Baru beberapa hari pindah rumah baru dan nak buat renovation?
K'jaan kaji kawalan ke atas portal berita
mk - 11:27AM - 6 Aug 2015
Kawalan itu melalui pendaftaran Kerajaan dilaporkan bercadang untuk meminda undang-undang siber bagi mensyaratkan pendaftaran portal berita didaftarkan.
Laporan The Star Online menyebut, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perkara itu sudahpun dalam peringkat kajian.
Menurutnya, kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa model termasuk yang digunakan di Singapura.
"Saya bertemu dengan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengkaji cadangan itu,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Mengikut model yang digunakan Singapura, portal dengan lebih 50,000 pengunjung unik setiap bulan perlu memohon lesen daripada Media Development Authority (MDA) negara itu.
Pengendali portal itu seterusnya perlu membayar deposit bon sebanyak SG$50,000 bond kepada MDA. Deposit tersebut tidak akan dipulangkan jika pengendalinya tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Salleh bagaimanapun berkata, rancangan itu tiada kena mengena dengan skandal 1MDB yang kini mendapat liputan meluas di media dalam talian.
“Tiada kena mengena dengan perkara. Kita mahu pindaan menyeluruh. Undang-undang itu diperkenalkan pada 1998, sejak itu terdapat banyak perkembangan.
“Kita mesti ambil kira perkembangan ini. Banyak negara sudah meminda undang-undang siber mereka untuk memastikan media sosial tidak mencetus masalah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Menurutnya, pindaan itu dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada Oktober.
Kerajaan juga tidak bercadang untuk membatalkan sekatan akses ke laman Sarawak Report, katanya.
Jika hendak meniru Singapura, tukaran matawang juga mestilah tiru sama seperti dolar singapura. Ketika ini nilai matawang dolar singapura terus mengukuh, tetapi ringgit malaysia menjunam merudum.
ReplyDeleteSingapura apa yg dia ada(?), air pun didatangkan dari Malaysia. Itu belum lagi disebut fasal petroleum, kelapa sawit, getah, balak, sayuran, ikan, ternakan dll malah satu pokok padi pun tiada di Singapura nun untuk menghasilkan beras. Ini baru ditimbulkan tentang komoditi, belum lagi sentuh mengenai tadbir urus serta perkara-perkara lain!
Wooiiii!!!!! ......menteri bangang bodoh badut......
ReplyDeleteGaji pekerja singapore berapa beza dgn kita woiii.
Nak tiru singapore konon.....
Khaaaaaaak tuuuiiiiiiiiih !!!!!!!!!!
Anon 4:16 AM
ReplyDeleteBaca komen saudara saya teringatkan satu peristiwa di satu masa sebelum ini. Hari tersebut saya cuti. Seorang kawan saya yang mengendalikan syarikat Tourism dan minta saya memandu van dari Singapura ke Rantau Panjang dan pekan Golok kerana tidak ada pemnadu dan beliau sendiri tak biasa memandu van.
Perjalanan dari KB ke Rantau panjang masa itu banyak tempat ditumbuhi lalang yang tebal. Bila lalu melewati tempat tu, mereka berkata sesama sendiri " Ooo.....di Kelantan ni banyak orang tanam padi!". Saya tergelak, rupanya orang Singapore jakun. Pokok padi dan lalang pun mereka tak kenal!