Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 15, 2015

Hehee.......Mamat ni buatkan Mat Sabu dan Geng GHB terkencing dalam seluar!

Berita ini pasti menjadikan Mat Sabu dan rakan-rakannya menggigil demam kura ...
FRIDAY, AUGUST 14, 2015
Walaupun setelah sekian kalinya Gerakan Harapan Baru telah mengadakan roadshow di setiap negeri di Malaysia hingga telah menjelajah ke Sabah dan telah mendapat sambutan yang hebat dan menggalakkan dari ramai kalangan anggota PAS, namun masih ada kalangan pemimpin PAS yang masih di selubungi oleh sindrom penafian.

Apa jenis pembuktian yang mereka mahukan mengenai penglibatan ahli PAS dengan NGO Gerakan Harapan Baharu (GHB)?

Mamat ni memang suka merapu seperti mana bila dia terangkan pasal hukum hudud kerat tangan hari tu, dia cakap : kerat tangan dari elbow : Just chop it like that!

Kali ini dia merapu mengenai disiplin parti, katanya adalah : (a) surat tunjuk sebab (b) amaran (c) gantung keanggotaan (d) dipecat daripada parti.  

Waima yang termaktub dalam perlembagaan PAS ialah : 
                                                                   
(a) Memberi amaran  
(b) Melucutkan hak-hak dalam pari  
(c) Menggantungkan keahlian  
(d) memecat dari menjadi ahli.  

Tolonglaaaa ...... minta sesiapa yang baca ni, bagi tahu kat mamat tu, "surat tunjuk sebab" itu bukan satu bentuk hukuman. Itu adalah satu bentuk 'soalsiasat' untuk mendapatkan alasan atau penjelasan sebelum hukuman selanjutnya diambil.

Maka pada peringkat sekarang ini, sewajarnya Jawatankuasa Disiplin parti menghantar 'surat tunjuk sebab' dengan menyatakan sebab-sebab mereka akan diambil tindakan supaya mereka dapat memberikan penjelasan dan alasan mereka.

Apakah Jawatankuasa Disiplin parti cukup hanya dengan cara mengutip sampah di tepian longkang atau jalanan untuk dijadikan bukti lalu menjatuhkan hukum ? Ikuti berita berikut :

KOTA BAHARU: PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.  

"Daripada situ baharu kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di sini, hari ini.


Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.  

"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.


Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti. ~astroawani - bawa balik dari sini

20 comments:

  1. tak perlu buang masa bina kes sapa mau keluar biar dia keluar
    kalau setakat berjuang untuk bersaing dengan yahudi sampai bila pun tak akan menang
    lebih baik bina iman dalam diri
    bersama puak yang disukai manusia atau puak yang diredoi Allah
    jangan gusar biar depa keluar

    ReplyDelete
  2. tak payah amaran2 pecat teruslah mereka yang masuk ghb pun dah tak terlior nak bersama ulamak songsang.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tuang Guru Timbalang MB......
      Dah jual ke range rover mu.......
      Ke guane Tuang Presideng?.......

      Delete
  4. Abe

    Bilo Nik Amar dengan geng yang menang 100% nak start buat kepimpinan ulamak semua peringkat yg dijadikan tujuan dalam pemilihan lepas. Ahli PAS dok tunggu semua dibawah.

    Dah..dah la dok ambik tau pasal geng kalah tu. Depa dah kalah xboleh buat apa2 lagi. Janji kita nak buat kepimpinan ulamak ni lebih penting. Geng depa xleh nak buat apa lagi kalau kita dah mula kepimpinan ulamak tu. Depa hanya boleh bercakap. Cakap ni xmenjejas apa-apa sebab kepimlinan ulamak tu benda hebat. Ibu atau punca nak dapat keredhaan Allah.

    Lagi lama tangguh. Lagi lama dok buang masa dok nak melawan puak kalah ni, lagi lambat lah nak dapat redha Allah. Tak tahulah pulak dok melawan puak kalah ini adalah maksud kepimlinan ulamak yang dilaungkan sebelum muktamar dulu.

    ReplyDelete
  5. Saifuddin dah mintak maaf. Mati besok relax la sikit...
    Orang tua ko bila nak mintak maaf fitnah pil kuda hari tu. Takkan nak mintak maaf bila dah sampai kat lubang kubor?? Dah kebal ker hapa??

    ReplyDelete
  6. bat8

    rasanya mereka tidak idea dan planning pun. Bila yang cerdik dan berkalibar mereka dah campak dengan dengan cara yang hina, maka mereka telah kehilangan planners dan penyumbang buah fikiran yang mantap. Jadi mereka sebenarnya dah tak tahu nak buat apa.

    Jadi untuk alih perhatian ahli yang berharap, mereka gunakan peluang untuk menyerang geng GHB. tektik yang sama digunakan Najib untuk alih perhatian 1MDB ke RM2.6b dan cuba alihkan pula dengan memecat Muhyiddin dan AG

    ReplyDelete
  7. admin... tambah satu lagi utk alih isu 1 mdb .. istihar jumpa serpihan mh 370 ..jam 2 pagi .. nakal sungguh najib ni. !

    ReplyDelete
  8. Anon 11:44 PM

    Hahaa......itulah dia!
    Kartun.....memang kartun

    ReplyDelete
  9. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  10. zamani

    Mereka tidak akan dipecat kerana itulah cara untuk menghukum mereka kerana kononnya mereka terikat dengan bai'ah.

    Jadi kalau mereka keluar atau letak jawatan mereka akan dimakan bai'ah dan mereka akan kehilangan apa yang dibai'ahkan.

    Kalau PAS pecat mereka......mereka akan terlepas apa yang dibai'ahkan dulu. Kononnya dalam bab itu PAS ni cerdiklah kan?

    ReplyDelete
  11. Admin
    Bila seorang ulamak pimpinan tertinggi mengatakan mereka lebih selesa jika yg "sekular" dlm pas keluar supaya senang mereka jalankan tugas maka aku yg bukan berpendidikan agama mcm mereka terasa benar terhina...maka itu sbb aku keluar dn menyokong GHB

    ReplyDelete
  12. Baguslah biarkan puak2 GHB menjilat dubur gan eng yg anti-islam yg akan jd mcm kat spore; bilamana azan pun tak boleh.GHB ni lebih kepada duniawi dan hipokrit, serupalah dgn martabat depa yg serendah binatang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu ni penyokong pas yg dah kena brainwash. tak ada hujah lain. kamu rasa kamu tu suci sgt ka?

      Delete
  13. Kalau ikut ikut gaya PAS dan pentadbiran nya , mungkin boleh balik ke Zaman Batu dulu...

    Tak ada yang maju pon sehingga lah ni yang di buat orang orang PAS.

    Se dolar dah empat rengget , PAS masih sibuk dengan perlembagaaan dan adminstrasi nya yang tiada bantu sikit pon Rakyat Kelantan jauh lagi bangsa Melayu.

    Apa nak jadi agak nya orang oramg Melayu 20 tahun lagi di Kelantan dengan PAS.

    ReplyDelete
  14. Pemimpin beriman GHB memang berpendirian dan bermaruah jika dilihat cara mereka menyerang PAS, mereka masih lagi dengan PAS kerana bersebab dan bermaruah, mereka sengaja berbuat begitu kerana mereka ingin menjatuhkan puak-puak munafik didalam PAS dan menyelamatkan ahli-ahli PAS yang betul-betul beriman, yang tinggal hanya puak-puak munafik, itulah strategi GHB demi menyelamatkan iman mereka. Mana tahu kot-kot puak-puak munafik ni hilang sabar dan terus pecat mereka, tapi apa yang diharapkan oleh GHB tidak menjadi kenyataan, berbuih dah GHB memburukkan PAS sehinngga habis modal, tiada lagi peluru yang mampu menggoncangkan kesabaran puak-puak munafik ni. Akhirnya pemimpin beriman GHB akan kehilangan isteri, jawatan didalam PAS dan yang penting sekali iman haruslah dijaga dengan sempurna. Itulah kesudahannya nanti. Selamat maju jaya GHB.

    ReplyDelete
  15. Nasib baiklah geng professional kalah dlm pemilihan tempoh hari. Dah dia orang kalah. Padan muka, boo....boleh blah. Bila dia orang blah mamat2 ostad nie x puas ati juga. Ostad2 ni nak apa lagi? Tak tahu lah apa jadi kalau geng professional menang tempoh hari? Kalau nak kenakan geng ostad nie, acah dia orang kate geng professional nak masuk Umno...tengok gedebe ke x gedebe ostad2 ni.

    ReplyDelete
  16. nik amar cap ayang
    follow hadi awe like buffalo
    stupid
    idiot

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa