membabitkn tindakan peribadi. Nampak tak koner baring yg sengaja dicipta dgn mengatakan derma. Kalau derma ia adalah melibatkn diri dia personally bukan parti.Kalau parti kena masuk akaun rwemi parti. Itu aturan perlembagaan UMNO. Jika derma parti masuk akaun peribadi bercanggah dgn perlembagaan parti, ROS boleh ambil tindakan.

    Najib dok gali lubang dalam untuk kabus dia nampaknya. Xpe sekarang nampak dia ada advantage tapi siaoa fia untuk mengatasi kuasa Allah.

    Satu lagi perkembangan menarik, SPRM akan panggil Nahib untuk ambil keterangan. Permainan seronkk ni....kita tengok macamana.

    ReplyDelete
  2. Memang pandai Geng Lahanat ini

    Penasihat Setan nya Kualiti TINGGI

    Dengan macam macam permainan nya , Rakyat sudah pening lupa kes 1MDB 42 Bilion yang jadi punca GST

    Kepala Otak!!!!!!

    Ramai ORANG ISLAM SEKONGKOL DENGAN SI LAHANAT TUK ANIAYA RAKYAT

    Sekarang Lahanat ENJOY SAKAN 42 BILION sudah tiada Salah.... Rakyat yang BODOH TANGGUNG HUTANG 42 BILION

    PAK MUFTI AGAMAWAN SEMUA SEKONGKOL SUDAH

    Duit jugak TUHAN Di Dunia ini.....

    Semua nya Orang Orang Islam tu.....

    ReplyDelete
  3. HALAL KA.....HARAM KA.......KASI HANTAAAAAM !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa