Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 12, 2015

Undi tidak percaya terhadap Najib: MP mungkin tidak punyai keazaman politik menjatuhkan Najib dengan cara itu - Kadir

Kadir Jasin ramal 5 kesudahan untuk Najib
mk - 5:13PM - 11 Aug 2015

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin meramalkan bahawa Datuk Seri Najib Razak pasti kecundang ekoran skandal sumbangan derma dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

Katanya, Najib tidak akan dapat terus bertahan untuk mengetuai pentadbiran negara kerana kepercayaan rakyat ke atas kerajaan BN kini semakin luntur.
“Pemerintahan serta ekonomi negara akan terus terumbang-ambing kerana kredibiliti kerajaan yang rendah.

"Umno dan BN akan semakin lumpuh dan pembangkang mempunyai modal besar untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com.

Dalam senario kedua, beliau berkata, ahli parlimen boleh menggunakan kuasa untuk mengemukakan undi tidak percaya ke atas perdana menteri

“Ahli Dewan Rakyat daripada BN dan pembangkang boleh membuat pakatan dua pihak untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap beliau atau melalui perutusan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.”

Namun, golongan ini mungkin tidak mempunyai keazaman politik untuk berpakat menjatuhkan Najib dengan cara itu, katanya.

Beliau menambah, perhimpunan besar juga boleh dijalankan untuk menggerakkan keingaran sivil bagi memaksa perdana menteri meletak jawatan.

Satu lagi cara adalah melalui saluran kehakiman, kata Kadir lagi yang menjelaskan, masyarakat umum kini berpendapat, terdapat bukti yang memadai untuk mendakwa Najib di mahkamah berhubung kes tersebut.

“Jalan keluar terhormat dan terjamin bagi Mohd Najib adalah merundingkan laluan selamat di mana beliau tidak akan dituduh di mahkamah dengan syarat beliau meletakkan jawatan.

“Namun inilah yang diidam-idamkan oleh pembangkang kerana ia akan memberikan mereka modal mutakhir untuk pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu, Najib buat masa ini hanya mampu mengekalkan kuasa dengan menggunakan kuasa politik dan wang ke atas pemimpin Umno dan anggota Kabinet, selain usaha menambat hati atau menekan penjawat awam, katanya.

“Malangnya, bagi rakyat jelata, masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan.

"(Ini) kerana tumpuan perdana menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum,” kata Kadir lagi.

2 comments:

  1. ada telo ker? mp bn...

    ReplyDelete
  2. Usah lagi diramal2kan...BN memang sudah kepenghujungnya...BN sudah hancur dalam tangan si dajjal Najib...dajjal inilah yang membuat melayu semakin berpecah...dan dajjal inilah yang membuatkan barang2 semakin mahal...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa