Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 16, 2015

Masalah betul bila otak jadi rabun!

Masalah betul bila otak malfunctions atau buat-buat kelabu
Kalau pun betul........mereka nak guling kerajaan atau Najib?
Adakah Presiden UMNO itu kerajaan?
Yang aku nampak kalau Najib terguling
Tekukur dan ketitir juga tiung akan hilang dahan bergayut dan akan dihalau meninggalkan sarang
Silap-silap sarang digantikan sangkar!

Siasat, ambil tindakan ahli terlibat gerakan guling kerajaan, kata Shafie Apdal
Published: 16 August 2015 10:38 AM
Ahli parti yang didakwa terlibat gerakan guling kerajaan perlu disiasat dan dikenakan tindakan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.

Siasat dan ambil tindakan terhadap ahli parti yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk mengguling kerajaan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dengan lebih mendalam untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan itu.
"Sekiranya terbukti ada mana-mana ahli parti yang terlibat dan ia bercanggah dengan undang-undang, maka ia boleh diambil tindakan kerana kita perlu faham dengan sistem demokrasi serta ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Pulau Larapan, dekat Semporna, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengenai gerakan menggulingkan kerajaan yang didalangi pembangkang serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya itu, Shafie yang juga ahli Parlimen Semporna berkata ia bertujuan memastikan agar kemudahan asas di kawasan kampung berkenaan disediakan sebaik mungkin.
"Kita melawat beberapa kemudahan asas di kawasan ini (Kampung Pulau Larapan) dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam usaha memastikan kemudahan asas itu sentiasa berada dalam keadaan baik.
"Kita mencadangkan pihak yang berkaitan seperti Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atau agensi lain dapat memberi latihan kepada golongan belia di kampung berkenaan agar mereka dapat memantau atau menyelesaikan sebarang masalah terhadap kemudahan asas seperti masalah bekalan elektrik atau sistem solar," katanya.
Shafie berkata memperkasakan belia kampung dengan sebarang kemahiran adalah sangat penting, supaya mereka dapat menyelesaikan masalah kecil di kawasan masing-masing tanpa bergantung kepada bantuan daripada pihak berkenaan yang lazimnya memakan masa. – Bernama, 16 Ogos, 2015. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa