Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 13, 2015

Kita dah boleh menelah apa maknanya ini?

Rumah dah nak roboh?
Jambatan nak runtuh?

Kemelut berterusan, mesyuarat MT Umno bulan ini mungkin tangguh lagi 
OLEH MD IZWAN
Published: 13 August 2015 7:00 AM
Tekanan dan rasa tidak puas hati sejak rombakan Kabinet dilakukan dikatakan antara sebab Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor teragak-agak membuat keputusan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadualkan hujung bulan ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Ogos, 2015

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan pada 28 Ogos ini mungkin ditangguhkan sekali lagi selepas kemelut dalaman parti masih berterusan susulan rombakan Kabinet bulan lepas.
Sumber dalam parti berkata, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor masih belum mengeluarkan notis sama ada mesyuarat tersebut akan diadakan atau tidak setakat ini.
"Mesyuarat tersebut sudah ada dalam jadual setiausaha agung, cuma beliau masih lagi tidak membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tekanan dan rasa tidak puas hati sejak rombakan Kabinet dilakukan – yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan – dikatakan antara punca Tengku Adnan teragak-agak membuat keputusan memanggil mesyuarat kali ini.
"Sejak rombakan Kabinet, tidak ada tanda kemelut dalam parti reda, tapi sebaliknya lebih teruk.
"Kamu boleh lihat dalam mesyuarat bahagian dan sayap yang berlangsung sepanjang bulan ini, yang panas. Kritikan daripada akar umbi kepada presiden juga tidak nampak akan berhenti," kata sumber tersebut.
Sebelum ini, mesyuarat MT pada 29 Julai juga dibatalkan pada saat akhir di mana difahamkan ia sepatutnya diadakan bagi membuat keputusan berhubung status Muhyiddin dan Shafie.
Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah tersebut disingkirkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Razak dikatakan akibat perbezaan pendapat dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara itu, Tengku Adnan ketika ditemui pada Isnin berkata, beliau belum membuat keputusan mengenai mesyuarat 28 Ogos ini dan akan membuat kenyataan mengenainya kemudian.
"Tunggu nanti saya akan beri kenyataan," katanya ringkas.
Dalam pada itu, pegawai Shafie memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga masih belum menerima sebarang notis mengenai mesyuarat 28 Ogos ini.
Bagaimanapun, melambatkan mesyuarat bukan lagi menjadi pilihan kerana perlembagaan Umno menyatakan, MT hendaklah bersidang setiap 2 bulan sekali, atau apabila presiden memanggilnya, atau apabila dua pertiga daripada anggota majlis membuat permintaan bertulis memohon ia diadakan.
Jika setiausaha agung tidak juga memanggil mesyuarat, ahli yang memohon supaya mesyuarat itu diadakan boleh juga memanggil mesyuarat dengan syarat semua ahli MT dijemput hadir.
Menurut perlembagaan Umno, "Jika setiausaha agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2 dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan itu dibuat, maka ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua ahli MT dijemput hadir.
"Satu perdua daripada bilangan ahli MT adalah menjadi cukup bilang bagi menjalankan mesyuarat." – 13 Ogos, 2015.

Kaitan: Anina: Tangguh pemilihan, Najib tak yakin menang?

3 comments:

  1. apa nak heran yang mesyuarat pun semua kayu.

    ReplyDelete
  2. Nak lihat bangsa melayu islam memperjuangkan RASUAH yg di HARAM kan dlm islam tapi telah di HALAL kam dlm parti.

    ReplyDelete
  3. Dlm islam derma yg diterima kena telus. Kena beritahu semua orang. Kat masjid tempat gua, derma yg diterima tiap2 minggu akan dimaklum semua dan ditampal di papan kenyataan. Kenapa? Sbb memegang amanah org ramai. Ini kalu ikut cara islam la. Bukan apa, takut ada syaitan usik hati kita. Duit la katakan.....lebai pun boleh gelap mata, inikan pula bukan lebai..... iya la...cuba bayangkan lebai gaji 500 boleh shoping kat london tiap2 bulan. Kan timbulkan syak wasangka kan. Itu pasal kena simpan derma kat akaun masjid. Tak pun simpan dalam akaun amanah yg dinamakan oleh lebih drp 5 orang. Itu kat masjid la, tempat yg betol2 ikut siar islam.

    Kalau derma parti tak tau la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa