SUARA LANTANG: Isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak sekian lama memberi impak paling maksima kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten yang dilakukan oleh Pas dalam isu ini menyerlahkan lagi kegagalan beliau dalam hukum berorganisasi, lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti politik.
Lantaran itu, Datuk Seri Haji Hadi paling terdedah kepada kecaman dan cercaan banyak pihak. Bukan saja rakan gabungan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang mempertikaikan beberapa tindakan beliau, malah rakyat biasa turut meluahkan perasaan yang sama melalui medium media sosial. Sesetengahnya tidak terkecuali agak kasar dan keras.
Dalam tindakan terbaru Pas menghantar dua senarai nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor iaitu senarai pertama mengandungi nama tiga Adun Pas manakala senarai kedua pula melibatkan dua Adun PKR dan seorang Adun Pas, meletakkan nama Datuk Seri Haji Hadi terus terperosok dengan pelbagai kecaman dan cercaan. Dalam kedua-dua senarai itu pula, sebagaimana yang didedahkan oleh banyak media, tidak memasukkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.
Keputusan Pas itu bukan saja mengingkari persefahaman dengan Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar adalah milik PKR serta keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang sebelumnya mencalonkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah, malah Pas juga seperti mencabuli keputusan mesyuaratnya sendiri pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan nama Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu untuk dikemukakan kepada pihak istana.
Lebih menimbulkan persoalan ialah kedua-dua senarai nama yang dihanrar itu tidak diputuskan melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas, malah dipercayai diputuskan secara sendirian atau melalui kelompok kecil dalam Pas saja. Penghantaran senarai itu kepada istana juga tidak melalui pejabat Setiausaha Agung Pas, tetapi terus melalui pejabat Presiden Pas sendiri.
Sebab itu, ketika Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali mengatakan Pas tidak akan mengemukakan calonnya untuk jawatan itu dan tetap berpegang kepada keputusan mesyuarat pada 17 Ogos yang mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali, apa yang dihantar kepada istana adalah berbeza.
Ketika nama Presiden Pas makin sarat dengan kecaman dan cercaan kerana sikap dan pendiriannya yang huru-hara itu, sementara pimpinan Pas yang lain seperti cuba mengelak untuk memberi reaksi kerana terikat dengan konsep wala (patuh) kepada pemimpin, terdapat pula seruan dan ingatan daripada kalangan yang dipercayai rapat dengan pucuk pimpinan Pas agar jangan mencerca, mengecam dan menghina tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Haji Hadi itu.
Melalui sebaran dalam media sosial, ingatan agar jangan melakukan kecaman dan cercaan itu disebarluaskan dengan mengaitkan kedudukan Presiden Pas itu sebagai ulama yang tinggi ilmu agamanya.
Datuk Seri Haji Hadi bukan saja dianggap sebagai antara ulama yang tinggi ilmu agamanya, malah mulutnya sentiasa basah dengan zikir dan sebutan nama Allah serta dipercayai paling kuat ibadat dan melakukan sembahyang sunat sebagai amalan harian.
Diperingatkan juga bahawa dibimbangi dengan kelebihan yang pada Presiden Pas itu, cercaan dan kecaman akan menyebabkan mereka yang melakukannya akan ditimpa bala atau musibah kerana kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai ulama dianggap sebagai pewaris Nabi.
Sekali imbas, memang benar Datuk Seri Haji Hadi seorang yang tinggi ilmu agamanya, mungkin paling banyak sembahyang sunat dan mulutnya juga barangkali sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, bahkan baru-baru ini juga telah dilantik sebagai Naib Ketua, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusof Al Qardawi, tetapi kecaman dan cercaan terhadapnya hanyalah berkaitan tindak-tanduk dan keputusannya sebagai pemimpin sebuah parti politik.
Orang tidak mengecam dan mencercanya berkaitan ilmu agama atau berkaitan kuliah-kuliah di masjid yang banyak disampaikannya di merata-rata tempat. Tiada hukum dan ketetapan agama yang disampaikannya yang cuba dipertikaikannya oleh sesiapa.
Apa yang dipertikaikan ialah tindak-tanduknya sebagai pemimpin Pas. Antaranya ialah mengapa Pas bersikap khianat dan mungkir janji dengan rakan gabunganya sendiri iaitu PKR sedangkan sudah bersetuju dan maklum bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR? Bukankah berpegang pada janji sebahagian ajaran Islam?
Mengapa juga, ketika keputusan mesyuarat Pas menetapkan calon yang diputuskan ialah Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali, tetapi kemudiannya nama lain yang dihantar kepada pihak istana?
Sudah tentu tindakan Datuk Seri Haji Hadi dalam hal ini tidak berkaitan sama-sekali dengan kedudukannya sebagai ulama atau pewaris Nabi. Ia adalah tindakan secara langsung beliau sebagai pemimpin sebuah parti politik yang tetap bertunjangkan kepada kuasa dan kedudukan yang sebenarnya tidak jauh beza dengan UMNO, PKR, DAP dan lain-lainnya.
Kalau kedudukan sebagai ulama atau pewaris Nabi pun tidak melayakkan seseorang itu dianugerahkan gelaran maksum kerana hanya Nabi Muhammad saja diberikan keistimewaan itu, pastilah juga kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai Presiden Pas lebih jauh lagi daripadanya.
Kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai Presiden Pas tiada perbezaan pun dengan Presiden UMNO, Presiden PKR atau lain-lain ketua parti politik di negara ini yang tidak pernah sunyi daripada kecaman, cercaan dan penghinaan. Juga tiada beza dengan mana-mana pemimpin politik lain, sama ada di dunia Islam mahupun Barat.
Sebagai pemimpin politik, tiada sesiapa yang maksum dan tidak melakukan kesilapan atau terhindar daripada unsur-unsur luar dalam tindakan atau keputusan yang dibuatnya. Tidak semua keputusan juga berlandaskan Al Quran dan Hadis sebagaimana memberi kuliah agama di masjid dan surau.
Kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai ulama dan sekaligus sebagai Presiden Pas, tidaklah menjadikan beliau suci dan tidak boleh dicuit walau sedikit pun oleh sesiapa.
anuar ibrahim je yang maksum ....
ReplyDeleteDia ini mesti UMNO... cara lari dari topik sama style... gurkha UMNO yg tidaK pernah buang peluang utk burukkan AI dengan kebencian yang tak pernah padam
DeleteMana tuan tahu dia maksum.. bukan hj hadi je ke yg maksum
Deletebgmn mungkin di celah2 zikir boleh terhambur fitnah bohong dan kata2 sombong bongkak mencabar?
ReplyDeleteapabila dia kata dia ada kuasa melantik mb, dia sebenarnya telah menipu kerana tiada dalam perlembagaan pas yang membolehkan berbuat demikian.
Penipu itu adalah sifat munafik.
ReplyDeleteApakah kita akan menjawab di hadapan ALLAH SWT yang kita menipu itu adalah kerana kita Bukan Maksum ?
Apakah dengan sifat manusia Bukan Maksum memberi kebenaran menipu juataan rakyat ?
Sesungguhnya orang orang yang menjual ayat ayat Quran untuk keuntungan dan menipu untuk meongkat langit akan menerima azab yang pedih di dalam kubor lagi tau...dan tak boleh bagi tau "sorry yea , I tak maksum"
Lawak sungguh umat umat melayu cuba membodohkan otak mereka sendiri , tak habis habis dari zaman Tun Teja hingga ke Tun Meja.
Mamak , Teh satu mari kasi !!!!!
kita semua x maksum..termasuklah dsai
ReplyDeletejatuh kemaluan laa mcm nii..kah kah kah
ReplyDeleteAdehhhh...kesian..x dpt tau sape 3 nama tu meroyan2 anjing2 anuwar melalak2 sana sini...
ReplyDeleteTghh mmg x maksum sbb tu dia x tabur fitnah...anuwar tu perasan dia hebat...anak sendiri menipu ada dia suruh letak jwtan...prinsip keadilan ma...ada berkat ke mkn gakji duit menipu...atau walharam hanya utk mu...walhalal if aku.....mak som mak som
PAS ini bukanlah milik Hadi Awang. Dari itu tidaklah boleh sewenang2nya membuat sebarang keputusan mengikut nafsunya. Nampaknya sekarang ini, hanya beliau dan Mustafa Ali sahaja yang lakar segala keputusan. Bukankah Presiden itu hanya ketua yang mewakili satu pertubuhan. Bukan pemilik parti. Suara pemimpin2 lain juga mestilah diambil kira. Hadi Awang ini sudah pening kuasa.
ReplyDeleteSetuju
DeleteEn mountdweller,
ReplyDeleteDi cuit xde masalah pun sebenarnya. Apa yg di tekankan adab yang mencuit tu kenalah sesuai. Mana sama kulit kambing yg di buat alas kaki dengan kulit kambing yg di buat pembalut alQuran. Yg satu nya di pijak org ramai. Satu lg di cium oleh ramai org bila siap di baca. Sama juga dgn manusia. Menjadi mulia seseorang kerana islam nya, ilmu nya, iman nya, n takwanya. Tiada pun yang claim diri sendiri maksum.
naam ya sheh.. tulisan anta memang tepat dan berpijak di bumi kebenaran jika ianya digarap oleh ahli pas yg celik minda dan waras pemikiran...Kita tidak mempertikaikan keilmuan agama dan amalan ibadat khususiah beliau apa yg ramai menyuarakan tidak paus hati kepada mr president ini ialah tindakan dan cara beliau menangani kemelut MB Selangor ini tidak mencerminkan keupayaan dan kbijaksanaan beliau sebagai seorang pemimpin no 1 parti politik yg berteraskan islam mengeluarkan hujjah dan rasional. masyarakat bole menilai sikap flip flop beliau dan menggunakan hujjah yg cukup cetek utk menghalalkan tindak tanduknya yg jelas membuka ruang kepada fitnah dan kemelut yg makin parah...
ReplyDeleteSetuju
Deletebro,aku rasa ko cuti sehari dua ni cerita politik..ko buat entry apa itu sistem demokrasi kat kawan2 yg taksub dan x faham..sistem ni lebih kurang mcm kalo ko nak buat bangunan ke ko nak buat parit ke ko nak lantik mb ke ko kena mintak persetujuan manusia2 dari yg muslim hingga kepada manusia yg sembah berhala dlm sistem ni,bermula dgn pru/mesyuarat rakan parti sekutu/parlimen...kalau nak buat bangunan tanya persetujuan/izin penyembah berhala memang xda masalah kan..kalau nak laksanakan hal agama?apa kata ko terangkan sistem demokrasi ni apa kat kawan2..hehe.ok bro?
ReplyDeletebro,aku rasa ko cuti sehari dua ni cerita politik..ko buat entry apa itu sistem demokrasi kat kawan2 yg taksub dan x faham..sistem ni lebih kurang mcm kalo ko nak buat bangunan ke ko nak buat parit ke ko nak lantik mb ke ko kena mintak persetujuan manusia2 dari yg muslim hingga kepada manusia yg sembah berhala dlm sistem ni,bermula dgn pru/mesyuarat rakan parti sekutu/parlimen...kalau nak buat bangunan tanya persetujuan/izin penyembah berhala memang xda masalah kan..kalau nak laksanakan hal agama?apa kata ko terangkan sistem demokrasi ni apa kat kawan2..hehe.ok bro?
ReplyDeleteAl Quran dan hadis Nabi saw itu sifatnya tidak berubah. Selagi berpegang kpdnya insya Allah akan terpelihara. Berbanding dgn UMNO yg berpegang undang2 Lord Reid kemudian berbicara ttg Islam maka besarlah munafiqnya.
ReplyDeleteumno ngan ko pkr dap 1 jalan la,semua guna jalan lord reid,ko guna jalan 2 ko bleh x ngaku kan...haiyooo.
ReplyDeleteumno pkr dap pas..semua guna 1 jalan demokrasi yg sama la kawannnn....haiiyyyyo.awat la hang ni haha
ReplyDeleteKalau yer pun nak tukar MB kenapa mesti W.Azizah dan pada asalnya Anwar. Disebabkan langkan Kajang tidak berjaya habis semua huru-hara. Karut semuanya.... Kalau bukan pasal PKR benda ini tak kan berlaku
ReplyDeleteYa setuju... tak lah pecah tembelang siapa sebenarnya tuan gurau...ada hikmah juga langkah kajang
Delete