Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

Woow biar betul........Zahid rela menjadi mayat?

Betul ker ni Zahid?
Dulu baru beberapa hari kena ISA, terus pusing 360darjah!

Langkah mayat kami jika mahu tukar kerajaan jalan belakang, kata Zahid
Published: 16 August 2015 4:55 PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini memperuntukkan proses pertukaran kerajaan dilakukan melalui pilihan raya yang sah, meskipun terdapat klausa dalam Perlembagaan yang membenarkan kerajaan ditukar selain daripada pilihan raya umum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 16 Ogos, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pemimpin Umno yang ingin bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui "jalan belakang" perlu berhadapan dengan ahli Umno. 
Beliau berkata, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini memperuntukkan proses pertukaran kerajaan dilakukan melalui pilihan raya yang sah, meskipun terdapat klausa dalam Perlembagaan yang membenarkan kerajaan ditukar selain daripada pilihan raya umum.
"Ini negara demokrasi, kita ada pilihan raya untuk memilih kerajaan, walaupun ada beberapa klausa jika tidak mendapat kepercayaan,  Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri boleh bubar (Parlimen). 
"Jika akuan bersumpah diperolehi daripada majoriti ahli Parlimen kerajaan yang ada itu tumbang maka terbentuk kerajaan baharu.
"Langkah mayat ahli-ahli Umno kalau nak tukar kerajaan guna jalan belakang," kata Zahid. 
Beliau juga berkata, BN akan mencari jalan untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka daripada ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti. 
"Kita akan cari jalan tidak akan berlaku lompat parti, ahli Parlimen dan Adun kita," katanya. 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataannya sebelum ini yang mengatakan terdapat pemimpin Umno yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan melalui akuan bersumpah. 
"Susah-susah adakan pilihan raya, kita menang majoriti walau tidak dua pertiga. Bila kapal bergoyang, ombak melanda, ada yang nak korek kapal, bagi air laut masuk dalam kapal. 
"Saya tidak menamakan sesiapa, Alhamdulillah kalau penafian dilakukan mana-mana tokoh," katanya. 
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, selaku naib presiden Umno, beliau tidak akan membiarkan perkara itu berlaku. 
"Surat sumpah akuan janji itu disiapkan untuk ditandatangani bukan sahaja 87 ahli Parlimen pembangkang, tapi 1 BN, dan mereka sasarkan 37 lagi ahli Parlimen BN untuk bersama mereka. 
"Adakah namanya kerajaan BN, jika kita ada 37 mereka ada 87?" soalnya. 
"Sebelum nasi menjadi bubur, saya sebagai naib presiden, saya akan pastikan konspirasi itu tidak akan terjadi."
Zahid turut menegaskan, maklumat yang diterimanya berkenaan perkara itu adalah sah. 
"Ini bukan nak beri amaran-amaran. Zahid Hamidi tidak beri amaran, kalau nak bertindak dia akan bertindak tanpa amaran," katanya. 
"Alhamdulillah perkara itu tidak berlaku, tapi saya tahu siapa orang itu."
Beliau turut berkata, dirinya tidak menyalahgunakan kuasa, sebaliknya, maklumat berkenaan diperolehinya selaku menteri dalam negeri. 
"Saya bukan salahgunakan kuasa saya, tapi jangan pertikaikan kemampuan menteri dalam negeri ini mendapatkan maklumat yang sahih. Ini maklumat sebenar," katanya. – 16 Ogos, 2015.

7 comments:

  1. Saya pelik sikit dgn ucapan mamat sulu ni, dia kata langkah mayat ahli ahli umno dulu.......kenapa tak langkah mayat dia dulu.......bacul punya TPM!

    ReplyDelete
  2. ikut jalan depan kalau bn kalah huru hara
    macam cilaka bunyinya
    sapa yang nak buat huruhara tu kalau bn kalah
    tak kan tak da maklumat
    belambak ajensi risikan
    dulu orang kuat anwar bila kena tangkap paling tadah
    memang macam aramjadah

    ReplyDelete
  3. Tin kosong berbunyi lagi.najib sudah kantoi lg.kata duit bilion bilion sbb menentang is padahal is blum wujud waktu itu.putar sana n putar sini.eh apa dah jd dgn punah tak sihat dgn gaji besar tu.nak menipupun buat la kajian juga.supaya tak la cepat je dah terkantoi.mana lg mahu pusing ni.rasanya dah jumpa jln mati ni.mungkin jet peribadi boleh menyelamatkan.apa punya org.sokong lg zahid habis la kamu

    ReplyDelete
  4. Ahli UMNO? Aku ahli UMNO pun dah tak percayakan dia...nak buat apa aku berkorban untuk dia...

    ReplyDelete
  5. Kepimpinan kabinet Najib dah kelam kabut dgn isu tumbang kerajaan melalui pintu belakang, mutakhir ini selepas Mahyuddin disingkirkan dari TPM, MP dari UMNO pula dijadikan kambing hitam untuk menyelamatkan Najib dari jatuh. Kenapa masa PM Dollah Badawi dijatuhkan tidak dikatakan menjatuhkan kerajaan. Ohhh masa tu TPM Najib.

    ReplyDelete
  6. Bahalol.

    Bos kau bukan Najib. Bos kau Muhyiddin. Kau yang guna jalan belakang.

    Tidak sebut nama tu kira bagi amaran lah Ngok.

    ReplyDelete
  7. Nak tergelak aku bila mamat ni kata langkah mayat ahli-ahli umno dulu. Mamat ooi ahli-ahli umno mana yang nak mati sangat tu. Kuatnya umno bukan kerana ahli-ahli tetapi kerana korang kontrol polis dengan askar, itu saja. Di Singapura bila umno Singapura dibungkuskan oleh Lee Kuan Yew and the gang termasuk Pak Othman Wok, tak dengar pun sorang ahli umno yang sanggup mati!! Hello kalau mau ugut pun lain taun la!! Ini 2015 bukan 1960!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa