Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 2, 2015

Timbalan Mufti Perak sekeh menteri baru dapat kerusi

BANGI, Sabtu – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim mengingatkan kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang baru dilantik sebagai menteri untuk tidak merasa dirinya lebih besar daripada kuasa Allah.

“Sepatutnya dia sebagai seorang menteri perlu insaf dan faham bahwa dia masih tidak terlepas daripada menjadi hamba Allah. Apabila menjadi menteri bertambahlah tanggungjawabnya menjadi khalifah Allah.

“Jawatan itu harus digunakan untuk memelihara peraturan Allah berlangsung kepada hamba-hambaNya, bukannya teruja dengan cara hidup Barat sehingga terlupa dia masih berbumbung kan langit Allah, tumpang berpijak di atas hamparan tanah Allah dan menghirup setiap detik udara Allah.

“Jadilah hamba Allah yang patuh dengan peraturan Allah termasuk dalam berlakon, berpakaian dan sebagainya,” katanya mengulas kenyataan Azalina semalam berhubung isu tapisan adegan seksi dan ghairah drama dan filem tempatan.

Ini berikutan Azalina menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. Baginya isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.

“Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.

“Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat,” kata Azalina.


Timbalan Mufti Perak, Ustaz Haji Zamri Hashim

Bidas Ustaz Zamri, begitu rendahnya sistem nilai seorang menteri yang hanya menilai kualiti filem berdasarkan adegan yang di luar batas syarak.

“Sedangkan nilai sesuatu filem itu adalah berdasar nilai yang diangkat dalam filem berkenaan tidak semestinya wajib ada adegan yang mempromosikan mungkar dan maksiat.

“Ingatlah, memperjuangkan kebebasan ala Barat tanpa melihat peraturan Al-Quran adalah tanda-tanda sempitnya ufuk hidup sesorang apabila mengikat diri dengan sistem yang memperjuangkan hawa nafsu sedangkan Al-Quran telah seribu tahun telah membebaskan manusia dari penjajahan hawa nafsu,” katanya.

7 comments:

  1. Nanti menteri tu jawab senang aje.dia kata kubur asing asing

    ReplyDelete
  2. saman lah azalina tu tunggu apa lagi dia sedang menghina kitab allah....

    ReplyDelete
  3. Maka Bahalol jadi nya lah BANGSA MELAYU bila pompuan tua jadi Ketua dan Pak Hafal Buku bising bising tak ikut BUKU kata nya

    Maka sang Cina India pon ber kata , apa lah nak gaduh gaduh sudah kasi makan minum tak payah kerja kuat macam Cina India pun nak gaduh gaduh...

    Lawak Melayu tak akan Habis.

    Bahalol Saja

    ReplyDelete
  4. Menteri yang cakap macam tu dia sendiri pun nak kata islam ke atau nak kata apa pun tak tahu nak kat tomboy pun bukan nak kata betina bukan bukan sebab kalau tomboy nampak pula tonjolan didada dia nak kat betina pula potongan rambut macam seorang yang bukan siuman nak kata perempuan tidak pula seperti seorang yang beragama sebab kepalanya sentiasa menampakkan rambut punk macam redindian yang baru masuk bandar itulah hakikatnya bila tiada pemikiran beragama hinggakan aurat sendiri pun tidak dijaga.Na'uzubillah.

    ReplyDelete
  5. takutlah akan azab neraka jahanam wahai azalina, kamu ingat jawatan menteri tu hebat sangat, kalau manusia tak beriman lebih hina dari binatang. daging lembu laku dijual RM25/kilo tp daging kamu tak ada siapa yang nak beli, bukan kah binatang lebih mulia?

    ReplyDelete
  6. Inilah golongan LGBT yang Umno canangkan dulu, rupanya golongan ini dipelihara oleh Umno. Tak lama lagi golongan ini akan halalkan LGBT di Malaysia.

    ReplyDelete
  7. bila si hassan malek tu dipecat
    rakyat lega tak lagi bersama kebodohannya itu.
    bila masuk azalina@tomboy othman
    rakyat pula meluat dengan kelancangannya itu.
    wajah buruk tak mengapa asalkan berkelakuan baik.
    ini dahlah wajah buruk, tak tahu jantan betinanya,
    kelakuan lebih buruk dibandingkan hassan malek.
    tapi nak kata apa, najib dah suka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa