Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 5, 2015

Perkara serius: Yang lucunya kenapa sekarang baru ingat Tuhan?

Lepas disiasat polis, SPRM anjur solat hajat selamatkan Malaysia daripada rasuah
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 4 August 2015 3:35 PM
Selepas beberapa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan bagi membantu siasatan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), institusi itu mengadakan solat hajat memohon petunjuk Allah supaya institusi itu terus kukuh dan menyelamatkan negara daripada rasuah.
Solat hajat diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan badan pencegah rasuah itu di Putrajaya selepas solat zohor tengah hari tadi.
Selesai solat, Zakaria mengetuai bacaan doa dan memberi tazkirah (ceramah) ringkas memohon supaya perjuangan SPRM membela nasib bangsa dan negara dapat diteruskan.
"Kami memohon kepada-Mu ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin.
"Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa," katanya dalam doa tersebut.
Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.
"Jauhilah kami daripada perbuatan mungkar, berilah kekuatan kepada pejuang rasuah ini supaya mereka dapat menyelamatkan diri dan keluarga mereka, organisasi, masyarakat terutamanya negara yang kami kasihani ini daripada dicerobohi perbuatan orang yang mengamalkan rasuah," katanya.
Zakaria ketika ditemui pemberita berkata, SPRM mengadakan solat hajat secara berterusan supaya Allah membantunya dan pegawainya melaksanakan tugas dengan baik memandangkan ia satu pekerjaan yang berat di sisi agama.
"Rasuah ini berpunca daripada perbuatan yang haram. Rasullah kata, orang yang memberi dan menerima rasuah masuk neraka. Nak cegah orang masuk neraka ini satu pekerjaan yang berat, yang besar.
"Jadi, kita kena minta tolong daripada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui yang akan menunjuk jalan membantu kita melaksanakan tugas terbaik dan paling mulia," katanya.
Zakaria, 58, yang akan bersara secara rasmi pada 12 Oktober ini berkata, sepanjang 35 tahun khidmatnya dalam agensi itu, beliau menganggap perjuangannya ialah "mencegah individu daripada terjerumus ke neraka".
"Daripada masuk kerja, sampai habis pencen, 35 tahun berjuang mencegah orang daripada masuk neraka dan saya menjadikan sepanjang hidup itu sebagai satu ibadah.
"Apabila saya keluar daripada (SPRM) ini, saya pindahkan apa yang saya yakini kepada semua warga SPRM, supaya sepanjang masa apa yang dibuat ini menjadi ibadah di sisi Allah," katanya.
Semalam, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.
Manakala bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai berkaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London.
Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu.
Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.
Sazilee, pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Peguam Negara, antara 3 yang ditahan minggu lalu selain Rashpal dan Sekretariat Kewangan dan Pasukan Petugas Khas Pentadbiran Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur. – 4 Ogos, 2015.

6 comments:

  1. Kembali lah kepada Islam, hanya hukum Allah swt saja lah yang mampu menoktahkan kerja gila ini.

    ReplyDelete
  2. PDRM tak nak buat ka?
    Sholat Taubat & Sholat Hajat
    Suruh Khalid jadi iman

    ReplyDelete
  3. rasanya ramai pegawai SPRM yg jujur & ikhlas buat kerja
    seperti penguatkuasa dr jabatan & kementrian lain
    bila ada tekanan dr org tertentu pd level2 tertentu di jabatan & kementrian, banyak kes yg NFA

    kadang2 kesian pd sahabat2 yg bertugas di bahagian penguatkuasa kerajaan malaysia nih...

    ReplyDelete
  4. MAT KAMPAU INI PON TAKUT TAK DAPAT PAU PAU PAU LAGI.....

    SEMUA pasal DUIT lah...

    DUIT tu TUHAN di DUNIA kan

    Kena pulak Orang Orang Malas yang suka BER HARAP dan me minta minta.

    Standard orang orang malas pon. Tengok muka muka pon tahu dah.

    Nasib baik ada Cina India bagi CUKAI tuk kasi makan minum sampai KIOK

    ReplyDelete
  5. Yang jujur ikhlas hanya sebilangan yg kecil sahaja.

    Sebilangan besar pula menjadi barah dlm masyarakat penjawat awam. Termasuk Wakil Rakyat Tak Kira Parti lah .

    Yang jujur brkhidmat aku dan keluarga aku halalkan hingga akhirat hasil cukai yg dikenakan terhadap aku dan keluarga ku sebagai gaji mereka .

    Yang rasuah , tipu , zalim , salahguna kuasa - aku lafazkan Wallahi Wabillahi - Aku tidak halalkan.walau satu sen hasil gaji atau alaun yg kamu terima bertahun tahun aku tuntut hingga akhirat..

    ReplyDelete
  6. Tuan, takde lucu pun. Patut ucap alhamdulillah sbb mereka masih ingat pada tuhan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa