Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 6, 2015

Suasana di rumah Ayah Anwar dan kunjungan Mahathir bersama isteri

Mahathir dan isteri turut ziarahi jenazah ayah Anwar
Sunday, April 5, 2015

Ketibaan Mahathir di perangan rumah Pak Brahim. Dr Mahathir Mohamad adalah antara orang kenamaan yang tiba awal di rumah ayah Anwar, Ibrahim Abd Rahman (Pak Brahim) di Country Heights, Kajang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas ahli parlimen dari tahun 1959 hingga 1969 dan pernah dilantik menjadi setiausaha parlimen Kementerian Kesihatan.

Pak Brahim telah kembali ke Rahmatullah jam 1:45 malam tadi di hospital Serdang kerana mengalami kesukaran bernafas. Allahyarham meninggal dalam usia 96 tahun.

Kehadiran Dr Mahathir bersama isterinya Siti Hasmah Mohd Ali mengejutkan kerana ia tidak dijangka tetapi menyenangkan kerana ia sudah pasti dapat mengubati kedukaan keluarga Pak Brahim dan Anwar.

Dr Siti Hasmah dikatakan berada lebih lama di rumah Pak Brahim berbanding Mahathir. Dr Wan Azizah dalam reaksinya terhadap kedatangan kedua mereka itu mengatakan ia memeranjatkan.

Anwar diapit dua cucunya di sisi jenazah ayahynya.
Kata Azizah mereka datang atas dasar persahabatan mereka yang terjalin sebelum ini. Siti Hasmah dikenali sebagai seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan Wan Azizah dan menganggapnya sebagai adiknya semasa Mahathir dan Anwar berada dalam kerajaan dahulu.

Tidak dapat tidak kehadiran atas rasa persaudaraan sesama Islam itu, yang tidak diduga itu memberi berbagai tafsiran sehingga ia boleh membawa kepada perkembangan baru politik negara.

Kamaruddin Jaafar dan Husam Musa turut ziarah.
"Saya melihat kehadiran Tun Mahathir membawa satu perkembangan baik. Ia tidak berlaku secara sengaja," ulas seorang pimpinan PKR. Secara peribadi pemimpin itu menerima baik kehadiran Dr Mahathir itu. "Kita harap ada cahaya baru," katanya tanpa mengulas lanjut.


Anwar berkata sesuatu kepada Azmin Ali.
Bila ditanya apakah perkembangan itu berhubung dengan kedudukan Najib Razak yang kini diserang Mahathir, pemimpin itu juga tidak mahu mengulas cuma berkata, "kita tunggulah". Tetapi yang penting katanya sudah ada pendekatan baru dan kesudian Dr Mahathir menghampiri Anwar.

Selain Mahathir satu-satu menteri kabinet yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Pak Brahim ialah Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi. Zahid yang juga tinggal di kawasan perumahan sama dengan Pak Brahim Ibrahim sempat membaca Yassin sebelum meninggalkan halaman rumah Pak Brahim untuk bergegas ke rumah kawannya yang juga meninggal dunia.

Pergerakan Anwar dikawal rapi oleh pengawal penjara.
Sesungguhnya kehadiran Zahid tidak begitu memeranjatkan kerana Naib Presiden Umno itu pernah intim dengan Anwar Ibrahim malahan pernah menganggap sebagai bosnya yang kedua selepas Najib.

Selain Zahid, Ketua Wanita Umno, Sharizat Abdul Jalil juga hadir untuk memberi penghormatan. Kehadiran Sharizat itu sekali lagi membuktikan Ketua Wanita Umno itu seorang terbuka dan sedia mengenepikan perbezaan politik dalam suasana berdukalara begitu.

Minali bergambar dengan rakan baik Anwar.
Sebelum ini ketika Dr Lo'Lo' meninggal dunia, Sharizat adalah antara pemimpin wanita Umno yang datang memberi penghormatan terakhir.

Muhamad Taib turut sama hadir.
Sementara ittu Anwar yang kini sedang menjalani hukum penjara lima tahun, tiba dari penjara ke rumah ayahnya kira-kira jam 10:00 pagi dan dibawa kembali ke penjara sekitar jam 2:30 petang selepas selesai pengembumian jenazah ayahnya. Anwar yang dikawal rapi oleh pengawal penjara sempat membaca Yassin, memyembahyangi jenazah ayah dan bertemu beberapa orang rakan dekatnya sebelum itu dan juga bersalaman dengan tetamu.

Perlepasan yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar disambut baik oleh anggota keluarga dan juga mereka yang hadir. Tidak ada sekatan dan Anwar juga dibenarkan untuk bersama keluarga seketika di dalam rumah Pak Brahim.

Sebahagian orang ramai yang hadir beri penghormatan.
Beberapa pemimpin Pas turut hadir memberi penghormatan terakhir dan menyembahyangkan jenazah. Antara mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa, ahli jawatankuasa Pas Syed Azman Syed Mohamad.

Tiba awal di kediaman Pak Brahim ialah ahli jawatankuasa Pas, Kamaruddin Jaafar, bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang kini juga selaku Timbalan Ketua Penerangan Pas. MB Selangor Mohamed Azmin Ali juga hadir dan ikut menyembahyangi jenazah.
[wm.kl.8:54 pm 05/04/15] * Tanpa edit.

6 comments:

  1. Walau apa sekali pun, saya tetap tidak percaya kunjungan ziarah mereka yg berkenaan itu benar2 dgn hati yg tulus 100%. Buat syarat tunjuk muka shj.

    ReplyDelete
  2. apalah kau ni????????
    semua org tak betul
    kau tu betul , ziarah org mati pun politik.....

    ReplyDelete
  3. Orang yg baik tidak akan menganiaya dan memfitnah, lebih2 lagi penganiayaan dan fitnah itu dibuat terhadap anak kenalannya sendiri. Yg lain2 itu juga turut bersekongkol (dikategorikan bersubahat) dgn fitnah buatan tersebut, tanpa ada menunjukkan walau sedikitpun kebencian mereka kpd fitnah itu malahan menjajanya lagi adalah!

    ReplyDelete
  4. Anon 1:02am..kita bersangka baik sajalah....Allah maha mengetahui niat mereka.....apa2 pun Alhamdullilah merka datang berkunjung disaat keluarga DSAI berdula lara....biarlah...

    ReplyDelete
  5. Adalah diharapkan semoga semua pemimpin yang hadir mahasabah diri dan benar benar taqwa kepada Allah swt. Semua yang hidup pasti mati. Alangkah baiknya kalau mereka yang masih berkuasa buangkan sikap ego dan menjadi manusia sepertimana yang dituntut dalam agama. Merka ini wajib melihat kezaliman terhadap Anwar dan bertindak memnbetulkan keadaan sebelum mati.
    Kita yang hidup ini wajib mengambil iktibar dari yang sudah mati.

    ReplyDelete
  6. Ziarah itu tidah salah bahkan diwajibkan bagi berakal yang waras tapi sebenarnya mereka hanya mahukan politik karier DSAI saja yang lupt bukannya bersahabatan sesama islam,jadi usahlah jadikan isue politik untuk menidakan ziarahan mereka itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa