Pindah pegawai SPRM kuasa siapa?
DAP membangkitkan persoalan itu kerana pertukaran dibuat sewaktu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berada di luar negara.
PETALING JAYA: DAP menyifatkan alasan penukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atas alasan disiplin sebagai tidak masuk akal.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, tindakan ke atas Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob menjadi tanda tanya kerana ia dibuat ketika mereka melakukan siasatan kes berprofil tinggi.
Bahkan tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menakutkan agensi berkenaan.
“Dengan situasi yang berlaku ini, jelas menunjukkan ada tindakan untuk mencacatkan operasi siasatan SPRM ketika ini sementelah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berada di luar negara,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online.
Mengulas mengenai sokongan yang diberikan pembangkang pegawai yang ditukarkan, Loke berkata ia tidak menjadi isu.
Bahkan menegaskan ia sentiasa menyokong menyokong usaha SPRM sebagai sebuah institusi dalam memerangi rasuah.
Dalam reaksi yang sama, dia menempelak pertukaran itu yang dikatakan dibuat selepas pegawai berkenaan bertemu pembangkang.
“Ini mungkin juga ada terdapat tangan ghaib yang cuba untuk tidak membenarkan sesiapa pegawai SPRM mendekati pemimpin pembangkang. Dalam erti kata yang lain, takut dengan bayang-bayang sendiri sekiranya kita menyatakan sokongan penuh ke atas SPRM,” katanya.
bukan hanya udang disebalik mee tetapi sebenarnya harimau di sebalik pintu....well said and expressed,mantoop
ReplyDelete