Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 8, 2015

Najib kata dia tak perlukan 'Yes man' tapi realitinya ini......

Shafie: Kata yes saja, confirm menteri
mk - 8:00PM - 8 Aug 2015

Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.
Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes.Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".

Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.
Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Turut digugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan - mempersoalkan cara Najib menguruskan isu 1MDB secara terbuka.

Ketika ini Mohd Shafie masih menjadi naib presiden dan tidak mempunyai sebarang cadangan berundur.

Sementara itu dalam sidang media selepas perasmian mesyuarat, Mohd Shafie berkata beliau dan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi taklimat mengenai "derma" bernilai RM2.6 bilion diterima Najib.

"Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan. Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya," katanya.

Dana itu didakwa datang daripada penderma di Timur Tengah dan dilakukan sebelum pilihan raya umum 2013.

1 comment:

  1. Siapakah penderma itu?
    Adakah penderma itu sengaja nak mengenakan pm kita, najib?
    Kalau penderma itu ikhlas, sudah tentu dia akan tampil untuk membantu pm kita yang sedang ditekan dari semua arah. Kenapa penderma itu membiarkan pm kita terkapai-kapai dihimpit keseorangan?

    Kita mula meragui keikhlasan penderma yg pemurah itu kepada pm. Rasanya penderma itu ada agenda tersembunyi. Jika tidak, sudah tentu dia muncul utk menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa