Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 15, 2015

Ikrar Abu Kassim.........

Teruskan.........rakyat cerdik pastinya di belakang kalian

Abu Kassim ikrar terus siasat SRC Int
mk - 6:22PM - 15 Aug 2015
Pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berikrar meneruskan siasatan terhadap syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) selagi beliau berkhidmat dengan agensi berkenaan.

Ia dilaporkan laman sesawang  Sin Chew Daily hari ini.

Ditemui media selepas dibenarkan pulang dari mendapatkan rawatan perubatan di Petaling Jaya hari ini, jaminan Abu Kassim dan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan terhadap SRC dilihat penting ekoran perkembangan yang berlaku baru-baru ini.

Antaranya ialah pertukaran peguam negara serta penahanan hampir 10 anggota SPRM untuk disoal siasat polis.

Abu Kassim menjalani pembedahan untuk merawat masalah sakit belakangnya pada 7 Ogos lalu.

Sepanjang tempoh bercuti, SPRM diketuai timbalan Abu Kassim Datuk Mustafar Ali.

SRC dituduh memindahkan wang RM42 juta ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Najib juga didakwa menerima kira-kira M2.6 bilion "derma" daripada penyumbang di Timur Tengah.

4 comments:

  1. terus siasat bunyi sedap bila dah siap
    terus senyap
    penyakit lama jugak tak boleh diubati
    selagi puak tu yang pegang kuasa
    jangan harap perubahan bila ada orangnya yang terpalit

    ReplyDelete
  2. Abu Kassim cakap cakap saja nak bagi orang happy

    Kan budak melayu tu makan gaji buta sejak azali lagi

    Tak mungkin berani lurus bendol tetiba saja

    Dulu lagi dah bengkok bengkok , pasal 1 Mat Dah Bahalol nak jadi Jebat

    Apa bodoh nya.....

    Abu Kassim.... Abu Kassim

    ReplyDelete
  3. Wayang je.. macam fak biasa? Puuuuih.

    ReplyDelete
  4. admin minta maaf aku nak tumpang ketawa tak tahan dgn lawak ini...hahaha hahahahahahaha, kahkahkahkahh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa