Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 13, 2015

Tindakan keluar parti: Hadi tak risau pun.......tapi siapa pula yang ugut dan ancam?

Tindakan keluar parti adalah proses pembersihan PAS, kata Hadi
Published: 13 August 2015 5:45 PM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak risau dengan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar parti kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.
Beliau menegaskan tidak risau dengan perkembangan itu kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk parti malah menegaskan PAS menerima lebih banyak permohonan untuk menyertai parti berkenaan.
"Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir... bah, pasir pun berubah.
"Kita tak risau, tak risau... gembira, gembira... keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat.
Sebelum ini beberapa kumpulan ahli PAS peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan meninggalkan parti itu termasuklah Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam Helmi Radzuan dan 12 ahli jawatankuasanya yang meletakkan jawatan kerana mendakwa parti itu semakin "eksklusif".
Turut melakukan perkara yang sama ialah 12 anggota PAS cawangan Jelebu, Negeri Sembilan yang mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti pada Muktamar ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Hadi berkata PAS tidak akan membuat penyertaan langsung dalam Himpunan Bersih 4.0 dijadual 29 Ogos ini sebaliknya hanya menghantar dua wakil iaitu Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad kerana akan menganjurkan majlis sendiri pada masa akan datang.
Bagaimanapun PAS tidak menghalang mana-mana ahli parti yang mahu menyertai himpunan tersebut dan tiada galakan untuk menyertainya memandangkan PAS bukanlah penganjur bersama seperti pada himpunan Bersih yang diadakan sebelum ini, katanya. – Bernama, 13 Ogos, 2015.

10 comments:

  1. Lebai ni takda malu langsung, dia saja yg betul, apa dia cakap adalah wahyu kpd ahli. Hoi tok lebai, malu itu sebahagian dari iman!

    ReplyDelete
  2. Masuk 4 ribu, keluar 40 ribu
    Nak masuk 3 ribu, nak keluar 30 ribu

    Parahhhh

    ReplyDelete
  3. Muka pun dah tak ada nur, bersekonkol dgn mungkar bakal ahlilll ner...

    ReplyDelete
  4. Muka kusam tak ada nur, bersekongkol dgn mungkar bakal ahlilll ner...

    ReplyDelete
  5. 4000 yang masuk yang tua-tua, tau.

    Jangan sama kan dengan banjir muka bumi.

    Ini banjir dalam parti. Barang yang tidak berguna yang tersangkut dalam parti

    ReplyDelete
  6. bare behe pil luda
    kecek gak babak sokmo
    kecek sikit gak napok selalu sifat riak
    geng ganu meme kecek besar
    hagah...

    ReplyDelete
  7. Kalau proses pembersihan PAS mengapa mengelabah pulak Hadi ooi!!! Macam orang cuci pinggan mangkok serta periok belanga. Bila semua dah bersih ada tukang basuh sibuk tentang air kotor atau air sabun atau air bilasan. Nampak sangatlah tuan presiden ini fikiran dia berkecamuk, huru hara dan bertambah bingai. Jangan-jangan kata nak cuci bersih pinggan mangkok, rupanya terbuang pinggan mangkok yang mahal dan bersih dan masa yang sama pinggan mangkok yang kotor masih berlambak tak diusik!!. Dulu Pak LAh selalu tertidur, rupanya ada penyakit. Dengar cerita sudah mendapat rawatan profesyenal dan sudah seperti sediakala. Alhamdulillah. Ini Hadi ni pula cakap bolak balik, tak ingat kesalahan dan kesilapan. Jangan-jangan mengidap 'dementia'. Bawak-bawaklah jumpa doktor. Bukan doktor falsafah tetapi doktor perubatan!!!

    ReplyDelete
  8. Orang Macam Hadi ini patut BER FIKIR JAUH sebelom menyata apa apa

    Ini gaya orang bahalol

    Mana ada orang bukan islam nak hormat Ulamak Gaya TOLOL macam Hadi ini

    Bodoh lah.

    Common Sense pon tak ada ; harap saja Serban Besar.

    ReplyDelete
  9. Ahli ahli baru yang menyertai PAS mukin mahluk dari gulungan jin. Adakah PAS telah membuka keahlian kepada mahluk ini?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa