Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 12, 2015

Antara Mujahid, TITM dan Nik Abduh: Hahaa..kata-kata siapa yang lebih tektikal dan berhemah?

Mujahid tidak kelihatan lebih sopan dan tidak pamirkan amarah dan dendam?
Tidak resah dan tidak nampak gelisah?
Cuma adakah pakatan baru yang dibentuk nanti masih 'tidur dalam perut' (istilah MSO) dan percayakan sikap PAS setelah beberapa kes yang berlaku semasa PRU13?

Walau apa kalau dinilai kata-kata pemimpin PAS boleh diandaikan yang PAS tidak akan ada di dalam pakatan baru itu nanti........

Tanding p'raya, GHB masih berteka-teki
mk - 8:00AM - 12 Aug 2015

Gerakan Harapan Baru (GHB) masih lagi berteka-teki sama ada akan meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi PAS.

Bagaimanapun, menurut Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, perkara berhubung meletakkan calon pilihan raya masih lagi tiada asas untuk dibincangkan pada waktu ini. 

Katanya, keputusan untuk meletakkan calon di sesebuah kawasan memerlukan perbincangan dari segi teknikal daripada semua parti pembangkang.

Ia bagi memastikan asas utama gerakan itu bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mengalahkan BN dan bukan parti pembangkang yang lain, kata Mujahid.

Justeru itu, pengerusi penaja GHB Pulau Pinang itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini ialah untuk memastikan bahawa di sesebuah kawasan yang ditandingi tidak akan menguntungkan BN.

"Secara umumnya, dalam konteks pilihan raya, perkara itu perlu perbincangan dan persefahaman. Yang asasnya kita berdepan dengan BN. Bukan dengan PAS, PKR, DAP.

"Strateginya perlu dijadikan asas. Selagi menguntungkan BN, sudah tentu tak mahu ia berlaku. Tetapi ada juga keadaan kalau tak masuk (bertanding) akan untungkan BN.

"Itu adalah isu teknikal. Saya rasa belum ada asas lagi (untuk berbincang sama ada meletakkan calon atau tidak), Yang penting kena pastikan apa yang berlaku tak akan untungkan BN," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Sebelum ini PAS melahirkan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa GHB tidak patut meletakkan calon mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak kerana dikhuatiri akan memecahkan undi pembangkang.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon dalam pilihan raya negeri tersebut dilihat 'mengganggu' undi pembangkang berbanding BN.

Exco Selangor itu juga berkata, sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda politik mereka, gerakan itu perlu fokus menarik pengundi BN dan atas pagar.

GHB Sarawak sebelum ini mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.

Selain itu, ketika ditanya tidakkah GHB bimbang sekiranya berlaku pemecahan undi jika meletakkan calonnya, bekas ahli jawatankuasa PAS itu berkata perkara itu akan cuba dielakkan.

Ia bagaimanapun terpulang kepada hasil perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu DAP dan PKR, katanya.

"(Pecah undi) pasti akan berlaku. Tetapi perlu lihat juga ruang-ruang lain supaya tak ada pertembungan. Kita juga terikat dengan DAP, PKR. Semua itu perlu ambil kira. Kita tak mahu keuntungan akan beri kemenangan pada BN dan pada masa sama, tak mahu pecahkan undi Pakatan. Perlu ada keseimbangan," jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan GHB untuk menjadi sebuah parti politik, ahli parlimen Parit Buntar itu berkata, pada waktu ini, pihaknya mempunyai dua pilihan.

Selain daripada mendaftar sebagai sebuah parti baru, GHB juga akan cuba mengambil alih parti politik sedia ada, selain menggunakan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

"Kita ada dua pilihan. Sama ada daftar parti baru yang pernah dibuat sebuah parti sebelum ini dan memakan masa dua tahun. Satu lagi pilihan yang pernah juga dibuat oleh PKR ialah mengambil parti yang sedia ada dan tukar perlembagaan mereka dan dibuat sebagai parti baru. Itu saya rasa lagi mudah.

"Itu pilihan yang kita ada. Kita akan guna dua-dua. Dari sudut parti mana itu, kita memang ada banyak pilihan. Walaupun ada yang kata parti KITA, itu hanyalah sebahagian dan salah satu pilihan. Ada parti lain juga yang berada dalam radar kita.

6 comments:

  1. Walau apa pun keputusannya ianya tetap menguntungkan UBN, bukan kerana jumlah undi UBN meningkat sebaliknya undi pembangkang tak kira GHB atau PAS akan berpecah, GHB akan meletakkan calon mereka bertanding menentang UBN dan PAS, disini musuh sebenar GHB ialah PAS dan UBN, tak perlu dinafikan bahawa kedua-duanya musuh GHB. Mengapa GHB perlu menarik ahli dan penyokong PAS menyertai mereka mengapa tidak ahli UBN sekiranya GHB mengangap UBN adalah musuh mereka? Munculnya GHB hanya memberi laluan mudah kepada UBN kekal berkuasa. Terimalah hakikat ini.

    ReplyDelete
  2. bila hadi letak calon bertindih dikerusi2 pkr, adakah ia tidak mengganggu undi pembangkang? ko patut tanya hadi siapa musuh dia yang sebenar. adakah pkr, dap atau umno?

    ini kata2 dari penyokong tegar najib:

    1. setiap perdana menteri ada masalah sendiri tp perubahan kepimpinan bukanlah jawapan. Biar dia selesaikan masalah dia dulu.

    2. najib seorang yg berjiwa besar dan perlu diberi peluang membetulkan keadaan krn tiada orang yg sempurna.

    3. tak lojik najib salurkan duit rm2.6bil ke akaun peribadinya.

    cuba ko teka sapa yg ckp...

    ReplyDelete
  3. Walaupun Hadi melontarkan kecaman bertuni-tubi terhadap Najib adakah ianya membawa keuntungan dan perubahan kepada kita? Adakah tertubuhnya GHB pakatan pembangkang akan menjadi lebih kuat? Usaha yang sia-sia dilakukan oleh mereka. Tiada pun tambah nilai terhadap usaha yang dilakukan terhadap pakatan pembangkang. Tiada lagi musuh yang setanding dengan UBN, pakatan pembangkang dah lemah, kita kena terima kenyataan bahawa GHB akan memberi laluan mudah untuk UBN kekal berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Rakyat perlu diutamakan. Jangan hirau kepada PAS kerana sifat munafik mereka dah terbau terlalu busuk. Rakyat tidak kira walau mereka menjual Islam RM0.10 Sen sekilo sekalipun, rakyat lebih pentingkan kestabilan ekonomi dan keselesaan hidup berbanding pemimpin PAS yang nampak warak tetapi kebanyakkan nya seperti "Iblis berserban", tiada bezanya mereka ini dengan pemimpin UMNO sekiranya wang dan kuasa terhidang di depan mata. Ingat! Jangan ditipu lagi oleh pedagang-pedagang agama ini, hidup mereka mewah dibiayai rakyat, yang halal mereka boleh haramkan sekiranya ekonomi dan kekuasaan mereka terjejas. Akhir kalam, lihatlah contoh Presideng Tolol dengan Menantu Ding Ayamnya, kerana kuasa dan kedudukan maka Islam boleh dijadikan "pengesat kaki" sebelum menaiki tangga tetapi akhirnya meracau dan meraban segala percakapan atas balasan Allah SWT terhadap makhluk yang mempermainkan kesucian Islam.

    ReplyDelete
  5. PRU masih jauh kecuali najib tertelan pil kuda.
    So ng HB gerakerja perlu digerakkan bersepadu dan mantap.PAS ada sejarah cah keting berkali2 dgn hujjah kao neraka aku syurga.

    Tentukan sikap dan tindakan bila parti baru telah berdaftar.politik adalah game yg berisiko tinggi dan bercabang2.bknkah pelopor HB adalah mereka yg sgt berpengalaman dlm bacaan riak pengundi.

    Sampai sudah masanya PAS diajar.
    Mungkin tindakan meminggirkn mereka memberi keuntungan besar kpd BNumngok.
    Bel cuba belum tahu.DAP dah buktikan dgn mufaraqah thn 2004.Pak Lah terus jd cemerlang gemilang terbilang.DAP cemerlang.PKR terguling2 nazak tinggal Permatang Pauh.PAS pening pil kuda hampir terlepas kelantan.

    Tp...2008 lain ceritanya...tokey Hadhari kena sula...
    Maknanya pakatan pembangkang belajar dr kesilapan.

    Sekarang PAS buat hal lagi.Rasanya rakyat dan penyokong PR bkn bodoh selamanya utk menilai tarian pil khudda PAS.langkah baru telah diambil dgn penubuhan PR 2.so jgn pandang belakang lagi.terus maju dgn agenda kepentingan rakyat.udah2la kena belit dan terbelit dgn serban PAS.

    ReplyDelete
  6. Masalahnya hanya sedara yang kata PAS munafik, macamana dengan ahli-ahli PAS? Adakah mereka juga mengangap PAS munafik?...itulah masalahnya, nak tumbangkan UBN kena tumbangkan PAS juga....mampukah org2 beriman dalam DAP, GHB dan PKR menumpaskan manusia munafik PAS?....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa