Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 2, 2015

Mat Sabu Enggan Layan Amaran Hadi Awang

Saturday, 1 August 2015


Mat Sabu Enggan Layan Amaran Hadi Awang


BESUT - Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu enggan melayan amaran daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pemimpin dan anggota Pas yang menghadiri siri jelajah gerakan itu ke seluruh negara.

Malah, bekas timbalan presiden Pas itu berkata, beliau yakin amaran itu tidak akan menjejaskan rancangan GHB untuk meraih sokongan meluas rakyat negara ini termasuk penyertaan dari pemimpin serta anggota Pas sendiri.

"Tentang pandangan presiden Pas itu, elok tanya beliaulah, kami tidak terikat dengan pandangan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas siri jelajah GHB ke Besut di Dataran PGU, Jerteh di sini lewat malam tadi.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang juga bekas Anggota Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, bekas Naib Presiden Pas Ahmad Awang dan Pengerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Terengganu Abdul Aziz Abbas selaku tuan rumah.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata Pas tidak akan teragak-agak untuk merujuk pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah GHB kepada lembaga disiplin parti kerana perkara itu dianggap tindakan negatif terhadap Pas. - Bernama

5 comments:

  1. layan org gila kita pun jadi gila
    biorkan aje la dia cakap sorang2
    penat cakap nanti diam terus la dia

    Itulah balasan Allah kerana membaruakan orang, memfitnah orang dengan pil kuda dan memfitnah orang Islam lain berwalikan Dap. Mungkin Allah nak tunjuk bahawa dia berwalikan nafsu dan syaitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kits me syurga dgn panduan ulama human mat sabu, ulama human maksum. Tapi hal syurga neraka ,Tanya ulama.

      Delete
  2. Apa lah Hadi Tanpa Serban Nya

    Apa lah PAS Tanpa Mat Sabu

    Tanpa Serban dan Mat Sabu , PAS hanya lah Parti Politik Angkot Sampah untuk orang orang malas ber fikir tapi kuat ber harap.

    PAS sudah jadi Bahalol

    ReplyDelete
  3. "Merujuk kepada "LEMBAGA DISPLIN" merupakan satu ungkapan yang tidak mempunyai erti dan wibawa. Ia nya umpana bunyi ketukan kepada "TIN KOSONG"

    Kepada MELAYU yang TAK MUDAH LUPA, terutama kepada para ahli/bekas ahli PAS ingat tak dua insiden yang berlaku semasa muktamar di negeri Johor dulu, Lima pulah budak Itam mengeboo saudara Mat Sabu ketika itu Timbalan President dan terus meninggalkan dewan semasa beliau sedang memberi kan ucapan.

    Yang lagi satu merupa kan OSTAZ jelmaan SYAITAN membaca doa' Laknat yang di tujukan kepada sesetengah pemimpin. Dengar khabar akan di ambil tindakan. Malang nya sehingga kini tiada apa apa tindakan yang di ambil. Sejak dari itu saya sudah mula sangsai dengan perjuangan PAS yang konon nya berpaksi kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah.

    Insiden yang membuat kan saya terus meninggal PAS ada lah apa bila sesuatu yang di tegah oleh ISLAM di USAHA kan semasa melakukan pemilihan - apa lagi kalau bukan cara "CHAI". Mengeluar kan kata kata yang kesat oleh se seorang yang bergelar ulamak, memperaga kan siki, lutut dan cakar harimau dan selain dari usul a/l SNEAK untuk memutuskan hubungan dengan DAP juga membuatkan hati saya tawar untuk terus bersama dengan PAS.

    Jangan lupa bahawa semasa banjir besar yang melanda Kelantan dek kerakusan tangan tangan Sang Penguasa yang baru nak menekmati nekmat sebagai pemimpin, DAP yang tak ada kepentingan di Negeri tersebut turut membantu. Bukan kah perbuatan begitu merupa kan sebahagian dari ajaran Islam. Mengapa a/l SNEAK dan Majlis Syura "ULAR-MAK" tidak boleh berfikir sebelum "MEMBONTOTI" kehendak a/l SNEAK itu.

    Jangan lah mudah mengeluarkan kata kata yang terkeluar dari ajaran ISLAM.

    ReplyDelete
  4. Maaf yea

    Nak pengesahan ejaan

    a/l SNEAK ke atau a/l SNAKE ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa