Tun Dr Mahathir Mohamad berkata salah satu ciri seorang pemimpin yang baik adalah tidak mengambil wang yang bukan miliknya.
Katanya, pemimpin yang baik juga akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk membangunkan negara bukan memanipulasinya demi mengekalkan kuasa.
“What do you think, adakah pemimpin yang baik akan ambil wang RM42 bilion?, soalnya sewaktu sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman pada Isnin.
Kenyataan sinis itu mendapat tepukan gemuruh kira-kita 500 penuntut universiti berkenaan.
Dr Mahathir berkata, pemimpin yang baik juga perlu mempunyai idea segar, mendengar pandangan dan nasihat rakyat.
“Saya tidak rasa pemimpin sedia pada hari ini layak dijadikan sebagai contoh untuk anda,” katanya. – FMT
VIDEO: Tun Mahathir dalam sesi soal jawab bersama pelajar jelaskan kenapa beliau menangis sewaktu letak jawatan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa