Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 6, 2015

Zaid juga akan turun ke Arena.......

'Ayuh demo besar, sediakan stadium Azmin'
5:22PM - 5 Aug 2015

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim menggesa sebuah protes besar melibatkan 100,000 orang diadakan sebagai bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Marilah adakan perhimpunan di mana 100,000 orang daripada pelbagai latar berkumpul – sudah tentunya aman – bagi menyatakan bantahan terhadap perdana menteri,” katanya.

Zaid juga berharap Menteri Besar Selangor Azmin Ali dapat menyediakan stadium dan sokongan yang diperlukan untuk perhimpunan besar itu sebelum 31 Ogos.

Zaid juga berharap pemimpin pembangkang dan Umno yang kritikal, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat berkongsi pentas.

“...untuk isytihar kepada orang ramai walaupun terdapat perbezaan politik, mereka akan bersatu untuk selamatkan Malaysia,” katanya di blog hari ini.

“Pemimpin-pemimpin ini tidak harus membenarkan orang yang mencuri dan merompak kekayaan negara terlepas.

“Mereka harus tunjukkan kepada rakyat kuasa setiakawan menentang rasuah dan salah guna kuasa. Mereka mesti kembalikan keyakinan terhadap dasar-dasar kita dan Pejabat Peguam Negara kita." - sumber

- Baca versi FMT: Zaid calls for 100,000 in show of unity against Najib

3 comments:

  1. Sejarah membuktikan demoontrasi jalanan, terbuka dan terrutup tidak menjanjikan apa-apa keuntungan hanya membuang masa, keringat dan wang....

    ReplyDelete
  2. Ada lagi macai yg menyokong najib,,,satu cara saja nak mematikan pemacai najib ni,,sedikan satu hukuman yg menanti mereka slps BN kalah PRU 14 ni,,,cari dan senaraikan nama2 mereka,,

    ReplyDelete
  3. Kerja sia-sia je tuu....x pyh berdemo tggu ju PRU.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa