Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 13, 2015

MH370: Lagi berita pelik........

Serpihan MH370 tak boleh berada di Pulau Reunion, Maldives pada masa sama
OLEH NEWS.COM.AU
Serpihan yang dikaitkan milik pesawat MH370 dijumpai di Pulau Maldives.

Serpihan yang dikutip oleh penduduk Maldives berkemungkinan besar datang dari baj yang tenggelam pada Februari lalu. Kapten baj terbabit, Abdulla Rashed memberitahu berita dalam talian, Haveeru, kapal tersebut membawa 4,000 unit panel dinding.

Baj yang menghantar bahan tersebut ke pusat peranginan baharu di atol Raa tenggelam pada 10 Februari lalu.

"Daripada gambar serpihan yang dijumpai di kebanyakan pulau, saya hampir pasti boleh mengatakan bahawa ia adalah daripada kargo yang kami bawa," katanya.

Malaysia telah meminta bantuan Maldives mencari serpihan pesawat MH370 berikutan laporan penemuan bahan yang tidak dikenalpasti di pulau itu.

Serpihan yang dikutip oleh penduduk tempatan disimpan di sebuah gudang sebelum diuji oleh pakar Malaysia bagi menentukan ia adalah serpihan pesawat MH370.

Bagaimanapun, para pakar tegas menyatakan bahawa tidak mungkin serpihan MH370 boleh dibawa arus sehingga ke Maldives jika 'flaperon' yang ditemui di Pulau Reunion sebelum ini adalah daripada pesawat yang hilang itu.

Pakar Oseanografi Pantai University of Western Australia, Professor Charitha Pattiaratchi berkata, adalah mustahil mempunyai dua kelompok serpihan dihanyutkan di kedua-dua belah bahagian Khatlistiwa.

"Jika serpihan itu datang dari mana yang kami katakan di hemispera selatan, tiada serpihan yang sepatutnya pergi ke arah utara.

"Ia tidak boleh melintasi hemispera kerana corak laluan angin dan arus," kata Pattiaratchi.
Beliau berkata, adalah sukar untuk menerangkan bagaimana serpihan MH370 berakhir di Pulau Reunion dan Maldives.

"Ia adalah teka-teki yang sukar apabila melihat barangan ini di Pulau Reunion dan Maldives. Ia mungkin bukan daripada MM370 dalam kedua-dua kes," kata Pattiaratchi.

Terdapat dakwaan yang mengatakan 'flaperon' yang disahkan oleh Malaysia merupakan serpihan pesawat MH370 telah dihanyutkan ke Pulau Reunion seawal Mei lalu.

Objek tersebut hanya diserahkan kepada polis pada 29 Julai selepaas pekerja pembersihan pantai, Johnny Begue menyangka ia 'sedikit istimewa'.

Pattiaratchi berkata, keraguan terhadap masa penemuan menyebabkan kesukaran untuk menentukan kawasan pencarian.

"Jika anda tidak tahu tarikh bila ia dihanyutkan ke pantai, anda tidak tahu bagaimana arus laut.

"Tempoh dua bulan merupakan tempoh yang panjang," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat kawasan pencarian yang dilakukan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia adalah betul.

Cadangan kawasan kemalangan MH370 berada lebih ke utara bermakna sebarang serpihan dihanyutkan ke Pulau Reunion sebelum Krismas, kata Pattiaratchi.

Fugro Discovery akan meneruskan pencarian dasar laut di selatan Lautan Hindi esok manakala Fugro Equator berada di Pelabuhan Fremantle untuk mengisi bekalan.

6 comments:

  1. Pulakkkk dah.....
    Bikin rosak ana punyiaa prog gremmmmm

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. ahhahahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Aku tumpang gak huhuhuhubuhubuhuhububuhuhuhuhuhaaa

    ReplyDelete
  5. Memang Najib dah kena tipu...seban Najib pun dah tipu rakyat Malaysia...

    ReplyDelete
  6. Memang Najib dah kena tipu...sebab Najib pun dah tipu rakyat Malaysia...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa