Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 24, 2015

Mereka akan kata ini cerita lama atau "aahh......semuanya fitnah!"

Hassan Ali sahkan memang wujud usul gabungan UMNO-PAS
Cerita dari penburukonline

Minggu lepas ketika mencari video lama di YouTube tiba-tiba terjumpa satu video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan “Berita Terkini” yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton dibawah.
Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin PAS, Datuk Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.

Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Hassan berkata, sememangnya wujud usul untuk menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakn usul UG yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong pelbagai pihak dalam PAS antaranya ialah bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk beliau sendiri.

Hassan dengan tegas menyatakan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan PAS itu. Dengan nada menghina Hassan menyebut Nik Aziz ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Baru tetapi sebaliknya pergi ke rumah Mendiang Karpal Singh, untuk menyambut ulang tahun Karpal malah Hassan menyatakan selagi Nik Aziz hidup jangan mimpi UG terlaksana.

Hassan dalam video tersebut beberapa kali menegaskan Hadi sangat pro penggabungan PAS/Umno tetapi dihalang oleh puak Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam PAS.

Hassan tanpa berselindung berkata, menjelang Muktamar PAS Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan ulama yang lebih terbuka dan sanggup bergabung PAS dan Umno demi Melayu dan Islam.

Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti maklum balas terhadap Hadi. Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ?  Adakah benar kempen pemilihan dalam PAS yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang usul UG dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno-PAS itu sendiri.

Jika ia fitnah maka  video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Hassan menarik fitnah tersebut atau disaman. Mohon maklum balas daripada Hadi.

7 comments:

  1. Bagi orang orang yang banyak membaca juga faham hukum hakam asas Islam , serta sedikit sebanyak bacaan politik tanahair ini dapat membuat rumusan berkenaan orang prang politik , samada kredibiliti baik , munafik , atau sampah.

    Hadi Mustafa Ali ada lah golongan munafik , hasan ali dan ustaz nasha pulak tahap sampah.


    Mereka ini semua tidak ber guna pada umat mrlayu mau pun Islam

    Yang tinggal Ustaz Ahmad Aeang Husam Mat Sabu dan Salahuddin Ayub saja eajar di beri ruang politik kerana mereka ini ada krediibiliti wivawa yang bagus.

    Selagi ahli ahli PAS ber pendidiksn zaman batu , selagi itu lah PAS tak ada guna nya.

    PAS hanya lah mainan orang orang GAGAL dan BODOH seperti di pertunjuk pada air muka mereka.

    Rata rata semua nya Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. mana lebih sohih...2nd hand information yg keluar dr mulut hassan ali berkenaan tghh atau 1st hand information g keluar dr mulut izzah dan pizi (jawatan tpm dan 4 menteri dan timb menteri)...

    klu kau anggap mat sabu yg lebih rela mkn babi dari mkn ayam..itu sebagai seorg yg wibawa...yg sanggup pertahan beer...pertahan kandang babi...pertahan nak guna nama allh oleh kafir...tapi hudud utk kelantan..99% melayu...itu pun xleh nk tlg...tepuk dada tanya iman la bro...

    akhirnya yg nampak BODOH dan BANGANG dan KELAKAR...kau bro anon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hg kau meroyan ni bang 9.27. Terima hakikat la geng kau semua lidah bercabang. Cakap Tak serupa biking.

      Delete
  3. Dah bagi bukti sahih pun masih lagi nak berdolak dalil Kalau Zul Nordin boleh lagi dipertakai akal fikiran nya

    Yang TPM Menteri Timb Menteri tu ada video ke? Yang Mat Sabu makan babi dengan Hadi makan daging saudara Islam nya ok ke?

    Tu lah cerdik tak cerdik nya Hadi da pro Ulamak Orang berunding nak jawatan untuk dapat kuasa Ini hudud yang belum tentu

    ReplyDelete
  4. Anon 9:27 sengal..hasan ali dh bg tau dgn jelas pn x mngaku lg..nk menipu lagi tu..

    ReplyDelete
  5. Kedua dua usul UG dan Hudud Hj Hadi yang bawak Yang nampak semakin menjadi kenyataan ialah usul UG Hudud belum tentu lagi

    Kalau usul mesti ada perkara perkara yang perlu dipersetujui dan yang paling utama adakah persetujuan tersebut termasuk menyokong hudud ?

    Selain menafikan atau mengiyakan usul UG Hj Hadi kena dedahkan perkara perkara yang telah di persetujui oleh UMNO

    Apa juga yang Hj Hadi ucapkan kita terima lah Kerana dalam Islam kita diajar menerima ucapan zahir daripada sesiapa sahaja termasuklah mereka yang munafik sekali pun







    ReplyDelete
  6. Perkara yang belum berlaku itu FITNAH namanya....cerita lama ke cerita baru ke kalau perkara belum terjadi itulah FITNAH namanya........kena faham dulu jgn menabur FITNAH perkara yang tak pasti, Admin jgn la jadi penabur FITNAH...,kalau bukan FITNAH sila kemukan bukti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa