Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 7, 2014

Isu MB: Dah Jadi Cacamarba Daa.....

Pada aku, aku tak peduli sape jadi MB
PAS nak lingkup ker, PKR nak kojol ker atau PR akan berantakan ker itu pun aku dah tak peduli
Yang aku peduli ialah rakyat dan penyokong yang pening
Lain kali berhati-hatilah bila korang buang undi!
Jangalah pilih pemimpin yang mabuk
Jangan kau pilih parti yang tamak

Yang ni lagi hebat: Jawab PKR pada istana masih tertangguh
Sultan pula kena tunggu!

Isu MB: Satu sidang media, 2 jawapan PAS
mk - 3:54PM - 7 Sep 2014

Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

"Kita tolaklah," katanya.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Katanya, PAS menyerahkan isu itu untuk diputuskan sultan akan akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Mustafa bagaimanapun enggan menjelaskan sama ada PAS akan menolak jika sultan memperkenal wakil rakyat mereka sebagai menteri besar.

Ini kerana, katanya, beliau tidak mahu mengandaikan keputusan yang akan dibuat istana.

Katanya, PAS hanya menyerahkan nama dan ia bukan sebuah isu.

PAS sebelum ini mencalonkan pesuruhjaya negerinya di Selangor Iskandar Samad sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim, di samping dua lagi ADUN PKR.

PAS juga tidak langsung mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan timbalannya Azmin Ali yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.


Korang harus baca juga: PAS mahu kerusi MB tetapi belum masanya

13 comments:

  1. Belum dapat boleh la jawab, "kita tolak lah"...

    dah dapat..."sultan bukan tunggul, sultan bagi arahan kena la ikut, tak baik derhaka kat sultan"...

    macam la tak penah nak u-turn...dah macam duk round about, pusing je 24 jam...

    lagi pon sapa mat sabu ngan stopa? presiden ada kuasa veto la...walaupun tak ikut perlembagaan...

    ReplyDelete
  2. Hey there I am so thrilled I found your blog, I really found you by mistake, while I was looking on Aol for something else, Anyways I am here now and would just like
    to say thanks for a remarkable post and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I don't have
    time to read it all at the minute but I have saved it and also included your RSS feeds, so when I have
    time I will be back to read a lot more, Please
    do keep up the superb work.

    Have a look at my website ... วิเคราะห์บอล

    ReplyDelete
  3. politik 'cuci tangan' PAS senang dibaca.

    Kalau istana pilih wakil PAS jadi MB, kononnya istana akan disalahkan oleh rakyat. Licik betul.

    ReplyDelete
  4. Abe,

    Ini semua tak boleh pakai. 17 ogos dulu dah buat keputusan calonkan DSWA dan Azmi. Ini mesyuarat JKK Pas Pusat tau. Mesyuarat rasmi. Selagi takde mesyuarat baru mengubah keputusan 17 ogos, keputusan itu kekal hingga hari ini.

    Yang paling best yang cadang nama DSWA dan Azmin dalam mesyuarat 17 ogos lalu tak lain tak bukan dari TGHH sendiri. Lepas mesyuarat buat keputusan, TGHH konet baring.

    Mula-mula hantar surat pertama TGHH bersendirian namakan 3 ADUN PAS sebagai calon MB Selangor kepada Sultan. Langgar dan engkar mesyuarat 17 ogos yang dia pengerusikan. Nama yang dia cadang sendiri dalam mesyuarat pun dia buang kelaut.

    Beberapa jam kemudian tarik balik surat pertama, TGHH hantar surat baru menamakan DSWA,AZMIN dan Adun PAS pulak.

    Hari ni mesyuarat JKK PAS Pusat lagi. Kali ni berjanji PAS takkan tuntut jawatan MB Selangor walaupun dipilih oleh Sultan. Gila ke apa....ini semua pembohong.

    Keputusan ini adalah putarbelit TGHH dan puak UG nak mengelak dari kena balun eh perwakilan dalam Muktamar ke 60 yang akan berlangsung di Batu Pahat tak beberapa hari lagi. Ni tektik jahat yang digunakan oleh geng UG dalam mesyuarat JKK pada 17 ogos lalu.

    Kalau kita tengok cacatan mesyuarat 17 ogos lalu yang dipost kat internet oleh Dr Muhaimin, sebaik sahaja mesyuarat dimulakan oleh TGHH, dia terus mencadang nama DSWA dan beliau tambah nama Azmin Ali. Semua berasa lega dan menerima alasan TGHH menghantar 2 nama ADUN PKR sedangkan PKR dan DAP hanya bersetuju nama DSWA sahaja.Mesyuarat majlis presiden Oakatan yang bersidang selepas itu membuat keputusan mencadangkan nama DSWA sahaja kerana Azmin Ali menarik. TGHH sengaja tak hadir mesyuarat itu sebab dia ada agenda lain. Dia hantar wakil.

    L3paih tu bermulalah tindakan2 gilanya yang sampai hari ni sudah mula menunjukkan dia khianat kepada parti dan Pakatan.

    Keputusan menolak jawatan MB walaupun Sultan pilih Adun PAS juga satu lagi auta TGHH dan geng UG untuk mengelak kena balun dalam muktamar. Percayalah. Dia boleh buat dalam mesyuarat JKK PAS Pusat pada 17 ogos.Mengapa dua xbleh tipu perwakilan ke muktamar ke 60.

    Nasihat aku kepada perwakilan, jangan tertipu dengan tektik kotor puak UG ni. Balun betul2 tanpa simpan. Kalau boleh turunkan Presideng hangpa.

    ReplyDelete
  5. Siapa mulakan masalah, dialah yg kena bertanggungjawab. Jangan baling batu sembunyi tangan

    ReplyDelete
  6. Presiden x declare apa2 pun. Ko ambik berita dari mana. Dari Rafizi ke atau Pasma

    ReplyDelete
  7. Ko ambil berita dari mana. Rafizi atau Pasma.Tak dengar Hadi ulas apa pun

    ReplyDelete
  8. Aku dah check Perlembagaan PAS, tak ada fasal yang menyebut Presiden ada kuasa mutlak @ veto.

    Yang aku jumpa di dalam Buku Perlembagaan PAS adalah Presiden PAS@Presiden parti akulah tu SENGAJA MENCARI FASAL

    ReplyDelete
  9. Lohhh .. kenalah bertindak mengikut keadaan semasa. Kalau dah tahu sultan x mau dan yg empunya diri pun x mau,calon lah nama lain plk.. x kan itu puleh nk pikior
    ...

    ReplyDelete
  10. Apa saja dicakap oleh pimpinan PAS jangan percaya .... semua tak boleh pakai , nampak saja PAS ni islamik , tapi pembohong nya tahap GABAN .... ha ha ha PAS , PAS , PAS .....

    ReplyDelete
  11. Sultan Terengganu pernah tolak Derih Jusoh. Jadi apa masalahnya kalau Sultan Selangor tak bekenan dengan Wan Azizah? Pada teman padan muka le dengan Anwar. Takde koje cari koje. Penyudahnye rasakan le kome.

    ReplyDelete
  12. continuously i used to read smaller articles or reviews
    that as well clear their motive, and that is also happening with
    this post which I am reading now.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa