Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 14, 2015

SPRM siasat KSN, KP JPA: Mana satu yang betul ni?

Abu Talib berkata: “Pada pandangan saya, prima facie, mereka telah melakukan kesalahan”  
Pindah pengarah: SPRM siasat KSN, KP JPA
mk - 6:17PM - 13 Aug 2015

Beberapa laporan telah dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan suruhanjaya itu sendiri terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Zabidi Zainal.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa laporan dibuat berhubung pemindahan Pengarah Operasi khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob Jumaat lepas.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009," tambah sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Seksyen 48 Akta SPRM ialah berkaitan dengan kesalahan menghalang penyiasatan.

Difahamkan, laporan yang sama telah dibuat terhadap polis kerana menangkap pegawai SPRM dan merampas komputer riba mereka, serta dokumen yang berkaitan dengan siasatan SRC International Sdn Bhd, dan dakwaan pemindahan RM42 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Polis menyiasat pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen sulit dengan siasatan terhadap SRC.


SPRM nafi berita pegawainya buat laporan terhadap KSN

SPRM nafi berita pegawainya buat laporan terhadap KSN
MUSTAFAR: Pihak media harus bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan MalaysiaKini bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009.

Mengulas laporan portal berkenaan hari ini  di bawah tajuk "MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers," Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas.

"Selain tidak berasas sama sekali, SPRM berpandangan laporan seumpama ini bermotif melaga-lagakan hubungan baik antara agensi-agensi awam dan kepimpinan perkhidmatan awam Malaysia." kata Mustafar dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM juga katanya, berharap pihak media harus bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah.

MalaysiaKini dipetik sebagai berkata, beberapa pegawai SPRM didakwa telah membuat laporan terhadap Ali Hamsa dan Mohamad Zabidi berhubung perpindahan Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob, sambil memetik sumber yang dirahsiakan.

"Terdapat beberapa laporan yang difailkan di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009" menurut sumber berkenaan.

Seksyen 48 Akta SPRM adalah berkaitan kesalahan menghalang siasatan.

Susulan bantahan keras daripada pelbagai pihak, perpindahan dua pegawai kanannya itu ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat lalu, dibatalkan.

3 comments:

  1. HARI RAYA DAH HABIS

    DUIT RAYA BONUS PON HABIS

    HUJUNG TAHUN CUTI BANYAK , BEBUDAK GOMEN BUAT MAIN MAIN SAJA

    KALAU KETUA BESAR MAT BAHALOL DAH PENING TAK KERJA BETUL , TAK MUNGKIN BEBUDAK GOMEN BERANI KERJA LURUS BENDOL PON

    INI BIASA LAH

    Kan semua tu orang orang Melayu

    Apa ada kesah. Mainan saja.... Gaji tetap dapat tiap tiap bulan ; yang pencen pon tetap dapat pencen.

    Mana ada betul pikir sangat pasal Rakyat ; itu semua belakang kira saja.

    ReplyDelete
  2. Sya setuju kat Anonymous 11.38 AM.

    Kakitangan awam tak akan berani hilang pencen dan jawatan melainkan ditamat
    perkhidmatan .

    Budaya Melayu sifatnya mengalah walaupun ia benar . Melayu sifatnya Yes Man mungkin No Man hanya tinggal
    sekerat dua kerat.

    Tin kosong ialah karakter melayu .Kerja biar senang asal kan hasil nya banyak.

    Sepanjang sejarah bangsa melayu - hanya Jebat bersendiri menentang Arus.

    Majoriti akan brsama penguasa walaupun mereka tahu penguasa kaki zina , rasuah
    ,pembunuh serta zalim.

    Melayu sifatnya khianat demi menjaga periok nasi.

    Kalo melayu sanggup jual syurga Allah demi duit utk dunia apa lah yg lain yg tak faham agama.

    Senario yg berlaku hanya main mainan demi periok nasi.

    Akhirnya
    Yang Kaya Bertambah Kaya
    Yang Miskin Papa Kedana

    Melayu Tak Akan Berubah Sifatnya.

    ReplyDelete
  3. Sebab melayu melayu ni memang dah layu...semua mereka langgar jer...rukun islam...rukun iman selamba jer atas tajuk setia...inikan rukun negara...lagi la dorang x pandang bro...harap harap berubah la saudara saudari ku..amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa