100 hari yang cukup genting
Posted on Wednesday, August 12 @ 11:45:00 MYT by paktam
Oleh MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF
KEBEJATAN yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan parti United Malay National Organisation (Umno) tidak lagi dibicarakan secara tertutup oleh ahli-ahlinya dan penyokongnya. Jika sebelum ini hanya parti-parti pembangkang melalui pendukung dan penyokongnya menyarakan gagalnya parti Umno menerajui kerajaan, kini tidak lagi.
Kepincangan parti Umno dalam memimpin Barisan Nasional (BN) kini dibicarakan secara terbuka oleh pendokong dan penyokong mereka sendiri. Tidak lain tidak bukan, ia menggambarkan betapa kepincangan hari ini yang dilakukan oleh pimpinan Umno amat keterlaluan dan tidak lagi boleh dikompromi untuk diberi pengampunan.
Demikianlah senario yang difahami oleh kebanyakan rakyat hatta mereka yang sebelum ini tidak mengambil berat hal-ehwal politik negara. di tengah kepincangan parti Umno yang kian terserlah inilah, cabaran unik sebagai muhasabah dan hisab menimpa Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Saya hanya mengambil manfaat tempoh 100 hari sebaik Muktamar PAS ke-61 melabuh tirainya agar berlalunya 100 hari ini, PAS kian utuh dan mampu mengisi kekosongan Umno yang ditolak mejoriti rakyat. Tempoh ini sebetulnya amat penting.
Kebijaksanaan setiap dari pendukung PAS memanfaatkan ruang dan kesempatan yang ada mampu meletakkan PAS sebagai badan siasah yang mampu menjuarai isu-isu rakyat sebagaimana tuntutan sistem demokrasi atas prinsip-prinsip Islam. Sebaliknya, tiada kesungguhan setiap dari pendukung PAS dalam tempoh ini hanya akan merugikan PAS sebagai antara badan siasah terbesar di Malaysia.
Antara cabaran utama mendepani PAS pada masa kini tidak lain tidak bukan ialah kemungkinan tertubuhnya parti Islam baru di Malaysia yang dipelopori oleh kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB). Pertamanya saya suka untuk tidak menjauhkan kumpulan-kumpulan GHB dari PAS.
Apa jua alasan dan helah, mereka adalah sebahagian daripada PAS. Lebih dari itu, mereka adalah sebahagian dari kekuatan-kekuatan Islam yang saya sifatkan mangsa kepada pelbagai kekeliruan dan mehnah.
Dari apa yang disuarakan oleh kebanyakan penyokong-penyokong PAS, mereka belum bersedia ada parti baru sebagai pengganti mahupun pelengkap kepada PAS. Biarpun ada yang berhujah dengan fakta dan alasan kuat merasionalkan penubuhan parti Islam baru, secara keseluruhannya pendukung-pendukung Islam masih belum mampu mengolah keberadaan dua parti Islam di Malaysia. Keadaan ini pada tanggapan saya amat merugikan perjuangan mendaulatkan Islam itu sendiri.
Kewujudan dua parti Islam atas alasan sebagai pelengkap atau seumpamanya, ia tetap dilihat sebagai suatu persaingan kuasa oleh majoriti pendokong dan umat Islam itu sendiri. Saya penuh yakin, setiap dari pimpinan PAS dan kumpulan GHB amat menyedari betapa kecelikan demokrasi di kalangan rakyat di negara ini masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Ia akan kian rumit dengan penubuhan dua parti Islam tersebut.
Cukuplah dalam ruang ini saya mengajak setiap dari kita bermuhasabah dengan apa yang telah kita tempuhi dan perancangan yang akan kita mulai pada masa mendatang. Perjuangan mendaulatkan Islam di Malaysia bukan sekadar memerangi kejahatan dan kemusnahan yang dicipta oleh Umno, lebih dari itu kita berhadapan dengan satu kepincangan sistem yang cukup berakar umbi sekian lama.
Tidak juga perjuangan Islam itu sekadar laungan slogan-slogan mengasyikkan jiwa dan menyedapkan telinga. Ia adalah suatu persoalan mengatur kebijaksanaan bertindak dalam kemajmukan masyarakat yang punyai perlembagaan dan perundangan negara yang sama.
Kepada sahabat-sahabat pembaca yang menelusuri coretan ini, berusahalah dengan sekadar kemampuan yang ada agar kesatuan para pendukung Islam dapat ditampilkan tanpa perpecahan sebagaimana hari ini. Setidak-tidaknya perbanyakkan munajat dan berdoa moga Allah memberi petunjuk kepada setiap dari kita dalam usaha menzahirkan Islam sebagai rahmatulil’alamin buat seluruh manusia. - sumber
Satu pandangan yang baik namun masalah utama bila golongan2 yang progresif cuba disingkirkan dengan cara yang tidak islamik, melabel dsbnya.
ReplyDeleteTanpa pemimpin 'kepala batu' PAS sudah lama disekularkan oleh musuh dan rakan.
ReplyDeletePemimpin kepala baru mempertahankan PAS dari sekuler? Tindakan2 pemimpin kepala batu ini sebelum dan semasa pemilihan lepas sudah jekas mereka dah mensekulerkan diri mereka dan PAS. Mereka tekah menukar kitab Al Quraan dengan kitab "The Prince" karangan Sheikh Sayyid Nicollo Machiavelli dari Itali sebagai panduan kempen mereka untuk merampas kesemua jawatan eksekutif yg dipertandingkan dalam pemilihan lepaih.
DeleteHehehe..sdra pun oatut baca....
Kalau begitu jalan terbaik Harapan Baru perlu di realisasikan kerana sudah tidak ada lagi persefahaman antara kedua nya. Saya ahli pas seumur hidup namun akan bersama Harapan Baru.
ReplyDeletePARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
ReplyDelete1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA
Semua parti dalam Malaysia adalah sekular, waima meminjam nama Rasulullah SAW sekalipun. Asas kepada Demokrasi Berparlimen di negara ini adalah Perlembagaan yang diluluskan untuk negara bekas Jajahan British diasaskan oleh Sir William Reid (berbangsa Yahudi).
ReplyDeleteUntuk parti atau pertubuhan yang benar-benar bercirikan Islam perlu ditubuhkan semula sistem pemerintahan Khalifah seperti di zaman pasca Rasulullah SAW. Politik perlu dipisahkan dari agama, kerana politik bukan keseluruhannya merangkumi cara hidup (agama Islam), melainkan ditanya kepada pengamal agama yang berpolitik (orang politik) seperti Almarhum TGNA, pastinya dikatakan agama mesti disekalikan dengan politik. Sebagai contoh, Sekarang ini Presiden PAS telah buat onar dengan melanggar perjanjian dan bercakap bohong. Adakah itu sebahagian dari ajaran Islam? Banyakkah kebaikkan dan manfaat yang Islam dapat dengan sikap pemimpin begitu? Itulah hasilnya kalau Islam disuruh bersatu dengan politik. PAS adalah sebuah parti dan bukannya Agama seperti Islam. Jangan tanya orang politik PAS yang mahu mempertahankan kuasa......
Jgn pisahkan agama dgn politik kerana hidup kita seharian pun tak boleh lari dari agama, kalau agama dipsahkan dari politik bermakna hidup tanpa agama....politik juga tak boleh dipisahkan dari kehidupan. Hanya umno yg memisahkan politik dari agama.
ReplyDeletekami tok sir hadi natang
ReplyDeletebat8
ReplyDeleteBetul tu
Sebelum ini ada abe komen tentang itu
Musih kita bukan PAS, musih sebenar kita adalah umno-beend, kenapa semua susah sangat dengan pemimpin PAS, biarkan mereka dengan perjuangan mereka, tak suka PAS join GHB dan perkuatkan gabungan baru supaya umno-beend kecut telur, kecaman terhadap PAS tidak menguntungkan pembangkang atau kamu lebih suka jadi pembangkang seumur hidup. Buatlah perkara yang boleh memantapkan gabungan baru daripada buang masa menyibuk hal-hal rumahtangga PAS.
ReplyDeleteAnon 7:46 PM.(Waktu Maghrib)
ReplyDelete"kalau agama dipsahkan dari politik bermakna hidup tanpa agama". Bodoh nya kenyataan anak babi ni. Maksud Islam itu adalah "cara hidup" dan politik adalah "kaedah memilih pemimpin" di negara bukan Islam pun ada parti politik. Mung ni bebal macam anak babi tak cukup susu.
Anon 8:46 PM.(waktu Isya)
Anak babi ni pun satu, orang bukan menyibuk hal PAS yang nak mampus sangat-sangat tu. Cuma majoriti yang menyumbangkan wang dalam Tin Milo PAS dahulu kesal dan marah sebab Adi Awe dah jadi kepala Munafik dengan menyokong setiap perbuatan dan korupsi Najib Razak ke atas rakyat. Lim Kit Siang ada sokong Najib begitukah? Ini pun macam anak babi tak cukup susu.