oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Nampaknya untuk menjadi ahli politik tidak perlu ada otak .
Lebih-lebih lagi, sekiranya anda bernaung di bawah BN/Umno dan menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Persekutuan.
Kita telah mendengar mereka ini menghamburkan kenyataan tidak masuk akal yang membuatkan tahap IQ seseorang jatuh mendadak dari 120 kepada 0 dalam masa 10 saat.
Salah seorang mereka ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, 1MDB ialah isu komersial, yang tidak memerlukan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Malaysiakini memetik Tajuddin berkata, “ Apabila anda hendak mengadakan undi tidak percaya kepada perdana menteri, ia memerlukan sebab sahih yang memberi kesan kepada rakyat, ekonomi dan keselamatan negara.
“Apakah situasi di negara kita kini? Adakah kita tidak selamat? Adakah keselamatan kita terancam? Adakah ekonomi kita bermasalah?” dia bertanya.
Tunggu, ada lagi yang lebih menarik.
“Kita hidup seperti biasa, orang pergi kerja, pergi sekolah dan mereka berseronok dengan karaoke untuk hiburan. Mereka tidak melarikan diri dari negara. Mereka mempunyai wang, mereka pergi bercuti ke luar negara dengan keluarga mereka dan pulang balik.”
Phew, logik yang sangat bijak dari orang yang sangat “bijak”. Dia juga ialah seorang timbalan menteri.
Kalau mengikut logiknya, kemampuan seseorang untuk pergi ke “karaoke” ialah petanda negara sejahtera.
Lupakan sahaja tentang fakta 1MDB masih menjadi isu pertelingkahan, bukan hanya di negara ini, tetapi di peringkat antarabangsa juga.
Agensi berita asing melaporkan tentang 1MDB yang membuatkan pelabur asing menjauhkan diri daripada melabur di sini. Tidakkah ini memberi kesan kepada ekonomi?
Adakah Tajuddin tidak sedar yang prestasi ekonomi Malaysia yang terburuk di Asia Tenggara dan Ringgit kita terus menjunam?
Orang seperti Tajuddin bukan hanya satu penghinaan kepada bidang politik, tetapi juga kepada tahap IQ tamadun manusia.
Kita tahu- dia perlu mempertahankan ketuanya tanpa berbelah bahagi.
Dia melakukanya dengan baik sekali, dia masih memegang kuasa. Gagal menjilat bermakna akan tersingkir, seperti mantan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin.
Tetapi Tajuddin juga perlu menyedari yang pemikiran purata rakyat Malaysia- yang tidak mempunyai tahap IQ sepertinya, melihat kekecohan 1MDB secara betul- satu masalah yang perlu diselesaikan secepat mungkin.
Maka kerana itulah, tindakan terbaik bagi orang sepertinya ialah tidak bercakap dan menghalang diri langsung daripada memberikan kenyataan tentang isu yang rumit seperti 1MDB seterusnya tidak menghina intelek orang lain.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com
Lagi agak menarik: Isu Derma RM2.6b Mampu Lonjakan Zahid Lebih Cepat Jadi PM
Lagi agak menarik: Isu Derma RM2.6b Mampu Lonjakan Zahid Lebih Cepat Jadi PM
Sedih bila sudah tua tua pon sanggup bodoh kan diri
ReplyDeleteSendiri bidoh kata kan Rakyat pulak bodoh
Siapa punyea anak si Tajuddin nih?????
Mak Bapak tak ada ajar anak ke ????
Kepala Otak !!!!!!!
dia sorang tak bijak tak pa la juga, tp yg 4 di blkg (dan lain2 yg sama waktu) dok sokong dia LAGI tak bijak!!
ReplyDeleteBila hati dah gelap cenggitu la jadinya
ReplyDeleteEncik admin...
ReplyDeleteKesannya amat jelas kepada keluarga aku.
Macam ni.
Aku org umno. Pak mertua aku orang PKR.
Bila timbul isu kepercayaan macam ni, apa yang aku nak cakap kat bapak mertua aku???
Macamana aku nak kelentong bapak mertua aku, dia ada Phd Accounting.
Lainlah kalau bapak mertua aku tu lulusan sekolah atap....
Jangan memandang rendah pada Tajuddin. Dia dilantik Najib kerana kesetiaan bukan kerana kecerdekan. Itu Najib sendiri yg kata. Kalu dia cerdik taknye dapat jawatan kabinet tu. Aku rasa kalu dia pertingkatkan lagi keb*d*han dia, tak lama naik pangkat lah.
ReplyDeleteJd cam ahmad maslan tu tak ke dpt naik pangkat tu.cuma dah pencen jd ayam sabung sbb naik pangkat agaknya atau kantoi buat lawak kencing berdiri hari tu katanya hanya org gila babi letak duit bilion bilion yg dpt cara gitu dlm akaunnya.tak pasal pasal krn jilatannya yg melampau tu tlah menyebabkan najib jd gila babi
ReplyDeleteTajudin = dinjilat
ReplyDelete