Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 6, 2015

Kantoi sendiri terbelit!

Eh?.. Kata Kertas Pertuduhan Terhadap Najib Tak Wujud.. Tapi Kenapa Polis Serbu SPRM Untuk Cari Siapa Yang Bocorkannya ni?
Hujung bulan Julai yang lalu apabila Sarawak Report mendedahkan kertas pertuduhan terhadap Najib yang didakwanya sebagai punca sebenar Gani Patail ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba.. Peguam Negara yang baru telah menafikan kewujudannya..

Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.

Katanya “Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat.

“Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,”

Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.

“Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah,” katanya.

Selain beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Ok lah kalau tak ada.. kita anggaplah Sarawak Report tu mengadakan benda yang tak ada..

Cuma yang menghairankan sekarang ialah beberapa laporan mengatakan Polis menyerbu SPRM bagi menyiasat siapa membocorkan draf kertas pertuduhan itu..
Ini laporan dari Malaysiakini..

Mungkin macai-macai akan mempertikaikan laporan dari Malaysiakini itu.. tak apa.. kat bawah ni laporan dari Bernama..
Peguam Negara kata tak ada.. Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara tak dibuat.. tapi kenapa pula Polis serbu SPRM untuk cari dalang yang membocorkannya ni?

Dah kata tak ada.. macam mana pulak boleh bocor? - sumber

5 comments:

  1. Belitlah selagi mampu sehingga terbelit diri sendiri. Hukum kebenaran & keadilan akan berjalan terus.Betullah kata perpatah: Siakap senohong gelama ikan duri, be5rcakap bohong lama2 mencuri.

    Pegawai bawahan terima wang- rasuah tetapi pemimpin umno terima wang berbilion - derma/komisen.

    Patutlah negara tak maju2, rasuah jadi matlamat pemimpin kumpul kekayaan.

    ReplyDelete
  2. Ada hikmahnya semua ini berlaku. Allah Taala sdg mengeluarkan segala bentuk kekotoran dan najis dalam pentadbiran kerajaan Malaysia untuk kita rakyat mengetahui dan mengenalinya, siapa yg menyokong, yg bersongkol dan siapa yg tidak. Juga Allah Taala ingin memberitahu hamba2nya bentuk2 dosa yg lazimnya berkait dgn kuasa, harta dan wanita supaya ummat akan celik dan takkan melakukan kesilapan kali kedua. Tunggulah, tak lama je lagi, golongan2 ini Allah Taala sendiri yg akan menghapuskannya dan diganti oleh yg lebih baik. Bagaimana bila bah segala kekotoran akan naik bersama air dan dihanyutkan oleh air dan bila kering, yg tinggal hanya yg bersih belaka. Spt kata Pengarah operasi sprm " kamu ada sedikit kuasa tapi saya ada Allah". Ya memang Allah Taala maha berkuasa atas makhluk ciptaannya, sekarang sedang melepaskan taliNya dan sekali disentap, azablah seksanya. Wahai golongan2 ini awas dan berwaspadalah kamu. Keseronokan yg kamu perolehi sekarang ini sekejab sahaja, bila2 masa sahaja akan diambil dpd kamu. Oleh itu kalian bertaubatlah sebelum Allah Taala memperkenankan doa2 hambanya yg ikhlas dan teraniaya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Dengan pangkat yang besar tetapi manusia yang tidak bernilai.akan hina di dunia dan akhirat,tunggulah kesudahan diwaktu nazak.

    ReplyDelete
  4. BEBUDAK BAHALOL MAKAN GAJI MANA ADA OTAK PON.

    Dah ter bukti bebende lahanat

    ReplyDelete
  5. Pembetulan sikit abuamir.....
    Siakap senohong gelama ikan duri
    Bercakap BOHONG lama lama jadi MENTERI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa