Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 7, 2015

Nak alih isu pun biarlah cerdik!

Cabaran bodoh: Tu sebab dari dulu sehingga sekarang KM P. Pinang Cina!

Isu sebenar adalah 2.6b dalam kantung Najib.

Yang kata duit itu adalah derma biaya politik pun UMNO juga........Sekarang yang rakyat nak tahu siapa penderma yang amat pemurah itu?

Kalau derma politik, kenapa bukan di dalam akaun UMNO? Kenapa Muhyiddin sebagai TPM pun tak tahu? Setelah akaun ditutup ke mana duit itu dibawa?

Sebabnya kalau untuk pilihanraya, bukankah SPR dah tetapkan jumlah yang boleh dibelanjakan bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN?

Inilah isu yang mesti dijawab.........bukannya mempersoalkan kemampuan harta orang lain!

Apa kena mengena pula dengan bangunan DAP atau apa-apa harta PAS dan sebagainya?

WEDNESDAY, 5 AUGUST 2015 

Pemuda P. Pinang Cabar Dap Dedah Sumber Kewangan Bina Bangunan Jutaan Ringgit 
Oleh: Azlina 

Rosdy BUKIT BENDERA, 6 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mencabar kepimpinan Dap negeri itu untuk mendedahkan sumber kewangan yang mereka perolehi untuk membina pejabat baru parti itu yang bernilai jutaan ringgit hanya dalam tempoh dua tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Ujar ketuanya, Rafizal Abdul Rahim, ini berikutan desakan kepimpinan Dap sendiri yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi Barisan Nasional (BN) dan UMNO. 

Dek kerana kelantangan Dap yang kononnya mahu BN dan UMNO bersikap telus maka tegas beliau Dap juga harus bersikap sedemikian dan bermula dengan mendedahkan bagaimana mereka mampu memperolehi wang membina bangunan Dap sedangkan parti Gerakan dahulu mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabat sendiri itupun sekadar sebuah premis biasa.

“Mereka mahukan ketelusan jadi mereka sendiri harus telus. Bagaimana hanya dalam tempoh dua tahun mereka mampu membina ibu pejabat yang gah. Daripada mana sumber dana mereka? “Oleh itu, Pemuda Pulau Pinang hari ini mencabar mereka untuk menjawab persoalan ini. 

Sekiranya mereka enggan menjawab persoalan ini maka adalah lebih baik mereka sendiri tutup mulut dan jangan sibuk nak tahu sumber kewangan orang lain,” Ujar Rafizal kepada UMNO-Online. 

Tambah Rafizal, Dap juga seharusnya mencermin diri sendiri sebelum mendesak untuk mengetahui sumber pembiayaan politik BN dan UMNO kerana ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu membuat transformasi dari segi pembiayaan politik, pemimpin Dap begitu lantang membantah. 

Kerana bantahan tersebut jugalah maka inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan tanpa sempat dimulakan.

“Kini Perdana Menteri sekali lagi menyatakan hasrat ingin membentangkan semula perkara ini. Adakah Dap berani untuk bersetuju… jadi mari kita tunggu dan lihat apakah permainan politik Dap kali ini bagi mengelak perkara ini dilaksanakan.

“Namun buat permulaan, Dap harus menjawab cabaran Pemuda Pulau Pinang terlebih dahulu. Jangan pula menjawab dengan menyaman saya sebagai langkah tutup mulut,” sindirnya. – MediaUMNO.   

ABU: Tidak hairan jika orang Cina dan parti Cina boleh buat bangunan jutaan ringgit dalam masa yang singkat. Aset mereka dalam poket ahli mereka, menderma dan menyumbang adalah amalan kaum mereka,lebih-lebih lagi ketika mereka berkuasa. Orang kita?

1 comment:

  1. ORANG ORANG MELAYU INI BANGSA BODOH KE???????

    TAK BOLEH BER FIKIR KE?????

    MALU JADI MELAYU ANAK ANAK BILA DAH BESAR TUA TENGOK MAK BAPAK BODOH BAGAI KELDAI.

    AGAMA ISLAM TAPI PERLAKUAN BOROK DARI KAPIR JAHILIYAH

    Kepala Otak !!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa