Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 14, 2015

'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma' - Mad Said

mk - 5:37PM - 14 Aug 2015

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

“Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat baru kata ini duit parti,” katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah.


Ahmad Said: PM tak boleh beli saya
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibeli oleh sesiapa, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“Orang tidak boleh beli Mat Said, PM,” katanya sambil berkata “nanti saya cerita”.

“Kalau saya saya dah jadi jutawan. Saya tak terima satu sen pun.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa