Ini laporan di Utusan : Utusan puji langkah Hadi tak tunduk kepada PKR dan DAP
Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 7 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku.
Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.
Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.
Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.
Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.
Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.
Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?
Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.
Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.
Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.
Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.
Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.
Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).
Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014.
Haji Hadi sudah kena magik ke sampai jadi macam bukan tok guru saja ?
ReplyDeleteBhai MountDweller...
ReplyDeleteBak kata TukarTiub... ikut bacaan semiotik... Hahaha... kalu dah musuh berbaek-baek ngan lu... something wrong somewhere la bhai... Hahaha
Kami di blkng tn guru istiqamah menjadikan al Quran sebagai sumber rujukan
ReplyDeleteSeperti kata Ust Fadzil Noor, jika musuh buat baik & puji kita mesti ada sesuatu yg tak kena tu. Ini cara permainan umno yg sejak dulu lagi amalkan cara pecah & perintah spt diajarkan oleh penjajah. Maklumlah umno ni kan anak didikan penjajah.
ReplyDeleteAgak2 kalau bersama umno boleh jadi TPM ke TGHH atau ke laut jadi nelayan?
Siapa percaya umno baik, dialah manusia paling dungu dlm dunia.
Macai Hadi FZT APA komen lu.
ReplyDeleteKita orang Islam hendaklah berbaik sangka.SEbenarnya UMNO sudah bertaubat dan muhasabah diri dan mengakui PAS itu parti yang sahih dan benar.Sebelum UMNO di bubarkan UMNO kena war warkan pimpinan hebat PAS kepada ahlinya.UMNO sedar perlembagaannya tidak membantu mereka dunia jauh lagi di akhirat.UMNO sedang menyiapkan platform untuk Hj Hadi jadi PM Malaysia oleh kerana UMNO akui bahawa selama ini mereka adalah berat sebelah dan kaki manupulasi media.
ReplyDeleteTGNA jadi mb Kelantan 23 tahun tak pernah dapat keluar tv. ahmad yakob jadi mb terus dapat berucap siaran langsung di rtm.
ReplyDelete"Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..." begitulah pesanan, peringatan dan amaran Almarhum Ustaz Fadhil Noor suatu ketika dulu.
Satu dunia tahu bahawa musuh utama PAS dalam politik dari dulu kini dan selamanya ialah UMNO... kalau yang menyokong itu Tun Dr Mahathir lagi dahsyat dan berbahaya.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengharapkan Tun Dr Mahathir agar umurnya cukup panjang sempat untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya." (Omakkau)
pas teganung sedang berusaha mengeksport kekalahan ke seluruh malaysia
ReplyDeleteTGHH adalah insan yg tak kisah apa org kata samada puji atau keji,musuh suka atau tidak,dia jalan terus yang penting dia tahu itu yg benarikut islam dgn nasihat majlis syura. korang ada apa? ada otak sdikit kepandaian Allah beri dah kagum dgn pendpt sendiri.ikutlah labu...
ReplyDeleteHebatnya hadi awang...brjaya dia tunduk kan najib n umno..nak tgk parti umno masuk PAs...d bawah pemerintahan presiden..najib n umno kena wala kt hadi awang..
ReplyDeleteBila dah sekali cakap berbelit...maka yang kedua pun terpaksa berbelit... presideng nih dah terbelit dengan belitan yang dia buat sendiri...lepas ni apalah pulak alasan... dula kerana wanita, kemudian kerana tak boleh jaqab soalan parlimen.... tapi kalau tengok wakil parlimen PAS disidang dewan rakyat... hampeh! Sebab banyak wakil PAS yang serban besar ni tak maher dalam hujah ekonomi dan isu semasa.... lainlah kalau bab fardhu ain.. semuanya harap kan golongan profesional PAS untuk berhujjah...
ReplyDeletetee vee amano memang saje muatkan TGH nak kasi fitnah makin panas... Boleh jadi gak tuuu??? ABU..
ReplyDeleteIau MB Selangor, nak komen lebih2 pun tak berapa pandai..biarlah org yg baik2 dan dekat dgn Allah SWT buat keputusan. Saya sedar ibadah wajib pun saya lalai, sedangkan ada pihak yg ibadah sunat pun tidak lekang dlm hidupnya. So saya mengambil pendirian serah sj pd org yg buat istikharah, sedangkan saya setahun sekalipun tidak upaya melakukannya. Maka selayaknya saya diam.
ReplyDeleteSapa kata haji hadi tuan guru. Tuan guru kepala hotak dia...dia pun ada sifat materialistik.
ReplyDeleteUMNO+PAS = MAMPOS
ReplyDeleteamanat haji hadi dah tenggelam dah
ReplyDeleteSesungguh nya Dajjal yang di tunggu adalah di kallangan manusia juga , dan ketahui lah manusia manusia kangkong wujud di kalangan ular ular dalam semak.
ReplyDeleteTerimgat pulak Tok Guru Haji TT
Rakyat Malaysia masih berfikiran jumud. Nampak puak pembangkang dapat tempat di TV, surat khabar perdana nampak pelik dan mesti ada mee di sebalik udang galah.
ReplyDeleteKenapa korang tak pelik bila PM DSN ziarah TGHA semasa di hospital sekembalinya dari Turkey sebelum timbul kegawatan MB Selangor. TGHA ziarah TDM di hospital satu ketika dulu.
Pada saya TGHA sedang mempertahankan maruah diri dan parti setelah difitnah secara sembrono. Rujuk rakaman youtube Majlis Dialog dan Penjelasan bah 1 - 3, menjelaskan duduk sebenar. PAS bukan parti utk maslahat duniawi saja tetapi mencakupi hal ehwal akhirat.
Oleh itu janganlah bersangka buruk wahai sebahagian kecil rakyat Malaysia. Sangka buruk membawa kepada dosa untuk melayakkan diri kalian disumbat ke neraka jahanam.
Anon 6:13
DeleteBaghal ke apa? Mana sama Najib masuk tv masa pi lawat TGHH sakit di Turkey dan TGHH masuk TV pasai nak tegak benang basah.
Kalau taj faham juga aku bagi contoh. Sama kah pembaris dengan cangkul?
itu dulu.......parti pas berjuang mengikut al quran dan hadis......sekarang lain dah........Paih berjuang atas nama melayu dan mana boleh perkasa lebih melayu dari hj hadi, sebab itu hj hadi dapat masuk tibi suku jam.
ReplyDeleteKira2 ibadah siapa yang hebat thh atau barsisa
ReplyDelete