Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

Zahid, hang toksah dok mengigau........dengar apa Opah ni cakap!

Bukan konspirasi jatuhkan kerajaan, tetapi rakyat, kata Rafidah
Published: 17 August 2015 6:39 PM
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.

Komplot atau konspirasi bukanlah penentu kepada kejatuhan sesebuah kerajaan, tetapi kuasa undi rakyat sewaktu pilihan raya umum (PRU) yang akan menentukan kelangsungan sesebuah kerajaan, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, segala agenda atau retorik yang cuba dimainkan pemimpin Umno hanya akan menjadi tontonan rakyat dan akan dihakimi menjelang PRU yang akan datang.
"Saya terkejut dengan cerita-cerita tentang adanya komplot dan konspirasi hendak menjatuhkan pemimpin dan kerajaan dan kononnya bekas pemimpin Umno sendiri yang menerajuinya.
"Perlu diingat, bukan komplot dan konspirasi yang menentukan, tetapi rakyat yang akan menentukan sebagai pengundi.
"Maka dahulukanlah rakyat dan tadbirlah negara sebaik mungkin," katanya dalam satu posting hari ini.
Pada Sabtu, Timbalan Perdana Menter Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tindakan seorang tokoh besar Umno menjadi dalang utama mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Rafidah berkata, beliau tidak yakin wujud tuduhan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan kerana negara masih dilanda dengan masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Katanya, apa yang perlu dilakukan pemimpin pada masa ini ialah menumpu sepenuh perhatian kepada memimpin negara dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.
"Kita sedang menghadapi masalah ekonomi yang tidak menentu kesan daripada pergolakan ekonomi global serta hakisan keyakinan pelabur.
"Kita masih menghadapi gejala parokialisma, kesempitan persepsi dan pegangan pandangan ultra dalam pelbagai bidang yang memecah belah antara kita.
"Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri untuk menjatuhkan pemimpin dan menggulingkan kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, Zahid menjelaskan semalam, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan yang dikatakannya itu.
Naib presiden Umno yang juga menteri dalam negeri itu berkata, beliau mendedahkan perkara tersebut di Lumut, Perak, memandangkan beliau dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai hubungan rapat dengan timbalan presiden Umno itu.
"Saya terpaksa beritahu di Lumut kerana secara peribadi saya dengan Zambry rapat dengan Muhyiddin.
"Kami (Zahid dan Zambry) pernah sama-sama jatuh (dalam politik), jadi kami faham perasaan orang jatuh, jadi kami tidak akan pijak atau henyak orang yang jatuh," katanya. – 17 Ogos, 2015. - sumber

2 comments:

  1. INI NENEK KAYA BER GAYA

    POWER NYA MACAM ADA BON BON

    ZAHID MACAM BUDAK KECHIK BARU SUNAT SAJA KALAU KAT NENEK INI

    Budak Bahalol UMNO tu nak bodoh bodoh kan Rakyat lah konon nya.

    ReplyDelete
  2. Nie yg aku menyampah. Apa Pidah cakap tu memang betul lagi bernas tapi opah ni cakap betul bila dah pencen. Masa berjawatan dulu cakap buat sedap lutut je. Bila lutut dah kena gaut barulah cakap pakai otak. Nyampah betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa