Semoga ramai lagi yang masuk PAS walau pun bertaraf kelas kedua.........dan mereka ini akan diletakkan bertanding melawan DAP...........harapannya BN menang!
Semalam keluar DAP, hari ini masuk PAS
mk - 1:24PM - 14 Aug 2015
Setelah terdapat anggotanya menyertai DAP, PAS kini seolah-olah mendapat 'ikan besar' apabila bekas anggota wakil rakyat DAP Perak Sum Cheok Leng menyertai mereka hari ini.
Malah, keputusan itu dibuat sehari selepas beliau dilapor meletakkan jawatan sebagai anggota DAP semalam.
Harakahdaily melaporkan bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bercham itu mengumumkan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di pejabat PAS Perak, dekat Ipoh, hari ini.
"Walaupun saya tidak lagi menjadi wakil rakyat, tetapi masyarakat masih mencari saya minta tolong.
"Saya ditawarkan oleh seorang individu di dalam PAS untuk sertai PAS supaya ada pentas baru untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya pertimbang tawaran itu dan akhirnya saya membuat keputusan menyertai PAS," beliau dipetik sebagai berkata.
Penyertaan Sum itu dilihat menjadi tamparan kepada DAP, rakan lama mereka dalam Pakatan Rakyat, yang kini sudah pun terkubur, selepas perselisihan pendirian berpanjangan.
Keadaan politik semasa menyaksikan kemungkinan besar wujud gabungan baru pembangkang antara PKR, DAP dan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB).
PAS mungkin terpaksa berdepan pilihan raya umum akan datang secara bersendirian, ketika berdepan dengan BN.
Keadaan itu juga berpotensi mewujudkan lebih banyak pertembungan tiga penjuru yang dilihat pemerhati akan menguntungkan parti pemerintah.
Dia lagi bijak untuk mencari peluang,kalau dalam DAP dah tentu takda pelaung,olih itu inilah tempat yang ada peluang cerah dapat jadi calun sebab Pas akan meletakan calun bangsa cina atau india tempat kerusi yang calun DAP bertanding,dia bijak dari peminpin lagi,
ReplyDeleteKalau boleh bawa lagi banyak bekas2 ahli DAp ,MCA atau MIC menyertai PAS lagi bagus.
ReplyDeleteTahniah Pas, kita tak pernah menghalang sesiapa pun memileh masuk mana mana parti, cuma jangan memperbodohkan ahli2 utk memenangkan BN........
ReplyDeleteBagaimana dgn ahli ahli ameno yg mat taliban kata berminat nak masuk Paih! Bila lagi? Nanti baru Hudud dapat dibentang.......cina DAP buat apa!??kah kah kah! Bukan boleh laksanakan HuDud pun!
ReplyDeleteAdmin,
ReplyDeleteSetuju dengan sedara, biar ramai lagi cina DAP yang masuk PAS, biar mereka hadapi DAP, sama lah juga situasi PAS dan PKR, ramai melayu PAS dan PKR keluar dan masuk DAP, biarkan mereka yang hadapi PAS nanti, ada juga melayu PAS yang hanya berani menghuru-harakan bahtera PAS dari dalam seperti satu golongan yang ingin menenggelam bahtera PAS, mereka tebuk bahtera PAS supaya karam dan mereka akan beralasan bahawa bahtera PAS telah karam, PAS sudah tenggelam demi menyelamatkan iman meraka.
Satu perbezaan yang amat ketara dapat dinilai dengan peristiwa ini, Sum Cheok Leng tidak seperti Mat Sabu and the gang yang menggelarkan diri mereka satu tandang ada18 tangkai yang digugurkan dari jawatan PAS tapi masih berada dalam PAS dan bercita-cita menubuhkan satu parti harapan baru, maka bermulalah kempen memburukkan PAS dari dalam bahtera PAS sendiri.
Berbeza dengan Sum Kheong Leng dilihat seorang yang bermaruah apabila meletakkan jawatan dalam DAP sehari sebelum pengumuman menyertai PAS, sikap murni ini lah sepatutnya ada pada pemimpin yang beriman GHB. Mereka sepatutnya malu dengan pendirian Sum Kheong Leng.
Keluar PAS masuk DAP, keluar PKR masuk PAS, keluar DAP masuk PAS dan keluar PAS tubuh GHB, tiada pula kedengaran keluar BN masuk PAS atau DAP atau PKR? Lompat sana lompat sini akhirnya UMNO/BN kekal berkuasa.
Suatu masa dahulu.....Yang bijak pandai semua masuk PAS - ujar Tun Mahathir Mohamad. Masa kini.....Yang bodoh kekal dalam PAS dan yang bijak keluar menyertai GHB.
ReplyDeleteGHB akan mendapat sambutan yang tertinggi terutama dari kalangan Melayu dan pelbagai kaum. Antara sebabnya adalah diberitakan para pemimpinnya dari kalangan profesional yang bijak politik, agama dan ekonomi (dahulu PAS mendapat majoriti sokongan rakyat atas dasar mereka ini berada di dalam PAS). Para pemimpinnya disukai oleh pelbagai bangsa dan agama kerana mereka ini berfahaman liberal dan tidak ekstremis agama seperti PAS. Majoriti rakyat sudah kenal akan reputasi berpolitik mereka ini yang tidak hanya pandai bercakap tetapi mempraktikkan segala janji dan manifesto sebelum PRU.
Jadi apa yang masih tinggal dalam PAS adalah para pengwala yang masih menganggap PAS adalah sebuah agama seperti Islam dan Adi Awang adalah Rasul bagi agama tersebut. Maka sebab itulah apa sahaja perbuatan Adi Awang akan terus disokong walaupun mereka tahu beliau sering diremote control oleh menantu "seperti kera kena belacan" yang lebih sinonim dengan pangilan Ding Ayang. Ingat PAS bukan agama tetapi sebuah parti yang diletakkan atas dasar sekular bagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip perlembagaan demokrasi parlimen. Islam adalah ad'din (cara hidup) manakala PAS adalah sebuah parti politik dan di negara bukan Islam pun hampir keseluruhannya ada parti politik dan tidak kurang juga yang meminjam nama Islam bagi menamai parti mereka tetapi akhirnya hancur berkecai dan terjadi perbalahan dan pertumpahan darah. Buka minda maka akan masuk kebenaran dan pencerahan. Tq
Dia sorang je yang keluar berbanding G18.
ReplyDeleteDia bukan nak buat parti baru tapi dia nak menempek kerusi pru.
Perangai PAS mcm UMNO satu ketika dulu yang begitu rasa hebat apabila seorang dua ahli PAS masuk UMNO bagai nak rak satu kampung cuma PAS rasanya tidak rai kan dengan jamuan makan kot?