Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 7, 2014

Fitnah: Bila Rasa Tergugat PAS Pun Tak Ada Beza Dengan UMNO?

Di bawah ini apa yang al-Husseyn tulis di blognya
al-Husseyn ni juga orang lama PAS

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang di fitnah


Bab Fitnah ni memang ratib puak UG. Sama seperti mana isu Syiah di mainkan dulu, fitnah UG mendapat coverage meluas dari media Umno.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada 31 Ogos 2014, untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul.

Apakah puak UG dan Geng Ustaz dah terasa sangat tergugat dengan adanya NGO baru tersebut?

Penjelasan Ustaz Ahmad Awang


IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma.

Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi ‘viral’ di laman-laman sosial.

“Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan Pasma.

“Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi. Kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus,” katanya secara berseloroh.

Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps.

“Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya,” katanya.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma.

Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya,” katanya di sini

 Phahrolrazi bekas Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah di fitnah


Presidennya, yang juga Adun Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma berperanan sebagai platform kepada pemimpin PR untuk membincangkan isu-isu politik.

“Pasma ditubuhkan bukan untuk gantikan Pas, itu sekadar andaian pihak luar.

Namun jika perbincangan antara pemimpin PR pada masa akan datang menjurus kepada itu, terpulang. Bukan bidang kuasa Pasma untuk bincang aspek itu kerana ia bawah kuasa pemimpin utama PR.

“Jika dalam parti, perbincangan agak terbatas, sebab tertakluk pada peraturan. Pasma memberi ruang untuk bincang isu politik untuk manfaat PR agar terus relevan dalam masyarakat dan jadi parti alternatif terbaik,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa