Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 13, 2015

Tuan Ibrahim galas batu yang ditinggalkan Mat Sabu?

Dua wajah PAS yang terpaksa Tuan Ibrahim galas ...
WEDNESDAY, AUGUST 12, 2015


Bekas Timbalan PAS, Hj Mohamaed Sabu dulu sering mengalami phenomena begini hingga ada yang kata kat dia, "Ayam jagoan, dah jadi ayam daging..."

Sekarang Tuan Ibrahim Tuan Man, penggantinya terpaksa memikulnya pula. 

Tentu TITM suatu masa nanti akan berasa rimas bila asyik terpaksa berdepan dengan flip flop Presiden. Sampai bila TITM akan sanggup diperkotak-katekan sedemikian rupa?

Pada 8 Ogos lalu, TITM bagi pihak PAS telah menyatakan sokongannya dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0 dalam menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.

Tetapi tiga hari kemudian, dia kata lain pula dah!"PAS Tak Sertai Bersih 4.0 – Tak Setuju Huru-Harakan Negara!! 

" PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi MENGGULINGKAN KERAJAAN ....???

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menggerakkan ahlinya menyertai perhimpunan besar-besaran Bersih 4 yang disertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan pada 29 Ogos ini.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sebaliknya akan menganjurkan sebuah Kongres Rakyat dalam tempoh terdekat bagi meneruskan agenda parti itu. 

“Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bahawa PAS tidak akan membuat kerahan atau larangan kepada ahli.

“Kita (bagaimanapun) akan hantar wakil parti bagi mendapat gambaran sebenar format himpunan tersebut. Sebarang arahan (lanjut) kepada ahli akan dikeluarkan setelah kita mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang `rally’ yang akan diadakan nanti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Tuan Ibrahim menjelaskan keputusan PAS berhubung perhimpunan Bersih 4 itu kerana tidak bersetuju dengan sebarang usaha yang bertentangan dengan undang-undang bagi mencetuskan kegawatan dalam negara. 

Malah, katanya, kongres yang mahu diadakan Lajnah Penerangan PAS Pusat nanti akan diadakan bersama pelbagai pihak yang akan turut serta sama ada sebagai penganjur bersama atau sebagai peserta. – mynewshub.cc


Hanya tiga hari lalu yang sebelumnya ..... 

6 comments:

  1. yang aku nampak admin yg sebenarnya flip flop .............. sekejap buat ulasan macam ni, pas tu dau tiga hari kemudian buat ulasan macam lain ............. punya la nak aibkan orang sampai sanggup buat fitnah dan tohmahan yang berbelit2 .............. mmg admin juara putar alam !

    ReplyDelete
  2. Siapa yg putar belit, Dah memang CONFIRM Hadi kaki putar belit.FAKTA bukan FITNAH.

    ReplyDelete
  3. Dengan rendah hati, dijemput semua media untuk membuat liputan pengisytiharan bekas ADUN DAP mengisytihar keluar daripada DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Kenyataan media tersebut akan diadakan seperti berikut:-

    Tarikh:- 14hb Ogos 2015 …
    Hari :- Jumaat
    Jam:- 10.00 pagi
    Tempat:- Bilik Mesyuarat.
    Badan Perhubungan PAS Perak.
    Medan Istana. Ipoh.

    Tuan Hj Razman Zakaria, AJK Pas Pusat, merangkap Pesuruhjaya Pas Perak dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, serta Saudara S Surianarayanan, Naib Pengerusi DHPP PAS Pusat dan Pemangku Ketua DHPP Perak juga akan turut hadir .

    Terima kasih.

    Dr Mohd Zuhdi Marzuki
    Ketua Penerangan
    Badan Perhubungan PAS Perak

    Admin,
    Cepat halang dan sebarkan keburukan PAS sebelum bekas adun DAP ni menyertai PAS, orang-orang yang beriman akan dan telah meninggalkan PAS kerana PAS adalah munafik. Siapa yang menyertai pakatan baru atau PR 2.0 atau Harapan Rakyat atau apa nama sekalipun dan ketuanya semestinya dari mereka yang beriman seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah satu tindakan yang terpuji dan secara langsung mengukuhkan iman mereka. Admin, jangan buang masa cepat bertindak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain xserupo lerangai orang PAS.....bila ada kat dalam suruh keluar. Bila keluar ugut pula......

      Delete
  4. GHB mana ada telor, dok kecoh dan memburukkan PAS, apabila ditanya kepada Mat Sabu dah keluar PAS ke? Nak keluar macamana rumah baru pun belum siap lagi nanti hujan nak duduk mana? Dalam masa yang sama juga Mat Sabu membuat huru-hara dalam rumah sendiri. Inilah agaknya yang dikatakan beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Maslan kata,
      Esok mana ada hujan
      Esok mana ada huru hara
      Anon 3.33, pu.. mak lu mak punya pu..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa