Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 12, 2015

“Pada pandangan saya, prima facie, mereka telah melakukan kesalahan” - Tan Sri Abu Talib

Kalau disiasat, kita akan tahu hantu mana yang buat kerja jahat dan kotor ini
Tapi ada pula KSN kata ini adalah pertukaran biasa. Boleh pakaikah kata-kata mamak ni?

Arahan pindah pegawai SPRM perlu disiasat- bekas AG

 | August 12, 2015
Dua pegawai SPRM berkenaan terlibat secara langsung dalam penyiasatan 1MDB dan mereka dipindahkan tanpa diberi peluang memberi penjelasan.
Talib-Othman_sprm_jpa_600
PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dianggap bersalah kerana menghalang dua penjawat awam menjalankan tugas mereka.
Perkara itu ditegaskan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
Abu Talib merujuk kepada tindakan memindahkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.
Dinyatakan: Sesiapa yang secara sukarela menghalang mana-mana penjawat awam menjalankan fungsi mereka boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun, atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya.
“Pada pandangan saya, prima facie, mereka telah melakukan kesalahan,” kata Abu Talib yang dipetik daripada MStar Online.
Jumaat lalu Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob diarah berpindah ke Jabatan Perdana Menteri dan diminta melapor diri pada Isnin lepas.
Bagaimanapun Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Isnin lalu membatalkan pertukaran tersebut setelah mereka memberi penjelasan mengenai tindakan mengeluarkan kenyataan media sebelum ini.
“Daripada laporan berita, dua pegawai SPRM berkenaan terlibat secara langsung dalam penyiasatan 1MDB dan mereka dipindahkan tanpa diberi peluang memberi penjelasan terlebih dahulu,” kata Abu Talib.
Beliau berkata, hanya selepas dikritik oleh anggota pentadbiran (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin) dan orang ramai, pegawai-pegawai tersebut akhirnya diminta memberikan penjelasan.
Mengulas lanjut Abu Talib berkata walaupun isu pemindahan itu selesai, tetapi perkara itu tidak berakhir begitu sahaja.
Katanya, persoalan yang timbul adalah sama ada perintah pemindahan segera terhadap dua yang berkenaan adalah suatu kesalahan atau tidak.
Pada pandangan Abu Talib, mereka telah melakukan suatu kesalahan.
“Demi kepentingan orang ramai dan agensi penyiasat itu, SPRM perlu teruskan siasatan tanpa gangguan. Peguam Negara perlu mengarahkan pihak polis untuk menyiasat mengenai pemindahan tersebut,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa