Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 16, 2015

Najib bertambah pedih, lukanya ditaruk garam......

Najib hadapi tentangan dari Utusan

 | August 15, 2015
Tulisan Ku Seman adalah sejarah pengulangan keberanian wartawan Utusan Malaysia yang tidak gentar bersuara atas nama kebenaran.
ku-seman,zam,najib
PETALING JAYA: Masih ramai wartawan yang percaya kepada kebenaran, mempunyai harga diri dan berani bersuara walaupun berada dalam keadaan tertekan.
Komentar Ku Seman Ku Hussein dalam ruangan tetapnya di Mingguan Malaysia antara tulisan yang mewakili kelompok itu.
Keberaniannya mengulas telah menggemparkan kalangan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila Ku Seman menolak wang RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun Najib adalah wang UMNO.
Hujahnya, jika ia wang parti sudah tentu telah di ketahui oleh pemimpin penting UMNO yang lain.
Bagi bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainudddin Maidin, tulisan Ku Seman adalah sejarah pengulangan keberanian wartawan Utusan Malaysia yang tidak gentar bersuara sejak lebih 50 tahun lalu.
“Utusan sekarang sedang berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu, Ketua Pengarangnya yang bijaksana, tidak dapat menahan kebangkitan dari dalam akhbar itu yang mendedahkan perasaan sebenar di sebalik sokongan yang diperbesarkan,” tulisnya di zamkata.blogspot.com.
Menurut Zainuddin atau Zam, setakat ini belum diketahui lagi nasib Ku Seman, walaupun telah heboh mengatakan beliau dipecat.
Jelasnya lagi kebangkitan dari dalam ini telah juga disertai oleh beberapa orang anggota kanan Jabatan Pengarang Utusan Melayu lainnya dan ramai lagi yang sedang memendam rasa pastinya akan turut bersuara sama ada dari dalam atau dari luar.
“Setakat ini yang telah bersuara secara sinis, ialah Penulis Kolum Cuit Cuit yang terkenal, Datuk Zaini Hassan yang juga ketua kepada persatuan bekas-bekas pelajar UiTM yang mempunyai ribuan anggota. Seorang lagi Pengarang Kanan yang juga kolumnis terkemuka Utusan Zulkfili Bakar,” tulis Zam sebelum mengakhiri blognya.

1 comment:

  1. Kalau Utusex sudah tak se bulu dengan Budak Bahalol maka Utusex sudah ada OTAK

    Itu petanda baik dah tu

    Orang Bijak mana suka keng kawan Budak Bahalol gaya Mat Mongol

    Mat Mongol enjoy sakan anak bini 42 bilion , Utusex tak dapat se sen pon

    Kepala Otak!!!!!!!!

    Bodoh lah kalau buat kerja tak dapat se posen tapi tanggung hutang Mat Mongol 42 Bilion.

    Orang orang Melayu memang asal BODOH

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa