Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 7, 2015

Klip video: Najwa ajak rakyat Malaysia bertabah

 1:27AM - 7 Aug 2015

Percaya kepada muzik dan 'kuasanya' untuk menyembuhkan.

Justeru Najwa Mahiaddin tampil menawarkan penyembuhan melalui lagu terbarunya, After The Rain.

Lagu dan klip video sepanjang 5.30 minit itu lain memuatkan lirik bermakna. Antara lain liriknya ialah:
We may all fall down
but we all get up
hold your head up Malaysia
after the rain comes the sun


Dalam Facebooknya, Najwa menyatakan harapannya agar lagu berkenaan dapat memberikan "kelegaan dan kekuatan kepada kita semua di waktu mencabar ini".

“After The Rain” by Najwa Mahiaddin featuring JUNY“I believe in the power of music and its ability to heal.  May this song provide comfort and strength to us all in these trying times.” We may all fall downBut we all get upHold your head up Malaysia After the rain comes the sun                                           - Najwa Mahiaddin #KeepYourHeadUpMalaysia #AfterTheRain               ARTIST: Najwa Mahiaddin Instagram: http://j.mp/NajwaInstaSONGWRITERS: JUNY: http://j.mp/JunyBrosInstagram-@junybrothersRECORDING STUDIO: Maveriq Studios: http://j.mp/MaveriqStudiosPUBLISHER: MVQ MUSIC: http://j.mp/MaveriqDIRECTOR: Director: http://j.mp/HenryOoiPRODUCTION COMPANY: Playhouse: http://j.mp/PlayhousePicturesSOCIAL MEDIA: Mediasaya:  http://j.mp/Mediasaya
Posted by Najwa Mahiaddin on Thursday, August 6, 2015
Kenyataan itu dilihat menjadi lebih signifikan apabila mengambil kira Najwa bukanlah datang dari latar keluarga yang biasa.

Najwa adalah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu.

Malah pada hari Najib mengumumkan keputusannya mengetepikan Muhyiddin, Najwa tampil dengan tweet ringkas: "Allah knows best".
Klip video terbaru Najwa itu dikongsinya di Facebook malam tadi dan mula menarik perhatian ramai.

Sehingga jam 1.15 pagi tadi klip video dari akaun Facebook Najwa sudah dikongsi lebih 2,500 kali, selain mendapat like sekurang-kurangnya 2,300 orang.

Dapat sambutan

Muhyiddin diketepikan Najib daripada kabinet kerana lantang membangkitkan rasa tidak puas hatinya terhadap cara kerajaan menangani isu 1MDB.

Turut diketepikan ialah salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie juga beberapa kali membangkitkan isu sama secara terbuka.

Najib melantik Ahli Parlimen Bagan Datoh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalannya.

Lagu terbaru Najwa itu ternyata disenangi pengikut akaun Facebook beliau dan mereka menyatakan rasa penghargaan terhadap kemunculan karya terbarunya.

After The Rain dicipta oleh Juny dan dirakamkan di Maveriq Studios, manakala pengarah untuk klip video berkenaan ialah Henry Ooi.

Turut dipaparkan adalah hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia.

4 comments:

  1. Masa ada kuasa tak pernah nak benteras rasuah. Neelofa kata dia tak tau apa yg dia makan tu haram. Aku boleh terima kenyataan dia walaupun aku terkejut yg dia tak tau benda tu haram. Tapi yg dah tau rasuah tu haram, tapi masih baham rasuah, tutup hati mengatakan rasuah tu rasuah, itu lebih teruk. Kalau bercakap ketika dah terbuang tak ada gunanya. Rasuah aniaya orang lain. Kalau ada bukti, tolong dedahkan. Setia kita pada Allah. Bukan parti

    ReplyDelete
  2. Bermunajat dan berzikir adalah perkara yang lebih baik dari muzik. Percaya kepada muzik dan 'kuasanya' untuk menyembuhkan. Apa ni admin?

    ReplyDelete
  3. Anon 12:31 PM

    Teguran anda itu bagus, saya terima.

    Cuma apa yang saya nak sampaikan di N3 ini adalah message yang Najwa nak sampaikan untuk rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah

    Pakai HIJAB bagus lah tak lupa kaki pijak di mana.....

    BON BON?????

    Ha ha ha ha ha ha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa