Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 10, 2015

Undi tidak percaya: Pas mungkin harapan Najib?

Undi tidak percaya: Pas mungkin satu-satunya harapan Najib
01:30PM Ogos 10 2015

oleh Rizuan Shamsudin
PANDANGAN: Selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kemungkinan rundingan antara MP pembangkang dan sebahagian daripada Umno BN untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap Najib, tumpuan kini beralih kepada PAS.
Parti Melayu kedua terbesar itu mungkin kini adalah satu-satunya harapan untuk Najib.
Berdasarkan kenyataan 17 ahli parlimen pembangkang - yang turut disertai pengerusi Gerakan Harapan Baharu Mohammad Sabu, baru-baru ini, undi tidak percaya tidak mustahil akan dicadangkan dalam sesi Dewan Rakyat seterusnya yang bermula Oktober ini. Atau boleh jadi lebih awal.
Walaupun pembangkang hanya memiliki 87 kerusi parlimen berbanding 134 oleh BN, Najib tetap dapat dijatuhkan jika MP yang menyokong Muhyiddin dan Syafie Apdal turut bekerjasama.
MuhyiddinMuhyiddin
Shafie mempunyai pengaruh besar di Sabah yang memiliki 25 kerusi parlimen. Di Johor pula, lebih separuh MP di sana menyokong Muhyiddin. Malah keluarga diraja Johor sendiri tidak senang dengan Najib.
Kumpulan 17 MP ini menjanjikan kerajaan sementara selama setahun sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 dijalankan dan kerajaan baru dilantik.
 Kerajaan sementara ini pasti akan menyiasat 1MDB serta skandal-skandal lain yang berlaku ketika pentadbiran Najib.
Sekiranya bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mahu menamatkan riwayat politik Najib tamat dengan apa cara sekali pun, beliau boleh menggesa MP yang menyokong Muhyiddin agar mengundi menolak Najib.
Cuma yang menjadi penghalang kini adalah MP Pas yang taat kepada Presiden Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Haron Din.
Abdul Hadi mungkin mengambil peluang ini untuk menguatkan tekanan ke atas Najib, agar membenarkan hudud dibahas di Parlimen dengan menawarkan sokongan MP dari partinya.
Pas memiliki 21 ahli parlimen, termasuk dari kumpulan progresif - Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mujahid Yusuf dan Dr Mariah Mahmod.
Matematik mudah menunjukkan yang kumpulan pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib perlu menarik 24 MP BN agar menyokong usul itu.
MuhyiddinMuhyiddin
Pada masa sama, Pas pula boleh menawarkan 16 ahli parlimen (selepas ditolak bilangan daripada kumpulan progresif) kepada Najib.
Justeru usaha pembangkang untuk menjatuhkan Najib melalui undi tidak percaya ini bukanlah mudah.
Pendirian Pas sejak awal krisis 1MDB amat jelas – parti itu tidak akan masuk campur dan tidak akan mengikut parti-parti pembangkang mendesak pengunduran Najib.
Memang Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ada beberapa kali mengkritik Najib. Akan tetapi Abdul Hadi sendiri tidak memberikan apa-apa kecaman atau kritikan keras ke atasnya dalam isu 1MDB ini.
Malah Haron Din pula pernah mengatakan bahawa beliau tidak percaya penyaluran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib.
Dua tokoh yang amat ditaati ahli Pas ini tentunya mempunyai perhitungan sendiri atas pendirian tersebut.
Jadi, tiada sebab untuk kita meragui kemungkina PAS akan terus menyokong Najib sehinggalah PRU seterusnya.
Sokongan itu semakin jelas jika dilihat komen Abdul Hadi berhubung rombakan Kabinet yang hebat dipertikai rakyat.
“Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan cabinet baru), kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara,” katanya seperti dipetik Astro Awani.
Jika PAS terus dilihat menyokong Najib dan Umno, mereka berhadapan risiko kehilangan tapak sokongan mereka, iaitu pengundi Melayu.
Sukar untuk percaya yang Najib akan membenarkan pindaan perlembagaan dibuat bagi pelaksanaan hudud. Ini kerana angkah mengundang risiko kehilangan sokongan di kalangan MP dari Sabah dan Sarawak. Mereka sama sekali tidak akan setuju dengan hudud.
Lebih parah,  mereka bukanlah penyokong membabi buta. Mereka boleh sahaja menarik sokongan dan beralih kepada pembangkang. 

Ironinya, andai kata hudud tidak juga diluluskan pada sesi terakhir Dewan Rakyat untuk tahun ini, majoriti penyokong Pas akan meninggalkan parti itu yang dilihat telah gagal mutlak.
Sesunguhnya politik Melayu tidak wajar kembali ke era sebelum Reformasi 1998.
Sudah banyak kerosakan berlaku sepanjang tempoh 1998-2000, yang dicetuskan oleh keterdesakan Mahathir untuk kekal berkuasa,  di tengah-tengah kemelut krisis ekonomi.
Satu pendekatan baru dalam politik - melangkaui politik perkauman Umno dan Pas, perlu dilakukan.
Pemimpin Melayu dalam Umno, Pas, PKR dan parti-parti lain yang mencintai negara ini perlu mencuba konsep konsensus nasional. 
Krisis politik kali ini sudah mencapai tahap kritikal. Ditambah pula dengan hutang negara yang mencecah RM600 bilion serta hutang isi rumah RM800 bilion.
Ditambah dengan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion serta pelbagai hutang  GLC yang dijamin kerajaan, negara pasti akan terjerumus ke dalam kehancuran ekonomi.
Berdasarkan keadaan sekarang, Malaysia bakal mengikut jejak langkah Greece jika MP kita masih tidak mahu mengenepikan perbezaan di antara mereka dan mula bekerjasama.

5 comments:

  1. Sifirnya akan menjadi lebih mudah sekiranya para penyokong Muhyideen dan Shafie Afdal memberi tentangan 100% terhadap Najib. Sekiranya diberi pertolongan dari Allah SWT dalam masa terdekat Presideng Ayam Munafik PAS mampus akibat sakit jantung dan digantikan dengan Presiden yang bijak dan berakal serta tidak menunjukkan perangai "Kafir" beliau, maka kestabilan politik akan dapat dikembalikan dengan jatuhnya Dajal Melayu - Najib Tun Abd Razak.

    ReplyDelete
  2. Satu masa dulu,haram solat berimam org umno..
    Skrg,jilat kahak tu..

    ReplyDelete
  3. Abe

    Kalau ikut buah pikiran pendek politik HH memang dia mahu semua MP PAS xmenyokong undi xpercaya kpd Najib kalau dibentang.

    Kalau dia xsokong atau arah MP PAS berkecuali, bendanya sama je. Kalau dia pertahan Najib bermakna di menentang rakyat. Maknanya dia mahu PAS hancur. Sekarwng rakyat kat kg pun dh reti Nanib banyak menyusahkn kehidupan rakyat.

    Kalau dia nak PAS hancur kita persilakan HH arah MP PAS pertahan Najib

    ReplyDelete
  4. bat8

    Nampaknya HH takkan berkecuali kalau dinilai dari cakap dan sikapnya sebelum ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa