Mungkin lidah ni dah kematu.........dah tidak dapat merasa apa-apa
Di zaman dia di bawah Mahathir..........dia jilat lenjun
Ketika di bawah Pak Lah....... dia jilat licin
Sekarang di bawah Najib.........dia jilat sehingga kering
Rupanya otak dan perasaannya pun sudah kering
Sehingga kini dia masih bertahan kerana.........dia adalah penjilat tegar!
'Mahathir dulu jadi PM bagus sangat ke?'
mk - 5:40PM - 12 Aug 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti dari terus menerus menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana Tun Mahathir lupa rekod beliau sewaktu mentadbir negara dulu juga adalah teruk.“Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa masa dia jadi perdana menteri dulu OK sangat, bagus sangat… masa dia itulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya.
“Ini rekod dia pun teruk kemudian nak kata tidak ada demokrasi. Kalau tidak ada demokrasi, lama dah blog dia ditutup,” katanya ketika diminta mengulas tulisan di blog Tun Mahathir bahawa demokrasi telah mati di Malaysia.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.
Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi.
Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat Najib dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
'Dr M dulu guna ISA'
Mengulas lanjut, Nazri berkata Tun Mahathir kini bercakap tidak berasaskan pertimbangan waras dan kerap kali mengeluarkan kenyataan yang bersifat dendam.
“Oleh kerana dendam kesumatnya kepada perdana menteri sekarang dia keluarkan kenyataan berdasarkan kepada kemarahan bukan pertimbangan yang waras.“Biarlah dia dengan kemarahan dia, tidak usah layanlah. Saya pun dah lama tak ambil tahu apa yang dia cakap,’ ujarnya.
Sementara itu ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Tun Mahathir bahawa perhimpunan jalanan langkah terakhir untuk perdana menteri meletakkan jawatan ini jawab Nazri:
“Saya nak tanya dia balik masa dia jadi perdana menteri dulu dia layan ke perkara ini?
“Bukankah dia yang telah menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba untuk memporak-perandakan kerajaan,” jelasnya.
BERSIH 4 merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.
Aku ni diantara penyampah nazri no 1. Tapi kali ni betul pulak dia. Zaman Tun M dulu zalim bro. Oleh sebab dah kematu ngan gelagat zaman Tun M , nostalgia pulak rasanya bila Najib buat perangai. Persamaan antara Nazri, Tun M dan Najib ialah rakyat perpanjangan dilanyak umno. Jilat ke, hisap ke rakyat sumer kena balun ngan
ReplyDeleteumno. Kalau muhyidin ke, zahid ke, hishamudin ke yg akan jadi PM, rakyat kena balun juga ngan umno. Kalu kena patuk ular yg sama 2 kali sudah dikira x cerdik. Tapi kalu dah pulih pastu kena patuk lagi, pulih kena patuk lagi, pulih kena patuk lagi lebih baik lah duduk menginap saje dlm lubang ular, takyah keluar.
Ini org ha hari itu hampir sj nak ditangkap menderhaka kpd sultan sbb cakap nak belasah tmj.ini hari ha mahu sembang kencang lg sama mcm bos dia juga.kata bos dia sy ha tak akan berundur walau bumi berkeping dua.sekarang ha bos dia tu sudah dapat derma bilion bilion.semua org marah.apa pasal dia sorang dpt derma byk sgt sampai dpt rekod dunia.ini org ha sama bos dia sudah tak lama lg dpt ckp besar ha.yg jd masalah sekarang ha najib tu.itu tun ha nanti kemudian kira.org tua ha kasi hormat juga.ini nazri ha nanti jd ahmad maslan.terlebih jilat malu sendiri.sendiri mahu cari sudah ini.
ReplyDeleteIni org ha hari itu hampir sj nak ditangkap menderhaka kpd sultan sbb cakap nak belasah tmj.ini hari ha mahu sembang kencang lg sama mcm bos dia juga.kata bos dia sy ha tak akan berundur walau bumi berkeping dua.sekarang ha bos dia tu sudah dapat derma bilion bilion.semua org marah.apa pasal dia sorang dpt derma byk sgt sampai dpt rekod dunia.ini org ha sama bos dia sudah tak lama lg dpt ckp besar ha.yg jd masalah sekarang ha najib tu.itu tun ha nanti kemudian kira.org tua ha kasi hormat juga.ini nazri ha nanti jd ahmad maslan.terlebih jilat malu sendiri.sendiri mahu cari sudah ini.
ReplyDeleteBiarkan mereka terus membuka pekong-pekong mereka dan rakyat menilaikannya. Rakyat akan menghukum mereka tak lama lagi.
ReplyDeleteUntuk perbandingan, saya rasa pemerintahannya lebih bagus dari sekarang.
ReplyDelete