Polis tangguh siasat SPRM
mk - 9:46AM - 9 Aug 2015
Polis akan menangguhkan sementara siasatan melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguh untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.
"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya telah mengarahkan supaya kita (polis) tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguh, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuatharrassment(penderaan)".
Mengulas lanjut mengenai kes siasatan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dan rampasan fail-fail serta komputer agensi itu, Khalid berkata polis hanya menjalankan tanggungjawab untuk menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.
Khalid berkata polis tidak sekali-kali berniat untuk mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.
Tak mahu masam muka
"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan, kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.
"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.
"Pertuduhan ini bukan dilakukan oleh satu institusi tetapi oleh individu-individu yang kami cari yang kami perlu siasat...saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.Khalid berkata apa yang dilakukan oleh polis adalah mengikut peruntukan undang-undang dan sebarang rampasan barang-barang bagi membantu siasatan merupakan asas dalam siasatan polis.
Terdahulu ketika berucap pada Malam Mesra Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2015 di George Town, Pulau Pinang, Khalid berkata SPRM bukanlah musuh polis dan adalah menjadi tanggungjawab polis memberi sokongan terhadap tugas-tugas agensi pencegahan rasuah itu.
"Kita semua tahu dalam satu minggu ini berlaku sedikit kemelut antara PDRM dan SPRM, kami tidak sekali-kali ingin mengganggu apa juga tugas-tugas yang dilaksanakan lain-lain agensi," katanya.
Beliau berkata tindakan yang diambil polis terhadap pengarah dan dua pegawai kanan SPRM adalah kerana perlu mencari punca bagaimana salinan pertuduhan boleh dimuat naik dalam portal Sarawak Report.
"Kami juga memanggil saksi dari Bank Negara dan bank-bank komersial dalam melaksanakan siasatan. Tindakan yang kami ambil adalah atas arahan yang diberi oleh Peguam Negara. Kami mula tangkap tiga orang, rampas dokumen dan kemudian membebaskan mereka.
"Semua yang kami rampas telah kami kembalikan selepas kami selesai meneliti dokumen itu. Fokus kami cuma kepada kebocoran maklumat dalam Sarawak Report dan juga kebocoran maklumat perbankan. Kami anggap ini satu perbuatan yang amat serius kerana boleh mengancam kestabilan negara," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata Bukit Aman telah meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menahan pengasas dan editorSarawak Report Clare Rewcastle Brown.
"Kita memang telah keluarkan waran tangkap ke atas beliau dan juga meminta bantuan Interpol untuk disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki di bawah red notice," katanya.
Najib pada ketika ini sedang mengemudi sebuah kapal yang sedang bocor teruk. Kebijaksanan Polis adalah terpenting bagi mensetabilkan dan meredakan kegusaran rakyat dan tolonglah lebih berakal apabila melakukan sebarang tindakan. Dan jangan biar rakyat berterusan benci kepada mereka.
ReplyDeleteOrg2 muda kata, potong stim betol la
ReplyDeleteSelain low, johan dan kj; yg lain yes men
ReplyDeletekalau igp ikut undang2 kenapa najib tak di tangkap igp ikut undang2 najib ke?lain yan salah lain plak yang di tangkap,penyamun duduk senang lenang sambil mentertawakan rakyat yang telah di porakperandakan.
ReplyDeletesangat benci....
ReplyDeleteSprm tunggu apa lagi, rasanya fail pdrm ambil rasuah bertimbun2 dalam fail, apa kata pi heret depa ni dari balai dengan keadaan tangan bergari.... bawa wartawan sekali.... kasi facial muka mereka dengan arang.
ReplyDeleteSPRM boleh aje keluarkan dakwaan pd polis rasuah, najib, pemimpin umno rasuah tetapi AG akan peram aje kertas dakwaan tu atau buangkan ke tong sampah. AG pun bekas peguam umno, hakim pun bekas org umno. Apa lagi yg boleh diharapkan kpd mereka ni? Semua dah dipegang oleh najib dan najib punya telur dag digegam oelh badak sekor tu.
ReplyDeletenajib menuju kpd pemimpin diktaktor melalu undang2 zalim & menindas.
Kenapa laporan Dato Khairudin tidak disiasat
ReplyDelete