Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 10, 2015

Apalah maknanya lagi kerusi PM buat Najib

Kedudukan sebagai PM sudah tiada guna lagi buat Najib 
Monday, August 10, 2015

SUSUPAN PETANG

Najib Razak makin hari makin terkepit dan terjempit dengan masalah dan isu yang dibuatnya sendiri. Walaupun dia masih kekal sebagai perdana menteri, tetapi kerusi itu sudah tidak bermakna lagi buatnya apabila ia terus-tersusan dipertikaikan.

Kedudukan dan maruah Najib sebagai perdana menteri kini sudah tidak ada lagi. Semua orang dan semua dunia sedang mentertawakan Najib Razak. Najib masih belum sedar yang dia adalah seorang perdana menteri yang hilang sokongan rakyat. Najib tidak lebih daripada badut bernyawa.

Najib juga sedang gelabah kini. Dalam usaha mengekalkan kedudukan Najib juga mengguna semua kesempatan yang ada untuk mempertahankan dirinya. Badan-badan dan alat kerajaan juga seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain juga digunakan untuk mempertahankan dirinya.

Bukan semua 3 juta ahli Umno menyokong dan bersetuju dengannya. Hanya mereka yang dilantik menjadi menteri alias pengampunya sahaja membela beliau siang dan malam.

Najib mengupah orang untuk mengatakan dia baik dan mempertahankan perbuatan bobrak dilakukannya. 

Tidak cukup dengan para menteri Musang Berjanggut, anaknya juga turut membelanya. Ini adalah tahap terakhir bagi seorang perdana menteri yang mempunyai kuasa besar tetapi terpaksa menggunakan anak untuk meraih sokongan.

Anaknya Mohd Nazifuddin menyeru agar serangan ke atas bapanya dihentikan kerana ia mengorbankan negara - memberi kesan buruk kepada negara. Aduh sedap bunyinya penuh retorik. Apakah anak Najib tahu dengan apa yang berlaku ke atas bapaknya ia lebih memberi kesan buruk dan membusukan negara? 

Negara hari ini rasa bertuah kalau Najib tidak lagi jadi PM daripada negara berPM kepada Najib.

Tiadak ada lagi yang boleh dilakukan dan dipertahankan oleh Najib. Dirinya sudah teramat busuk dan kohong. Saya tidak mahu menyebut apa yang perlu dilakukan Najib kerana dalam surat saya buatnya menerusi blog ini saya sudah menyebutnya.

Lakukanlah apa yang saya suruh itu kerana itulah juga harapan dan kehendak seluruh 30 juta rakyat negara ini. Maruah dan kewibawaan Najib bukan sahaja hilang dari keyakinan rakyat biasa, tetapi para aparat dan pegawai kerajaan juga.

Hakikatnya hari ini Najib sudah tidak mempunyai sokongan mana-mana pihak lagi, khasnya rakyat. Yang menyokong Najib dan mengatakan Najib masih wangi, hanya mereka yang Najib lantik dan berikan ghanimah sebagai menteri. Itu sahaja yang ada.

Catatan: Saya tidak mengemas blog ini beberapa hari lalu kerana tiada dalam negara dan agak sibuk. [wm.kl.4:24 pm 10/08/15]

3 comments:

  1. bermula dari pm4 negara mula menjadi gawat
    tukar sapa pun tetap akan timbul berbagai masaaalah
    sebab yang baru pun selalunya sudah sedia ada kudis
    bila naik akan ada pulak puak yang akan ungkit ungkit
    selagi bn selagi tulah berterusan budaya
    suka tutup kebenaran bila ada yang terkait
    rasuah tetap musuh no1 negara

    ReplyDelete
  2. aku rasa Najib tgh deal, klau dia ltk jawatan maka jgn ada apa2 tindakan atau siasatan terhadap dia dan kelurga dia. Bila dah ada jaminan itu semua maka dia akan letak jawatan dan berpindah ke benua lain.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Kerusi PM ibarat nyawa bagi Najib. 2 masaalah yang amat berat Najib kena bertanggungjawab iaitu bebanan hutang 1 MDB dan Duit derma RM 2.6 billion. Kedua kes ini bukan kes kecil dan bukan melibatkan politik semata-mata. Ia adalah antara pilihan untuk menjadi jiran Anwar di Sg Buluh Resort atau kekal bebas.... kedua2 kes itu susah nak cover kerana ia melibatkan penal code undang-undang yang jelas dan terang.

    Bagi sesiapa yang mengikuti cara Najib mentadbir dan cara Najib menyelesaikan masaalah terutama yg melibatkan dirinya, amat berasa bimbang dan risau teramat sekarang kerana pattern yang ada - Najib sanggup buat apa janji batang tengoknya yang tersepit dapat lepas. Ini satu ciri penting cara Najib selesai masaalah.

    Keduanya, dia sanggup buat apa sahaja janji terlepas. Takde apa bendapun Najib x xsanggup korbankan untuk lepas tengkoknya sorang. Ketiga, kemusnahan akibat nak lepas batang tengoknya tersepit, a trail of destruction teruk.

    Cara Najib nak selesai masaalah mudah je iaitu pakai wang. Nak menang PRU 13 at all cost, hehehehe....mai cerita derma RM 2.6 billion! Mudah...tabur je.

    Yang patut kita risau adalah apa tindakan2 Najib akan ambil untuk menyelamat tengkoknya atau mengelak jadi jiran Anwar? Ini amat penting.....

    Sekarang ini bila UMNO Johor mula menentang, Najib offer nak buat balik jembatan bengkok yg Paklah batalkan dulu. Duit lagi diumpan. Persoalannya kat mana dia nak cekau duit itu.

    Yang terbaru Najib menawarkan kuasa otonomi kepada Sabah dan Sarawak jika terus menyokong beliau agar kekal sebagai PM. Apa hak Najib untuk membuat tawaran yang akan mengubah struktur kenegaraan kita yang kita tak tahu apa masaalah akan timbul nanti - kerana hendak menyelamatkan tengkoknya sorang.

    Nampak tak permainan Najib bila tersepit? Itulah cara Najib sejak 7 tahun dulu. Dia cuba selesai satu dengan mencipta beberapa masaalah lain yang kita juga menjadi mangsanya. Masaalah asal tak selesai cuma masaalah itu ditangguh kesatu masa depan untuk t8mbul balik disamping mencipta beberapa masaalah baru sekaligus. Banyak contoh kalau nak bagi.

    Semua masaalah2 yang diciptanya, yang menanggung ak8batnya adalah kita rakyat Dia terlepas..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa