Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 15, 2015

Selepas 31 Ogos, PAS tak payah nak halau, tak payah nak buang atau hukum

Sesiapa yang menjadi ahli GHB........maka gugurlah keahlian PAS dengan sendirinya.
Tak payah nak kecuh dan kepoh lagi
Tak payah nak halau, tak payah nak buang!

Parti baharu dilancar sebelum 31 Ogos terbuka pada bukan Islam, kata GHB
Published: 15 August 2015 11:32 AM
Mujahid Yusof Rawa (dua dari kiri) bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini, yang turut disertai ahli jawatankuasa pusat Gerakan Harapan Baru Salahuddin Ayub (kiri) dan Ahmad Awang (kanan). – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2015.

Parti baharu Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal dilancarkan sebelum sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini, dibuka kepada bukan Islam untuk menyertainya.
Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin berkata, sebahagian besar ahli kumpulan ditubuhkan pemimpin progresif PAS itu akan menyertai parti baharu yang masih belum diputuskan namanya itu.
"Ia juga dibuka pada bukan Islam, tapi kami kekalkan dasar Islam. Tentang nama, kita tunggu satu sidang akhbar akan dipanggil.
“Terpulang nanti sekiranya ada di antara kami yang ingin ataupun ada pandangan GHB perlu kekal sebagai NGO, tapi yang pastinya sebahagian kami akan menyertai parti baharu itu," katanya pada sidang di Shah Alam, hari ini.
Bekas ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu berkata, penubuhan parti baharu itu akan turut menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat baharu sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.
"Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat," katanya. – 15 Ogos, 2015.

8 comments:

  1. apa dasar Islam yang dikekalkan
    kalau ada hukum Allah dikatakan boleh diremehkan
    walau satu ayat hukum Allah tetap wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu dah tau semua ayat quran tu wajib ikut, knapa fitnah orang tauke pil kuda? Kenapa maki orang barua? Kenapa tak minta maaf pd org yg difitnah? Kenapa menuduh orang berwalikan dap?

      Kenapa? Kenapa?

      Delete
    2. Satu ayat hukum Allah tetap wajib...so same goes to all PAS leaders and members.
      Janganlah mencaci sesama saudara, janganlah kianat dgn perjanjian, dan janganlah memburukkan perjuangan dgn menidakkan Hak rakyat memilih dgn memilih bersama musuh.

      Delete
  2. Abe

    Pada ambo 2 perkara penting yang ambo hendak perhatikan selepas tertubuhnya parti baru GHB. Apabila parti ini ditubuhkan maka mana-mana pemimpin dan ahli PAS yang menyertai GHB, secara otomatiknya keahlian mereka didalam PAS gugur secara otomatik.

    Perkara pertama ialah macamana pola penghijrahan ahli-ahli PAS menyertai GHB. Adakah jumlah yang akan menyertai PAS ini ramai. Kedua macamana pola atau demografik keahlian GHB nanti.

    Kita beri 100 hari untuk tengok hala tuju GHB untuk menilai arahtuju sebenar GHB.

    Perkara kedua adalah untuk melihat apa yang berlaku didalam PAS selepas parti GHB ditubuhkan secara rasmi dari 2 aspek : respon pemimpin2 PAS terhadap penghijrahan ahli PAS ke GBH dan halatuju kepimpinan PAS mencorak masa depan PAS dalam politik negara yang sudah berubah dengan kem3lut dalam UMNO dan kemerosotan ekonomi n3gara.

    Sekarang ini halatuju PAS tidak jelas. Kepimpinan PAS yang menang dalam pemilihan lepas yang telah memecahkan PAS kepada 2 kumpulan setakat ini masih gagal menunjukkan halatuju yang jelas sebagaimana kemp3n2 mereka untuk menguasai kepimpinan PAS.

    Sekarang ini mereka boleh berlindung dis3balik masaalah puak yang kalah masih lagi berada didalam PAS. Apabila GHB telah ditubuhkan, penghijrahan ahli PAS kepada GHB, maka bermulalah cabaran sebenar kepimpinan chai ini untuk menerajui PAS bers3ndirian. Saya bagi mereka 100 hari juga untuk melihat halatuju kepimpinan mer3ka. Apa yang saya mahu lihat adakah mereka ini bikin serupa dgn cakap atau cakap lain buat lain!

    Sebenarnya kita berada didalam satu situasi yang menarik politically. Ia akan m3mbuka satu suasana politik yang baru.

    ReplyDelete
  3. Kenapa agaknya yer....
    Kalau umno kelam-kabut, pas pun kelam-kabut jugak? Macam ada persamaan pulak. Adakah kerana dua2 dah nak berkubur?

    ReplyDelete
  4. Apakah langkah pm selaku menteri kewangan untuk memastikan nilai ringgit tidak menjadi spt duit zaman jepun dulu?

    ReplyDelete
  5. PAS ini bahalol

    Tunggu saja masa PAS pupus bila Rakyat boleh tengok GHB bawa ekonomi ke atau PAS bawa serban

    Serban tak boleh makan , Ketua TOLOL PAS saja kenyang makan

    Orang Orang PAS jaja jaja Quran Sunnah tuk cari makan saja

    Orang Orang Melayu kampong saja yang rugi kena tipu....

    Bodoh saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yg jual ayaq liuq saja.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa