Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 5, 2015

Korang bacalah. Aku tak reti nak komen!

PERJUANGAN ISLAM PAS TIDAK BERNOKTAH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

TITIWANGSA: Sejarah keluar masuk pimpinan PAS dari parti ini membuktikan PAS dan perjuangan Islam tidak pernah terhenti, bahkan semakin kuat dan mendapat sokongan.

Demikian antara intipati ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Himpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 4.0) peringkat Wilayah Persekutuan di Desa Pandan, di sini 2 Ogos lalu.

Ceritanya, dalam sejarah PAS, Dr Abbas Elias, pernah menjadi Yang DiPertua Agung PAS Ke-2 di mana ketika ditukarkan ke pedalaman Terengganu menyebabkan beliau tidak terpilih dalam muktamar.

Pun begitu ujarnya, Dr Abbas tetap datang hadir ke muktamar dan terus berkhidmat walaupun tidak dilantik jawatan dalam PAS hingga akhir hayat.

“Ramai dalam PAS yang macam ini, (tetapi) ada yang tidak dipilih merajuk. Macam mesyuarat jawatankuasa masjid, orang kampung ahli jemaah pilih. Tiba-tiba yang tidak dipilih ini tidak mahu pergi jemaah, tak mahu pergi masjid kerana tidak dipilih.

“Dahlah tak mahu pergi, curi selipar tok imam, takkan teruk macam ni? Pergi curi selipar yang makmum, sorok selipar. Ini kerja apa ini? Tak pelah ini kerja budak-budak, kita anggap ini sebagai kerja budak-budak,” ujarnya beranalogi.

Menurut Tuan Guru, PAS pernah mengalami peristiwa yang paling dahsyat tahun 50-an apabila Yang DiPertua Agung PAS keluar parti.

Katanya, pada tahun 1951, Haji Ahmad Fuad telah masuk Parti Negara mengikut Dato' Onn, manakala dalam tahun 60-an dan 70-an, Setiausaha Agung PAS dan pimpinan Ulamak PAS keluar parti, namun PAS semakin kuat.

Begitu juga katanya, menempuh kejatuhan di Kelantan tahun 1978 di mana mereka yang protes telah menubuhkan Parti Berjasa dan Parti Hamim, selain lebih daripada 10 orang AJK PAS Pusat turut keluar parti.

Hinggakan katanya, pada tahun 1982, semua Ahli Parlimen PAS keluar parti meninggalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang diri di Parlimen mengikut parti baru.

Namun ujarnya, pada tahun 1990 PAS berjaya menawan Kelantan dan tahun 1999 menawan Terengganu.

“Insya-Allah kita tawan Malaysia, tidak mustahil, kita tawan Malaysia, tawan dengan Islam. Kita nasihatkan, pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini, kembali kepada Islam, kita setuju, sokong kalau dia kembali kepada Islam.

“Kita tidak berebut jawatan, tapi kalau tidak kembali kepada Islam, kita lawan habis-habisan, ini tanggungjawab kita, dalam masalah ini,” tegasnya.

Tuan Guru seterusnya menghuraikan perkembangan yang panjang terhadap cabaran dihadapi Islam secara penindasan, kekejaman, persenjataan, idealogi dan doktrin, Islamophobia dan lain-lain, namun Islam terus berkembang dan dianuti ramai manusia di seluruh dunia.

Akhirnya ujar beliau, musuh Islam terpaksa menggunakan orang Islam sendiri dari kalangan ‘mutasahhilun’ dan ‘mutasyaddidun’hingga memberi fitnah yang banyak kepada Islam.

Katanya, segala sikap menyeleweng dan melampau itu telah memberikan natijah tidak baik kepada seluruh manusia, sedangkan Islam hadir membawa rahmat untuk semua.

“Tidak, bahkan jauhkan Allah berlaku ditempat kita, kita tak mahu. Dengan sebab itu kita minta, selesaikan masalah negara, dengan baik dengan aman, dengan aman kita sabar. Ada orang suruh kita demonstrasi, kalau demonstrasi bergaduh dengan polis, bukan bergaduh dengan Umno, bukan bergaduh dengan DAP.

“Bergaduh dengan polis, berlawan dengan polis, dahlah yang bergaduh itu gaji murah, gaji tak cukup nak biaya anak isteri, yang hidup di kawasan bandar. Kita demonstrasi, bertumbuk dengan yang gaji murah ini, yang besar-besar itu gaji mahal.

“Takde pasal-pasal, jangan kita jadi mangsa dilaga-lagakan oleh orang, pepatah Melayu sebut, “Lesung dengan halu berlaga, yang kenyangnya ayam”. Kita berlawan, bukan tak boleh berdemonstrasi, boleh, ada masa, ada tempat.

“Jangan kita dibodohkan, kita mahu selesaikan dengan aman, dengan amanah, dengan cara yang baik. Mudah-mudahan, negara kita dan umat kita, semua kaum dipelihara oleh Allah SWT,” ujarnya.

13 comments:

  1. PAS ini orang orang BODOH sampai kena kencing 2,6 Bilion pon kata OK

    Belom lagi 42 Bilion

    PAS sudah di kira Sampah saja

    Sampah ini merata rata mana ada orang ambil peduli pon.

    ReplyDelete
  2. Cakap tak serupa bikin. Insya Allah kebenaran akan terserlah. Ulama yang tulen pasti mewarisi akhlak nabi yg membawa rahmat tak kira islam dan bukan islam. Hj Hadi jgn tipu diri sendiri, sikap irihati terhadap DSAI.

    ReplyDelete
  3. hhaaahahaah..Banyak benda yg dia tak bagitahu, dia menang kelantan,terenganu,kedah sebab dia join rakan-rakan...semua masuk bakul sendiri. Okay haji hadi,kita nak selesaikan kemelut negara...Dgn apa diajar oleh tuan guru baru2 ni...SECARA "CHAI"...Berehhhhhh..guanno diinnngg.

    ReplyDelete
  4. Sokong ameno je hadi hoi, baru aman di mesia......tapi di akhirat mung tok guru dema pong kena soal, jangan cakap macang mung dok kena soal di akhirat. Yeena poooodah!

    ReplyDelete
  5. sepatutnya ulamak2 ni di kategori golongan cerdik,sebab mereka ada ilmu al quran dan hadith tapi yg hairan dan ajaib mereka2 ini boleh tergolong dlm golongan2 org bodoh.....cuba fikirkan kenapa kah sahabat2 nabi dulu berbunuhan sesama sendiri hinggakan berpuluh2 ribu terbunuh dlm peperangan jamal dan peperangan siffin....apakah calang2 ilmu mereka....fikir2kan lah...jgn le kita jadi sesat dan bertambah2 bodoh mengikut telunjuk ulamak2 yg sesat dan menyesatkan ini

    ReplyDelete
  6. No coment kalu buyer pada TGHH n kutuk GHB confirm tak kan keluar dalam comentar blog ni.. memang barua n broker

    ReplyDelete
  7. x kan nak percaya najib dan umno kot?

    ReplyDelete
  8. -masalahnya golongan ghb bukan merajuk laa..geli hati pulak mereka yang berjuang sejak muda tak dipilih merajuk...mereka dinyahkah terang2. "singkirkan golongan sekular, jebon, tolol , keluar dari pas " itulah kata2 yang selalu dihamburkan terhadap golongan ini sebelum muktamar. Bila golongan ini buat gerakan baru keluar pula perkataan pengkhianat, tak wala, dsbg.. eh kan dah dihalau keluar.kemudian kata nak kejar pangkat dan kedudukan pulak keh!keh! kalau nak banding Salehuddin Ayub dgn nik beduh pun jauh bumi dgn langit beb. Sejak muda sgup lpaskan kerja kat bank bersama dgn perjuangan pas tanpa kewangan pun. duit isteri yg kja tukang jahit tolong..dlm parti meniti dari bawah..kalau nak kedudukan dan pangkat baik dari awal masuk umno.tu belum dengan mat sabu dah biasa dgn kalah menang.., dan mahfoz omar di mana mereka ni yang tua di pentas pas...menangpun baru-baru ni la...Alhamdulillah lepas ni PAS dah buat tak buat demontrasi lagi..kalau buat pun polis tak marah lagi macam demontrasi UMNO...sebab mereka ke arah nak bersama...Tuan Ibrahim lepas ni jangan sibuk lagi nak lawan penyelewengan BN ssedangkan Tuan Presiden dah keluarkan amanat di atas.Kalau tak, lebih baik Tuan Ibrahim sertai shj GHB kerana nanti anda juga dianggap tak wala'

    ReplyDelete
  9. TGHA dah mula menyanyi lagu rentak Umno.
    Pemikiran orang Islam di Msia agak jumud.tak boleh komen apa2 kat ulamak.
    Allah anugerah kpd kita akal untuk berfikir dan menilai.Jgn jadi pak turut ikut apa yg dikatakan oleh ulamak.Bagaimana kalau diturut itu ulamak Su'.
    Bermula kerasulan Rasullah dengan kalimah Iqra.Justeru itu Islam mengajar kita mementingkan bacaan dan memahami samada ilmu akhirat atau duniawi.Dengan demikian banyaklah membaca untuk membolehkan kita berfikir sebagai Muslim yang tulin.

    ReplyDelete
  10. Bg contoh terbaik tapi bab undi pakai chai tu hadi tak mau masukkan dlm contoh sekali.
    Kalau undi jawatankuasa masjid pakai chai,logik la orang yg bertanding pun lari dari jemaah masjid.
    Elok sangat la sembunyi sipar imam kalau imam tu perasan dia bagus dan menghalalkan chai

    ReplyDelete
  11. Hari itu kata PAS tak kebuloq nak menang, tapi dlm ucapan ini ada hati pulak nak tawan Malaysia. Dah jadi biul ke apa HH ni? Dan juga yg gatai pi bergaduh dgn polis tu, buat apa? Dgn UMNO yg dikatakan musuh bersama dia cukup kamcen, tapi dgn rakan sekutu bukan main tunjuk dia punya ranggi. Dah tu pulak, rakan-rakan dlm parti sendiri pun dilabel macam-macam, ada kes fitnah sampai ke mahkamah lagi. Pi simpanlah hang punya analogi haprak tu, tak guna seduit pun!

    Ahli PAS era UFN.

    ReplyDelete
  12. Paling tak leh tahan dlm ucapan tu.. dia buat analogi pemilihang jawatang kuasa masjid... '.... pi curi selipar tok imam...'. Apa ahli PAS ni setaraf selipar ka Tuang Guru oiiii. Aku tau la ko tu tok imam... jgn la sampai hina ahli PAS pulak atau ahli PAS zaman 'cai' ni standard selipar Tuang Guru ja... sebab tu boleh je diinjak walaupun ke atas 'najih'. Tuang Guru.... ulama' tak ma'sum wei... tlg jgn fikir guna siku-lutut. Sekian terima kasih. AKU BUKAN SELIPAR WOIIIIIIIII....

    ReplyDelete
  13. Isi je la borang UMNGOK hadi ooii...takyah cakap berbelit ..makin hari makin terserlah keUMNGOKan hang...biasanya golongan maksum ni a.k.a ularmak chai kene jelas dalam perbuatan. sampai arini aku tak dapat panjelasan 'demokrasi ke kalo dalam pemilihan guna ketas chai?'kitab mana yang hang baca?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa