Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 6, 2015

Serpihan sah dari MH370 dan kronologi tragedi

Serpihan di Pulau Reunion sah dari MH370
2:23AM - 6 Aug 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bernama melaporkan kenyataan penuh perdana menteri mengenai pesawat MH370:

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang. Hari,minggu dan bulan yang mendatang menjadi tempoh yang cukup menyiksakan bagi keluarga mereka yang berada dalam pesawat itu.

Pesawat itu hilang tanpa duluan. Di setiap peringkat, kami hanya mengikuti bukti sekecil mana yang ada. Namun, usaha 26 negara serta pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan, dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi, masih gagal mengesan pesawat itu.

Malah, pakar penerbangan dunia gagal memberikan jawaban mengapa MH370 terpesong daripada laluannya dan hilang. Ketika kehilangan pesawat itu kekal satu misteri, kami berkongsi keperitan keluarga mereka.

Minggu lalu, pada 29 Julai, kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa Perancis bahawa sebahagian daripada sayap pesawat ditemui di Reunion, sebuah pulau kecil milik Perancis di Lautan Hindi.

Hari ini, 515 hari selepas pesawat itu hilang, dengan hati yang berat saya perlu memberitahu anda bahawa pasukan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370.

Kami kini mempunyai bukti fizikal yang mana saya umumkan pada 24 Mac tahun lalu, pesawat MH370 secara tragik berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Ini adalah kawasan terpencil, bergelora dan berbahaya, dan sebagai mewakili Malaysia saya berterima kasih kepada banyak negara, pertubuhan dan individu yang terlibat dalam pencarian ini.

Beban dan ketidaktentuan yang dihadapi semua keluarga terlibat sepanjang tempoh ini memang sukar dijelaskan.

Saya berharap dengan pengesahan ini, walaupun tragik dan menyakitkan, ia setidak-tidaknya memberi kepastian kepada keluarga dan orang tercinta bagi semua 239 orang yang berada di dalam MH370. Kami turut bersimpati dan berdoa untuk mereka.

Saya ingin memberi jaminan kepada mereka yang terjejas akibat tragedi ini bahawa kerajaan Malaysia komited untuk melakukan apa yang terdaya untuk mencari kepastian apa yang sebenarnya berlaku.

Kehilangan MH370 menyebabkan kita bersatu sebagai satu bangsa. Kami berkabung bersama anda, sebagai satu negara.

Saya menjanjikan ini: Malaysia akan sentiasa memperingati mereka yang terkorban dalam MH370. 


Kronologi tragedi pesawat MH370
6:46AM - 6 Aug 2015

Berikut kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, hampir 17 bulan selepas ia terputus hubungan pada jam 2.40 pagi 8 Mac tahun lepas.
   
Pesawat tersebut terputus hubungan di kedudukan, 120 batu nautika ke timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan daripada pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijadual mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.
   
Penumpangnya terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali (satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
   
Berikutan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR melibatkan pelbagai negara dan usaha itu berterusan hingga kini.

* 8 Mac 2014 (Hari Pertama) - Operasi SAR pesawat itu dilancarkan pada jam 5.30 pagi di Laut China Selatan.
   
* 9 Mac 2014 (Hari Kedua) - Kawasan mencari diperluas ke Selat Melaka apabila disahkan pesawat berkenaan berpatah balik. - Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan petugas dan aset masing-masing membantu gerakan itu.
      
* 15 Mac 2014 (Hari Kelapan) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kali terahir pesawat berkomunikasi dengan satelit ialah dengan satu daripada dua koridor yang berkemungkinan; koridor utara yang bermula lebih kurang di sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand atau koridor selatan, lebih kurang dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

- 26 negara menyertai operasi dalam fasa ini, yang meliputi 2.24 juta batu nautika persegi.
   
* 24 Mac 2014 (Hari Ke-17) - Najib mengumumkan bahawa data dikeluarkan satelit Inmarsat Britain memutuskan bahawa penerbangan itu berakhir di selatan
Lautan Hindi dan Australia akan mengetuai operasi mencari di kawasan itu.
   
* 1 April 2014 (Hari Ke-25) - Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bagi menyelaras operasi mencari MH370.

* 3 April 2014 (Hari Ke-27) - Najib tiba di Perth, Australia untuk meninjau sendiri operasi mencari, mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott.
   
* 4 April 2014 (Hari Ke-28) - JACC berkata operasi mencari MH370 memasuki fasa baharu dengan pencarian dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi bagi mengesan 'pinger' kotak hitam.
       
* 31 Julai 2014 (Hari Ke-146) - JACC berkata kerja ukur batimetrik yang dilakukan kapal Zhu Kezhen dan Fugro Equator di sepanjang arca ketujuh di selatan Lautan Hindi, berjalan lancar.
          
* 21 Okt 2014 (Hari Ke-227) - Kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia, GO Phoenix, menyertai operasi mencari bersama kapal yang diberi kontrak oleh Malaysia-Australia, Fugro Discovery dan Fugro Equator.

- Kemudian, satu lagi kapal, Fugro Supporter ditambah untuk membantu usaha mencari.
      
* 29 Jan 2015 (Hari Ke-326) - Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengisytiharkan secara rasmi bahawa MH370 mengalami kemalangan mengikut Standard Lampiran 12 dan 13 Konvensyen Chicago dan kesemua 239 penumpang serta anak kapal MH370 dianggap telah terkorban.
   
* 12 Feb 2015 (Hari Ke-340) - Kerajaan Malaysia berbincang dengan China untuk menambah kapal bagi menyertai operasi mencari Penerbangan MH370, yang ketika itu melibatkan empat kapal.
    
* 18 Jun, 2015 (Hari Ke-466) - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia meneruskan misi pencarian fasa dua MH370 dengan hanya dua buah kapal meredah lautan kawasan terpencil di Lautan Hindi. Fasa satu selesai pada bulan yang sama dan kawasan pencarian seluas lebih 52,000 kilometer persegi telah selesai diliputi dalam pencarian.

* 29 Julai, 2015 (Hari Ke-508) - Seorang pekerja pembersih pantai menjumpai bahagian sayap sepanjang 2.7 meter dikenali sebagai flaperon yang pakar-pakar percaya ia berasal dari pesawat Boeing 777. Satu-satunya pesawat Boeing yang hilang di Lautan Hindi ialah MH370.

* 30 Julai, 2015 (Hari Ke-509) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah menghantar dua pasukan - satu ke Toulouse di Perancis dan satu lagi ke Pulau Reunion - susulan penemuan serpihan pesawat di pulau yang terletak di Lautan Hindi.

* 6 Ogos (Hari Ke-515) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion ialah daripada pesawat MH370 yang hilang. - sumber

3 comments:

  1. Senang senang saja 300-400 orang KIOK

    Yang MAT BAHALOL yang SETAN bagi rakyat sakit jantung tak de duit tak kiok kiok lagi

    Kepala oTak sja

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya ko lah yg kiok..butoh hang.

    ReplyDelete
  3. lawak tol bini si mah badak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa