Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 16, 2015

Apa masalahnya? Bukankah Najib juga dilantik melalui Parlimen?

Maka betullah aspan alias kata 
Zahid sudah sakit dan kena berubat!
Zam pula kata - Jangan besarkan perkara yang kecil dan kecilkan perkara yang besar

Akuan Bersumpah untuk singkir Najib 
 | August 15, 2015
Ahmad Zahid Hamidi enggan mendedahkan identiti tokoh berkenaan dan membuat dakwaan itu berdasarkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai.

zahid,tokoh
KUALA LUMPUR: Seorang tokoh UMNO didakwa sedang berusaha usaha untuk mendapatkan Akuan Bersumpah daripada Ahli Parlimen sama dari Barisan Nasional (BN) dan pembangkang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat maklumat dari sumber-sumber yang beliau sangat percayai.
“Sehingga kini ada 88 Ahli Parlimen pembangkang termasuk bebas dan ada usaha untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai usaha itu.
“Hairannya, ia diketuai oleh pemimpin UMNO, tetapi saya tidak mahu menamakan siapa. Biarlah masa yang menentukan,” katanya sewaktu berucap bagi merasmikan UMNO Bahagian Ampang Kali Ke 12 pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Zahid menyatakan peguam kepada tokoh UMNO itu sedang menyiapkan memorandum sebanyak tujuh helai.
Ia juga disertakan dengan kertas kuning untuk disembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dan ia akan dikepilkan bersama akuan berkenaan untuk menyatakan mereka mendapat suara majoriti.
Jelas Zahid lagi, selaku Menteri Dalam Negeri, dan juga Timbalan Perdana Menteri yang baru sahaja dilantik, beliau tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku.
“Sebagai Timbalan Presiden, Menteri Dalam Negeri, saya tidak akan benarkan ia terjadi.

4 comments:

  1. Ooo...madam sumber bagitau pasal pembangkang dengan dulu ek....reliable sangat...

    ReplyDelete
  2. Menteri KDN ni dh terkenal berckp berdegar-degar je tp akhirnya yg dikatakan bukti tu tiada pun. Ingat tak kes syiah mat sabu, dia kata ada bukti dan dikeluarkan bukti gred B. Lepas tu rakyat semua menanti bukti gred A sampai hari ni tiada apa-apa. Biasa la org baru naik pangkat mestila nk kena tunjuk terhutang budi.

    ReplyDelete
  3. umno pun ada bai'ah ke ...??? dulu kutuk habis bai'ah pas ...... sekarang ikut pula apasal ................???????????????

    ReplyDelete
  4. Singa yang tidak tidak gigi walau sebatang pun ...geli..owww geli

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa