Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 7, 2015

MAS mempersendakan Allah?

Beer dalam pesawat MAS?
Seorang lelaki, Kamaruzaman Jaffar menceritakan pengalaman yang sangat mengejutkan ketika menaiki pesawat MAS.

Mungkin kisah yang beliau kongsikan itu juga adalah antara punca Allah dah turunkan bala kepada syarikat penerbangan itu.

Ikuti kisahnya.

Flight Malaysia Airlines, MH1, 21 Jun 2015 10.00 malam dari Heathrow, London ke KLIA.

Selepas 3 jam berlepas dari London, seorang paramugari MAS mula menjaja 'Beer percuma'.

'Beer, beer, beer!'

Aku hairan, bila nak berlepas ada paparan doa perjalanan minta restu dari Allah, selamatkan perjalanan. Bila dah berlepas, MAS jaja pula air syaitan tu. Seolah-olah mempersendakan Allah.

Aku tak hairan kalau yang minum itu bukan Islam. Lantaklah mereka nak minum banyak mana. Tetapi yang aku meluat, ada sekumpulan belia Melayu di baris 49, memang Melayu, cakap Melayu, minta beer. Aku kira umurnya sekitar 16 atau 17 tahun. Pramugari bukan Melayu itu tanya,

"Betul ke awak ini lebih 18 tahun?"

Budak itu jawab, "YA!"

Maka dihulurkannya satu tin beer. Dengan bangganya budak setan ini meneguknya. Waktu itu dah lepas waktu subuh. Memang harus tak puasa orang musafir, tetapi janganlah minum air syaitan ini depan penumpang lain yang ramai Islam.

Selepas itu, di baris 50 ada 3 perempuan. Melayu semua, dua tak bertudung, seorang bertudung. Umur rasanya sekitar 21, seorang daripadanya turut minta beer. T-shirt tertera nama universiti di UK.. Biasa saja dia meneguk benda tu.

Aku hairan, kalau undang-undang di negara kita jelas melarang penjualan arak/minum arak kepada orang Islam, mengapa MAS dihalalkan berbuat demikian? Takkan dia tak tahu penumpang itu Islam.? Senarai nama ada di tangannya.

Padanlah Allah dah bagi bala kepada MAS, tahun lalu. Beberapa Ahli Parlimen minta amalan bagi beer percuma ini dihentikan. Tetapi MAS buat pekak.

19px Renungkanlah. Kita sokong syarikat penerbangan kita, kita bangga walaupun ruginya berbillion. Tetapi kalaulah ia terus sombong, tunggulah masanya balasan Allah. - sumber

10 comments:

  1. Arak bukan setakat dalam kapalterbang je kat darat berlambak-lambak ada dan bermacam jenis berserta dengan pesta besar-besaran lagi. Inilah perjuangan dan ajaran DAP dan GHB, biarkan mereka dengan kebebasan mereka kata Mujahid, PAS selalu dan akan terus memprotes jika ada pesta-pesta arak yang dianjurkan oleh kaum bukan Islam. Mujahid membidas PAS kerana cuba menyekat kebebasan kaum lain dan tanpa disedari Melayu Islam sendiri yang hanyut. Kalau ada cubaan protes dari PAS ianya dianggap kolot, inilah pemikiran Islam Progresif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik ler kamu...takpun salah makan ubat.
      Isu beer dln MAS salah GHB dan DAP?
      Wake Up bro...dont show your stupidity kat sini.
      Saya taknak sembang byk pasal PAS.
      Kalau bro nak sembang dan berkeras pasal gejala maksiat ni...apa tindakan PAS dlm mengawal semua tu di Terengganu...Kelantan...dan dulu Kedah.

      Zaman skrg ni...maksiat bermaharajalela di mana2...didepan mata dan tersembunyi.

      Delete
  2. Anon 7:29 AM

    Anda tersalah lorong sebenarnya. Topik ini adalah isu menghina Allah selepas berdoa dan mohon selamat di dalam penerbangan tetapi arak dihidang pula kepada penumpang yang Islam/Melayu. Bukan isu GHB atau DAP. Tahukah anda kilang arak bercambah semasa pemerintahan siapa? Bukankah cinta hati PAS UMNO/BN?
    Kekasih Hadi dan UG?

    ReplyDelete
  3. Bagus pagi2 tuan titik cukup2 otang umno bn karat ni. Ada ke patut tuduh pembangkang buat kerja2 berkaitan air setan ni.

    Dengar sini umno bn. Di mahsyar nanti kau tak akan terlepas dari siksa Allah SWT kerana bersekongkol dengan pemimpin kau yang bina kilang, bawa, jual, promosi dan apa saja yang dikaitkan dengan arak, pasti dapat balasan. Kau tunggu ye..

    ReplyDelete
  4. Betullaaa mamat ni..kalo nak hemtam pon piker laaa kalo kata bodoh marah..org citer mas bawak arak..dia citer lain Malaysia ni dap ngan ghb ke yang perentah...mendea ler mamat ni.. Nampak sangat otak tu bendera biru lambing dacing

    ReplyDelete
  5. Kalau yer pun nak marahkan pembangkang, jangan laa over sangat. DAP dan GHB tak pernah memerintah Malaysia. Bolehkah DAP dan GHB yang baru dua hari ditubuhkan, mengarahkan MAS menghidangkan Arak niii. Saya rasa yang beri komen di atas tu "Mabuk Arak" kot

    ReplyDelete
  6. Mamat PAS ni terlebih WALA' dalam kepala dia apa yg GHB/DAP buat semuanya tak betul, Hadi/Haron sudah berjaya Mendotrinkan dia, sehingakan apa2 kemungkaran berlaku semua di tudingkan pada GHB/DAP.Sehingga kemungkaran sistem "CHAI" buat-buat tak nampak.

    ReplyDelete
  7. Kecerdikan puak walaun dah sampai tahap maksima, memang tak dapat nak progress further........hardcore org macamni ada di termeloh, Alhamdulillah, tak ramai puak puak ni, esuk lusa hanyut lah dgn labunya.

    ReplyDelete
  8. Semoga CEO baru bukan islam hentikan minuman arak dalam MAS/MAB,

    ReplyDelete
  9. Marah betul admin dan macai-macai DAP apabila ditegur, kamu semua kena ingat Melayu Islam macam kamu ( kalau Islam la ) ni terlalu condong kearah kafir yang boleh menyebabkan kamu semua hanyut bersama mereka, jangan jadi lalang yang tiada teras, ingat anak cucu kamu. Jangan pulak nanti anak cucu kamu pulak yang hidangkan arak untuk mereka dan tanpa rasa segan silu minum sekali dgn mereka. Buatlah sesuatu sebagai langkah pengcegahan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa