06:30PM Ogos 11 2015
KOMEN pembaca Semut Harian
Cheng Keat: Terdapat satu istilah baru bagi rasuah di Malaysia - ia dikenali sebagai Derma. Sekarang kita semua dah tahu bagaimana budaya ini diamalkan dan punca masalah tersebut...!
SK Yong: Tetapi menurut undang-undang, apabila saya menerima sumbangan daripada seseorang, ini bukan rasuah. Masalahnya timbul apabila sumbangan itu besar jumlahnya dan tidak diisytiharkan.
Ds Kong: Rasuah adalah budaya utama Umno...!
Wilson Chang: Ya, lama sudah. Ia adalah budaya kita.
Michel Wright: Ya, ya, ya, di setiap bidang sama ada dalam sektor awam atau kerajaan rasuah adalah respon biasa kepada mana-mana keadaan, ia telah menjadi satu budaya bagi kita.
Saul: Usaha menangani rasuah di Malaysia perlukan kejuruteraan genetik secara besar-besaran. Dalam pada masa itu, pengubahsuaian kecil kepada IQ mungkin akan memberikan rangsangan. Malangnya ini tidak boleh dicapai dengan teknologi kita sekarang. Saya akan meninggalkan cadangan bagi hukuman yang lebih berat, kepada mereka yang lebih terjejas disebabkan kanser ini dalam masyarakat kita.
esp4u: Seriuslah, adakah anda antara segelintir orang yang mempunyai keraguan mengenainya? Rasuah adalah satu wabak yang berlaku di seluruh dunia, dan ahli-ahli politik di negara ini dan keluarga dan kroni mereka melakukannya secara terbuka dan terlepas.
Betul, saya tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar.
Aidun Ramjini: Perkenalkan hudud sebagai hukuman bagi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan kita akan menjadi lebih produktif dan progresif. Kita menghabiskan terlalu banyak masa bercakap mengenai masalah dan jarang bercakap tentang penyelesaiannya.
Mustak Shaik Shaik: Aidun Ramjini, kita mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk memulihkan masalah ini. Punca sebenarnya adalah kualiti rakyat, penguatkuasaan dan pendakwaan.
Penguatkuasaan dan pendakwaan hudud tidak akan membawa perubahan, hanya memburukkan keadaan.
Hudud bukan penyelesaian ajaib kepada semua masalah kita. Undang-undang hudud adalah 'indah pandang dari rupa.' Tunjukkan saya negara yang melaksanakan hudud yang aman, produktif dan progresif di mana wanita mempunyai peranan dalam masyarakat. Wanita mengalami ketidakadilan di bawah hudud.
Di bawah perundangan Islam, hudud meliputi jenayah seperti kecurian, rompakan, zina, rogol dan liwat. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan sebahagian daripadanya. Negara-negara yang paling selamat di dunia tidak mempunyai hudud.
Roger 5201: Wujudkah hudud untuk ahli politik dan hudud untuk kita?
Mustak Shaik Shaik: Ya. Dan satu lagi hudud untuk orang kaya. Satu lagi bagi golongan miskin. Satu lagi bagi pengikut Sunnah. Satu lagi bagi orang Syiah. Satu lagi untuk ulama, dan seterusnya.
Thomas Siew Kong Law: Awak tolong saya saya tolong awak... ini korupsi atau tak?
Janet Anthony: Bukan semua rakyat Malaysia. Mungkin ya bagi sesetengah orang, tetapi pasti tidak kepada saya.
Komen-komen ini ditulis oleh pembaca artikel Seriously, is corruption a part of Malaysian culture? Yang diterbitkan pada 8 Ogos.
duit RM2.8 bil. dalam akaun najib yg dikatakan derma adalah usaha untuk alih perhatian dari 1MBD dan hutangnya sebanyak RM42 bil. yang rakyat dipaksa tolong bayar melalui GST..... duit RM2.6 bil. itu pun duit dari 1MDB yang di selewengkan.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete