04:30PM Ogos 13 2015
oleh Robin Stanley Augustin
KOMEN: Penghormatan adalah sesuatu yang perlu diraih, terutama apabila melibatkan rasa hormat antara individu dewasa.
Apabila diangkat menjadi pemimpin, sama ada melalui jawatan tertentu atau kekananan, individu itu juga diberi semacam penghormatan.
Akan tetapi, ini tidak bermakna penghormatan itu akan kekal dan tidak terhakis. Rakyat hanya akan menghormati pemimpin mereka selagi mereka layak untuk dihormati.
Inilah yang perlu difahami Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Shabery Cheek, sebelum menasihati orang lain agar menunjukkan rasa hormat ketika mengkritik pemimpin.
Menurut laman The Malaysian Insider, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata demikian kepada pemimpin wanita Umno Langkawi Anina Saaduddin yang baru-baru ini mendapat perhatian ekoran kritikan lantangnya kepada presiden parti Najib Razak.
Kritikannya dirakam dan video tersebut tersebar dengan meluas.
Bercakap dalam mesyuarat perwakilan Wanita Umno, Anina mendakwa Najib telah “kencing”, atau menipu rakyat.
“Saya tahu ramai yang keliru dan ingin luahkan perasaan masing-masing melalui forum termasuk di peringkat mesyuarat.
“Kita boleh menegur tetapi biarlah dengan adab yang baik seperti tegur ibu bapa kita tetapi kita tidak mengherdiknya di depan orang ramai.
“Cara kita menghormati orang tua kita, menegur orang tua kita mestilah dengan adab yang baik. Itu saya nasihatkan kepadanya,” kata Shabery seperti dipetik.
Beliau juga memberi amaran kepada kepada bekas ahli dan pemimpin Umno daripada terus membuat kritikan keras terhadap perdana menteri.
“Saya ingin nasihatkan juga…termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya melarang dan sekali-kali tidak benarkan mereka mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya lagi.
Sesiapa yang belum menonton rakaman tersebut memang perlu berbuat demikian Ini bukan kritikan biasa. Ia melangkaui perasaan marah.
Tetapi inilah yang terjadi apabila rakyat sudah kecewa dan menyampah. Inilah yang terjadi apabila emosi kian meningkat.
Shabery sepatutnya lebih bimbang apabila sebahagian ahli Umno sendiri yang merasa begitu.
Beliau perlu cuba memahami mengapa Anina, dan mungkin ahli lain juga, membuat kritikan yang begitu kasar kepada presiden sendiri, dan mengapa mereka “tidak menunjukkan rasa hormat” dalam kritikan.
Adakah ahli Umno sudah hilang rasa hormat terhadap Najib? Dalam kes ini, tentu sekali begitu.
Kenyataan Shabery bahawa ““Kita boleh menegur tetapi biarlah dengan adab yang baik seperti tegur ibu bapa kita tetapi kita tidak mengherdiknya di depan orang ramai” juga agak membingungkan.
Adakah beliau cuba mengatakan yang ahli Umno tidak patut mengkritik pemimpin secara terbuka? Bukankah itu bertentangan dengan fungsi mesyuarat perwakilan dan platform lain?
Shabery perlu ingat yang pemimpin Umno sendiri, seperti Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Abdul Aziz dan MP Kinabatangan Bung Mokhtar Radin sendiri telah gagal menunjukkan rasa hormat dalam beberapa kes.
Tidak lama dulu, Nazri menerima kritikan ekoran pertikaman lidahnya dengan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ramai yang merasakan kata-kata Nazri bersifat kurang ajar.
Bung pula dengan lagak kontroversinya selama ini, termasuk kenyataan “bocor” yang diingat sehingga kini, serta membuat makian di Twitter juga telah membuatkannya dilabel sebagai ‘biadab’.
Jadi bagaimana Shabery boleh pula menasihati ahli Umno untuk menunjukkan rasa hormat, sedangkan pemimpin parti sendiri tidak menunjukkan tauladan yang baik?
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com
kah..kah..kah...!!! umno yang sudah rosak, mahu dipulihkan semula .... tak berani dengan orang bandar dan pinggir bandar sebab mereka sudah cerdik, sudah tidak boleh ditipu lagi .... cari orang luar bandar, para petani dan nelayan, yang masih boleh ditipu dan dibihongi ....."RM2.6 BIL. ITU BUKAN DUIT RASUAH, ITU DUIT DERMA DARI PUTERA ARAB SAUDI" ......"RM2.6 BIL. ITU BUKAN DUIT YANG DICURI DARI 1MDB, ITU DUIT DERMA, ORANG YANG MENDERMA TIDAK MAHU NAMANYA DISEBUT. KALAU SEBUT HILANG KEIKLASANNYA".......kah...kah...kah...!!!!!!!
ReplyDeleteShabery patut ber syukur ada kerja Gomen dengan Otak Seposen nya.
ReplyDeleteBodoh punyea Melayu
Sudah Malas , Makan pon dah di tanggung walau kerja malas nak tuntut tuntut ke hormatan pulak
Elok saja Shabery ini kerja Nelayan sekejap
Kepala Otak !!!!!!!!!!!
Buat malu Bangsa Melayu saja.
Aku suka rencana ini.kenapa komen org yg diatas ini hitam sj.knpa masa nazri aziz nak belasah tmj saberi ni diam aje.knpa tak nasihat nazri tu jgn derhaka dgn sultan.silap hari bulan akan dbuang negara.mana org melayu yg patut bela ketuanan melayu ni.
ReplyDelete